Thursday, August 28, 2014

Al-Fatihah




Assalamualaikum,

2 hari lepas, mak aji  dari greenfingers ada massage di FB berita tentang pemergian suami kak mar tercinta. Terkejut ibu mendengar berita tersebut,hanya mampu doa di titipkan buat arwah. Walau tidak pernah berjumpa tetapi mesra seperti keluarga kerana kita semua berkongsi hobi yang sama. Kongsi ilmu bersama2 berkenaan gardening dll.

Dan harini ibu di kejutkan dengan pemergian rakan sekerja di unit lama, meninggal akibat sesak nafas. Tiada siapa nak sangka menurut kawan2 semalam beliau belanja makan nasi beriani bersama2 mereka. Dan pagi ni menerima berita pemergian beliau. Sangat tak sangka sebab beberapa bulan yang lalu beliau ada datang ke office di shah alam berjumpa ibu dan ibu bertanyakan khabar berita dan harini menerima berita sedih pemergian beliau.

Al-Fatihah buat En.Zaihan zulkifli (en.an) semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 dengan para salihin. Amiiin. 

3 comments:

  1. Al-fatihah untuk kedua-dua arwah...lately hampir hari2 dengar kehilangan orang yang dikenali

    ReplyDelete
  2. Salam Ibu Qis,

    Salam takziah untuk keluarga kedua-duanya sekali. Biasanya gitulah, bukan sorang, kadang berdua, bertiga sekali dalam waktu yang terdekat yang kenalan atau keluarga kita meninggal. Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh, amin!

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah...moga kedua-dua roh arwah ditempatkan dalam golongan yang diredhai Allah swt

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)