Wednesday, November 27, 2013

Mee Sua Sup

Assalamualaikum,

Hari minggu yang lepas ibu teringin sangat2 nk makan mee sua sbb teringat ke kenangan semasa berpantang qistina dulu umi masakkan mee sua. menurut beliau,mee sua ni bagus untuk ibu2 yang menyusukan anak sbb boleh banyakkan susu badan. Lagi pula mee ni bagus untuk ibu2 yang berdiet sbb mee dia makan sikit cepat kenyang.

mungkin kerana tekstur mee dia yang mudah kembang dan kenyal boleh membuatkan kita kenyang bg tempoh yang agak lama. 2 hari lepas semasa ibu EL di sebabkan qis tak berapa sihat buat juga la projek mee sua ibu ni.

Telefon umi dan mintak resepi,punya la senang resepi nya. menurut umi,orang cina selalu masak mee sua ni. Ibu kongsikan resepi ya:

Bahan2:
==========
1. Paket mee sua
2. Kiub ikan bilis (jangan seketul,ambil suku je)
3. Daun sup (beberapa helai)
4. Halia (untuk ibu yang berpantang)
5.Minyak Jagung / Minyak sayuran / olive oil ka.
6. bawang Putih (2 ulas)
7. Telur (optional)

Cara:
========
- Mula2 curah sedikit minyak dalam 2 sudu makan,lepas tu masukkan bawang putih dan kuib ikan bilis masak sedikit kekuningan dan masukkan air (dalam 2 cawan ikut pada kita nk berkuah atau pekat sikit)
-Selepas tu biarkan kuah sedikit menggelegak lepas tu masukkan mee suah. ( perlu diingatkan mee suah ni jenis kenyal jadi tempoh masak dalam 2 minit atau kurang dari dua minit sahaja. mee ni sangat cepat serap kuah....kadang kuah yang di masak akan jadi pekat sebab di serap oleh mee sua ni)
-Lepas tu masukkan telur cepat2 gaul sedikit dan tutup api. Dah siap hidangkan dengan daun sup dan bahan2 lain.

Mee sua ni kalau pergi ke tesco atau giant ada je jual. sepeket dalam 79 sen sahaja. sepeket tu boleh 2/3 orang makan ikut saiz perut masing2....keke.

Itu sahaja yang ibu nk kongsikan harini. Resepi di bawah tu ibu letakkan resepi dari chef florence tan punya resepi mee sua. kawan2 boleh cuba juga.





10 comments:

  1. salam ibu qis; blum penah masak mee sua...pasni kena try la...boh daun bwg homegrown lg sedap kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam @na,

      sedap @na,cuba la....mee dia cepat kembang. kenyang kalo makan. Nk sedap tambah homegrown daun bawang.....mmmm~~~ terbaik. :)

      Delete
  2. sedap pulak saya tengok mee suah nie sampai tertelan liur..rsnya mee nie lain sket dari mihun kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee sua ni,ape yang saya perasan. lepas masak tu dia akan jadi kenyal ala2 mcm suun gitu. kalo mcm bihun lepas serap air dia kembang putih. tp mee sua lepas serap kuah dia kembang dan warna mee dia sedikit jernih mcm suun. :)

      Delete
  3. Salam ibu Qis,

    Saya pun selalu juga masak mee sua ni sbb dia ringkas dan cepat dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam saodah,

      kan,cepat sangat la. kalo masak megi dengan masak mee sua. mee sua lagi cepat. campak je dalam kuah kembang terus tak sampai 2 minit. :)

      Delete
  4. Ha lagi resipi org dlm pantang..bagus ni..boleh pelbagai kan menu..kena cari ni..senang skit nak masak kan

    ReplyDelete
  5. arwah bapa saya dulu selalu masak. tiba2 hari ni teringat pula tentang mee sua ni. arwah selalu masak, letak daun bawang potong panjang2 dalam 1 inci. memang sedap. lambat sikit je dia kembang!

    ReplyDelete
  6. arwah bapa saya dulu selalu masak. tiba2 hari ni teringat pula tentang mee sua ni. arwah selalu masak, letak daun bawang potong panjang2 dalam 1 inci. memang sedap. lambat sikit je dia kembang!

    ReplyDelete
  7. salam,tgh cri resipi mee suah nk msk utk anak.1st time nk bg try.harap dia suka la.thanks for sharing the recipe :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)