Thursday, August 28, 2014

Al-Fatihah




Assalamualaikum,

2 hari lepas, mak aji  dari greenfingers ada massage di FB berita tentang pemergian suami kak mar tercinta. Terkejut ibu mendengar berita tersebut,hanya mampu doa di titipkan buat arwah. Walau tidak pernah berjumpa tetapi mesra seperti keluarga kerana kita semua berkongsi hobi yang sama. Kongsi ilmu bersama2 berkenaan gardening dll.

Dan harini ibu di kejutkan dengan pemergian rakan sekerja di unit lama, meninggal akibat sesak nafas. Tiada siapa nak sangka menurut kawan2 semalam beliau belanja makan nasi beriani bersama2 mereka. Dan pagi ni menerima berita pemergian beliau. Sangat tak sangka sebab beberapa bulan yang lalu beliau ada datang ke office di shah alam berjumpa ibu dan ibu bertanyakan khabar berita dan harini menerima berita sedih pemergian beliau.

Al-Fatihah buat En.Zaihan zulkifli (en.an) semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 dengan para salihin. Amiiin. 

Thursday, August 21, 2014

Petunia Semai dari Benih

Alkisah saya ada beli benih dari diana KBB,benih petunia mixed colour. ada banyak sangat anak pokoknya tp yang betul2 hidup hanya 2 pokok ini sahaja selepas mati tak bersiram 5 hari outstation.

Petunia masa semai renyah sikit sbb benih sangat halus mulus masa semai kene hati2 dengan jari kalo tak berterabur merata2.

yang survive 2 petunia satu tu kaler pink dan satu lagi warna putih. yang kaler pink kongsi bekas dengan pokok rose jepun dan satu lagi warna putih sebenarnya terjatuh dari botol mineral yang di tanam saya ambik dan letakkkan dalam pasu yang penuh dengan tanah.

Petunia suka kalau kita tanam dalam pasu yang banyak tanah. Sejak saya pindah dalam pasu penuh tanah,petunia putih tumbuh subur dengan berdaun lebat.

Syok pulak tgk,tak sabar rasa nk semai yang baru.......the best part bila kita semai sendiri dari benih kita expose benih pada cuaca panas dan berubah2 di rumah kita. so mereka boleh tumbuh pada keadaan yang heat resistance


Petunia pasu besar keluar banyak pucuk


mula mengeluarkan bunga



semalam dan harini mula berbunga lebat.




ini gambar masa mula2 semai petunia dulu.



mudahnya menanam petunia....jom tanam sendiri.

Tuesday, August 05, 2014

Koleksi Pokok Puding MIL

Entry yang tersimpan lama x sempat nak publish....

hari raya haritu,sempat snap gambar koleksi pokok puding MIL. MIL mmg suka menanam mcm2 pokok.

Tapi perasan lately kawasan felda tempat MIL ni ramai tgh syok menanam pokok puding. Mula tu ibu tak berapa berkenan dengan pokok puding sbb pokok dia x da bunga.....ye la,kalo x da bunga mentaliti otomatik fikir x cantik kan.( ape punya fikiran daaaa....)

Owh ibu sudah silap,bila pokok puding membesar dan di tanam berbagai variety dia akan tumbuh cantik dan berwarna warni. even warna dia lebih bright dari warna bunga.....cantik la pulak.

Usha2 dengan MIL mana dia dapat pokok puding ni. MIL cakap dia mintak dekat jiran2 dan kawan2 dia ambik dan semai. Dah semai pindah dalam pasu....tadaaaa....cantik kan?

Tgk la nanti,dah tumbuh banyak ibu kenen2 ke MIL mintak sikit....eheheh....la ni masih muda tak boleh mintak lagi. hehe....











ini adalah salah sedikit koleksi semaian pokok puding MIL. di semai dan letak bawah pokok manggis. mcm nak je....mcm nk kebas je rasa.....hehe.

itu je ibu nak kongsi entry tertangguh,tak elok simpan lama2 dalam draft. kene share cepat2.....hehe.  

Salam sayang,happy garden.  :D

Ke nurseri shah alam seksyen 18

 Assalamulaikum dan salam sejahtera,

terlebih dahulu nak ucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin buat semua kawan2. Salah silap harap di maafkan.


Lately ni kekangan masa nk updated blog sangat la susah. hanya mampu jadi silent reader je,dengan volume kerja yang semakin banyak. Banyak sangat pelarasan bill yang perlu di lakukan, beberapa bulan akan datang kami akan di berikan tambahan tugas baru manjadikan tugasan bertambah2. huuuuuu.....


harini 5/8/2014 tadi sempat melilau ke nurseri di shah alam seksyen 18. Nak pergi nurseri sungai buloh Ya Allah jauh pulak rasanya. google punya google jumpa nurseri nama dia SHAH ALAM NURSERI.


Alamat: NO. 8, JALAN PINANG 18/1, SEKSYEN 18, SHAH ALAM

NO. TEL   :  019-3190884/03-5513 2833
GPS          :3.048586,101.514176


kalau nak senang cari,guna GPS punya coordinate,senang sangat2 nak cari.


cuma taip sahaja GPS coordinate dia akan route terus ke alamat x payah gigih menaip kawasan.




contoh mcm di atas ni....taip GPS coordinate dan dia akan route terus. tgk situ 7 minit je masa ambik nak sampai. heheh.....

landmark paling ketara dia duduk menentang ibu sawat telekom.

Di nurseri ni dia jual macam2,pasu bunga,baja,pokok2...rumput pun ada. sila jamu mata.  :)


 


antara pasu yang di jual,pasu depan sekali ibu beli pada harga RM23 lepas tawar menawar. Pasu dia agak besar,tp berat......alahaiii


tanah merah satu bag dalam RM2 rasanya


kawasan yang menempatkan pasu mahal,baja dll.


organic soil ni besar bag dia di jual pada harga RM10. boleh tawar lagi ni.....mintak harga kasih sayang sikit. 


Dari sisi depan



Tanah yang kuning ni kalo tak silap dalam RM2,yang putih tu bag besar harga RM10 dan kawan kepada bag kuning di jual RM2.50 sebag. boleh tawar lagi ni....tawar sampai derang bankup. hehe.....

itu sahaja short story nak kongsi ada banyak cerita tp x sempat nk simpan gambar lagi,transfer dll.

till then,happy garden,selamat hari raya maaf zahir batin....sayang kawan2 semua.  :D