Mcm entry nadia untuk red valvet guna resepi puan azie,saya pun suka guna resepi dari puan azie. So far tak pernah mengecewakan Alhamdulillah. Masak pun senang....racik2,blender semua campak dalam kuali pastu masak dengan api perlahan sampai lembut. Dah siap rendang cik yam mudah. Sedap pun sedap. :)
Saya kongsikan resepi di bawah untuk kawan cuba.
Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor
Gula
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api
Cara Memasak:-
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau sekali sekala. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Sesuaikan rasa.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang pada kegemaran masing masing. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
pokok portulaca atau kata lain rose jepun semaian dari biji benih alhamdulillah bercambah. Benih beli dari diana KBB (kebun bahagia bersama). Kebanyakkan benih dari diana sangat bernas dan walaupun dah tersimpan lama. Seingat saya dah lama dah saya beli tp masih elok cambahannye.
Di sebabkan benih terlalu halus saya terpaksa direct sow. Kalo dah banyak mcm ni anak pokok nye tak mcm mana nk sumbat dalam bekas air mineral 5 liter ni ya. hehe......ape2 pun kita tunggu dan lihat. hujung minggu ni nk buat projek lagi.....weeee.....seronoknya. :)
Berjumpa lagi kawan2.......yahoo!!!! esok jumaat. keke.
p/s: owh ya,saya mencari benih pokok bunga di bawah ni. Kat mana saya boleh cari...cantiknye warna purple dia. Kalo ada kawan2 yang menjual benih bunga ni maklum pada saya. dengan cepat saya membelinya. :)
cantik tak kak ton? Aster Blue Autumn
Delphinium
Monkshood
dan ape2 bunga yang ada purple related. :)
salam ibu qis, hahahha.....aster blue autumn tu ...mmg cantik!!!!
ReplyDeletewsalam @na,
Deletekannn....hey,kalo la dapat. ececehhh. :)
banyak betul cambahan rose jepun tu...kalau tak letak dalam botol mineral pun takpe kut..terus kan aja tanam direct kat patch yg dibuat tu...merimbun penuh dikaki lima...cantik gak..:D
ReplyDeletekan,kalo biar dia menjalar mesti cantik je nampak...merimbun penuh warna warni. :)7
Deleteyg mnjadi idaman tuh cantik2 sahaja..:)
ReplyDeleteidaman masih belum tercapai lagi....tgk je mampu.... huhu
DeleteSalam Ibu Qis,
ReplyDeleteNampak sedap dan simple masaknya ya!
Kalau bunga ungu takdelah Mak Aji. Cili ungu nak??
Wsalam mak aji,
DeleteCili unggu mak aji makan mcm mana? ke dia hanya perhiasan sahaja?
Rajinlah Ibu Qis masak, terliur rasa lapar pula.
ReplyDeleteKalau biji benih warna ungu, bunga terung boleh tak, bunga dan buah ungu hehehe....
Kalau pokok page:
http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/p/bunga-warna-mauvelilaclavendar.html
ala senang je masaknye diana...racik,blender,campak kuali masak sampai rasa sedap.....hehe.
Deletedah tgk page tu...cantik la.....huhuhu. dah place order. heeee
Ibu Qis....mesti meriah nnt dengan rose jepun tu....tgk dok bayangkan ni
ReplyDeleteAda org kata rendangla masakan yg paling senang.. sure laman berseri-seri lepas ni..
ReplyDelete