Friday, November 29, 2013

Rose RM 10 sepasu

Tah tahu kenapa rose ni sepasu RM 10???....yang pasti rose satu pasu kecil tp ada 4 anak pokok dalam satu pasu. Kalo di beli boleh pecahkan anak pokok dan tanam sebarisan. mesti cantik kan?



sempat juga ibu merisik ke pekerja cina tu pakai baja ape...menurut beliau,pakai baja cecair / foliar menurut beliau.  :)




cantik kalo ada banyak bunga rose di susun sebaris menjadikan edible garden.  :)

Kecil2 cili padi

dah berbunga dah.....ape maknanye tu...? maknanya nk ngandung la kut. keke.......

kebiasaannya pokok jagung kan tinggi melampai mengapai awan....tp pokok jagung ni agak pelik. ketinggiannye hanya paras pinggang dewasa.

adakah pokok ni hidup dan berbuah tidak la saya tahu.....rasa saya yang ni baka baby blue jade. tekaan sahaja. 


pokok bunga matahari lagi tinggi dari pokok jagung ni.


Akar pada pokok jagung yang lain keluar dari tanah. adakah tanda pokok kurang tanah?



Mana la ibu nk tanam ni.....banyaknya la.........tangan berseni sangat. main tabur sekali tumbuh melata mcm ni tak tercapai akal dah nk mengalih pokok rose jepun kerdil ni. 

itu sahaja ibu nk kongsi hari ni....salam jumaat penghulu segala hari. semoga kawan2 dan keluarga beroleh keberkatan dan di lindungi Allah. Amiin.  :)



P/s: sedikit info ibu nk share....start from today lelong.my ada buat online punya sales yang di panggil black friday. (bunyi black friday tu annoy pulak bila nk sebut dan baca,hari jumaat kan hari yang mulia....ishhhh)

mungkin ada kawan2 yang dah tau dan yang tak tahu just ibu nk share. So far hasil observation ibu ada barang yang murah boleh beli online di situ. mcm shake and take ibu beli dekat groupon tu harga dalam 58.00 tp dalam black friday ni 42++ sahaja. lebih murah dari yang groupon jual.

link: lelong 





Wednesday, November 27, 2013

Mee Sua Sup

Assalamualaikum,

Hari minggu yang lepas ibu teringin sangat2 nk makan mee sua sbb teringat ke kenangan semasa berpantang qistina dulu umi masakkan mee sua. menurut beliau,mee sua ni bagus untuk ibu2 yang menyusukan anak sbb boleh banyakkan susu badan. Lagi pula mee ni bagus untuk ibu2 yang berdiet sbb mee dia makan sikit cepat kenyang.

mungkin kerana tekstur mee dia yang mudah kembang dan kenyal boleh membuatkan kita kenyang bg tempoh yang agak lama. 2 hari lepas semasa ibu EL di sebabkan qis tak berapa sihat buat juga la projek mee sua ibu ni.

Telefon umi dan mintak resepi,punya la senang resepi nya. menurut umi,orang cina selalu masak mee sua ni. Ibu kongsikan resepi ya:

Bahan2:
==========
1. Paket mee sua
2. Kiub ikan bilis (jangan seketul,ambil suku je)
3. Daun sup (beberapa helai)
4. Halia (untuk ibu yang berpantang)
5.Minyak Jagung / Minyak sayuran / olive oil ka.
6. bawang Putih (2 ulas)
7. Telur (optional)

Cara:
========
- Mula2 curah sedikit minyak dalam 2 sudu makan,lepas tu masukkan bawang putih dan kuib ikan bilis masak sedikit kekuningan dan masukkan air (dalam 2 cawan ikut pada kita nk berkuah atau pekat sikit)
-Selepas tu biarkan kuah sedikit menggelegak lepas tu masukkan mee suah. ( perlu diingatkan mee suah ni jenis kenyal jadi tempoh masak dalam 2 minit atau kurang dari dua minit sahaja. mee ni sangat cepat serap kuah....kadang kuah yang di masak akan jadi pekat sebab di serap oleh mee sua ni)
-Lepas tu masukkan telur cepat2 gaul sedikit dan tutup api. Dah siap hidangkan dengan daun sup dan bahan2 lain.

Mee sua ni kalau pergi ke tesco atau giant ada je jual. sepeket dalam 79 sen sahaja. sepeket tu boleh 2/3 orang makan ikut saiz perut masing2....keke.

Itu sahaja yang ibu nk kongsikan harini. Resepi di bawah tu ibu letakkan resepi dari chef florence tan punya resepi mee sua. kawan2 boleh cuba juga.





Friday, November 22, 2013

Kedai Daiso

Assalamualaikum dan salam jumaat buat sahabat2 semua semoga di rahmati Allah sekalian,

Harini tak da entry pasal gardening cuma nk cerita pasal kedai daiso,entry ni saya tujukan buat sis kita kak mar  dari blog suka-suka yang bertanyakan ttg kedai daiso.

Kalo baca entry kawan2 dan entry di mana2 blog mesti derang akan cakap betapa rambangnye mata kalo masuk daiso. mana taknya semua item harga RM5. besar kecik sama je harganya. Daiso ni berasal dari jepun,ape saja item di kedai daiso ni adalah item dari jepun dan kalo bukan made in japan tp masih juga pattern dan idea barang dari jepun. 

Di sini saya kongsikan lokasi kedai2 daiso untuk simpanan saya dan juga untuk info kawan2 bersama,senarai yang ni untuk daiso yang dalam eon punya. selain dari eon daiso ada juga di pavillion,mid valley, ioi mall dan tempat2 lain yang saya kurang pasti lagi.

STORE LOCATION

DAISO Melaka (Ayer Keroh)
F23, First Floor, 
AEON Melaka (Ayer Keroh) Shopping Centre

DAISO AU2 (Setiawangsa)
F06, First Floor, 
AEON AU2 (Setiawangsa) Shopping Centre 

DAISO Mahkota Cheras
Lot G26 & G27, Ground Floor, 
AEON Mahkota Cheras Shopping Centre, 
Jalan Temenggung 21/9, 
Persiaran Mahkota Cheras 1, 
Bandar Mahkota Cheras, 
43200 Cheras, 
Selangor, Malaysia. 

DAISO Seri Manjung
Lot F43, 
AEON Seri Manjung Shopping Center, 
Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 
32040 Seri Manjung, 
Perak, Malaysia. 

DAISO Taman Equine
Ground Floor No. 2, 
Jalan Equine, Taman Equine, 
Bandar Putra Permai, 
43300 Seri Kembangan, 
Selangor, Malaysia. 

DAISO Ipoh Station 18
Lot F28 & F29, 
AEON Ipoh Station 18 Shopping Centre, 
No 2, Susuran Stesen 18, Station 18, 
31650 Ipoh, 
Perak, Malaysia. 

DAISO Taman Maluri
First Floor, 
AEON Taman Maluri, 
Jalan Jejaka, Taman Maluri, 
55100 Cheras, 
Kuala Lumpur, Malaysia. 

DAISO Rawang Anggun
F47 & F48, 
No. 1 Persiaran Anggun, 
Taman Anggun, Kota Emerald, 
48000 Rawang, 
Selangor, Malaysia. 

DAISO Bukit Tinggi
S59, Second Floor, 
AEON Bukit Tinggi Shopping Center, 
1, Persiaran Batu Nilam 1/KS 6, 
Bandar Bukit Tinggi 2, 
41200 Klang, 
Selangor, Malaysia. 

DAISO Bandar Utama
Lower Ground, 
AEON 1 Utama Shopping Center, 
No 1, Lebuh Bandar Utama, 
Bandar Utama Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia. 

DAISO Queensbay
Lot 07 & 08, First Floor, 
North Zone, Queensbay Mall, 
Persiaran Bayan Indah, 
11900 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang, Malaysia. 

DAISO Bandaraya Melaka
Lot S33, Second Floor, 
AEON Bandaraya Melaka Shopping Center, 
No 2, Jln Lagenda, 
75400 Melaka, 
Malaysia. 

So far saya dah pergi ioi dan midvalley.....tp saya suka lagi pergi ioi sebab di midvalley kurang barang gardening compare tu ioi mall. Antara barang gardening yang saya beli adalah:

Planter box warna putih, RM 5

ada banyak jenis dan banyak sangat bentuk planter box yang ada. 


Plant support,bagus untuk pokok tomato yang perlukan support dan juga ape2 pokok yang rasa2 mcm nk tumbang tu boleh la letak benda ni. RM 5 juga satu tu.


contoh saya gunakan pada pokok bendi saya yang tumbang di timpa hujan.  :)


dan yang terakhir plant label,yang ni pun RM5 satu plastik. Dalam satu plastik tu ada dalam 20 saya rasa.....betul kan saya kalau saya salah. Cukup la 20 kan..kadang saya pakai kadang saya tak pakai mengada2 betul saya. hehehe.....alik2 g ambik sudu atau garpu plastik label kat situ je.....sabar je la kan.

Itu sahaja yang saya nk kongsikan hari ni,di harap info ni dapat membantu kak mar. Kalo ada ape2 terkurang tu saya minta maaf dan kalo ada ape2 pertanyaan tu akk feel free tanya saya ya.

Salam sayang,happy gerdening,sayangi diri anda,sayangi keluarga anda,sayangi rakan2 anda dan yang paling penting sayangilah pencipta kita,supaya kita sentiasa di sayangi dan di limpahi rahmatNya.



Thursday, November 21, 2013

Petak Kecilku Semak



Nak cerita sikit pasal petak kecil ibu.......semanjak hujan menimpa2 dengan banyak pokok ibu semuanya menari2 seronok...ibu pun rasa mcm nk menari2 jugak la.....ehhh...ehhh....ehhh.....hehe.

Keadaan kebun kecil ibu makin semak....sekarang ni pun duk fikir kat mana nk sepuk semua benih2 flower yang dah semai dan benih sweet basil yang ibu semai...banyak kut. Tak pe2...slow2 ya...slow2....... layan gambar sambil ibu story telling sikit2.  :)



sulur kacang tanah dah menembak masuk dalam tanah....hehehe....dah x sabar dah ni nk rasa home grown kacang tanah.....rasa nk tuai terus je. eiiii....cepat la besar. keke....Benih kacang tanah ni dari en.is tanam sendiri.



sejak hujan ni pokok bendi happy gila......tumbuh bukan main hebat tp x mo keluar buah. dia mcm berlumba2 nk lawan pokok bunga matahari ibu. Benih ni dari diana KBB. 


nampak tak tepi kanan tu anak pokok bendi tak mo kalah jugak....nk lawan si pokok bunga matahari ibu...bunga matahai ibu pun tumbuh sihat dah lepas tinggi pinggang ibu dah. benih bunga matahari ni dari tanam sendiri baka sunflower mixed colour. tak sabar nk tgk dia berbunga. :)

di bawah pokok matahari saya tu letakkan anak pokok tomato ceri dan kobis...kalo hidup rezeki buat ibu.

                          

ni nk cerita sikit pasal pokok limau ni....pokok limau ni ibu beli kat nurseri pertumbuhan terbantut sikit letak dalam pasu. jadinye ibu pindah ke tanah.......sejak pindah ke tanah pokok limau ibu berbunga lebat. tp yang bestnye.....buah tak lekat.....uwaaaaaa.....rasa sentap sangat. tak pernah lagi merasa limau hasil tanam sendiri. bunga je hebat buat tak lekat......pokok ni asyik merajuk je. karang ibu merajuk balik baru tau. huhu.....

                          

banyak kan bunga.

buah comel tp tak lekat.......ada sesiapa boleh bantu bagi penyelesaian masalah ibu ni. 



Keratan mulberi beli dari diana KBB kejap je dah keluar tunas.......berjiran dengan malabar,jagung,lemon basil dan betik sekaki.  :)


Epsom salt ni ibu beli dekat cosway,murah je....tak sampai RM5. di sbbkan epsom salt ni untuk gardening purposes....jadi ibu tak beli yang besar2. cukup untuk gardening sahaja...belum pernah guna lagi sbb masih study cara guna.

Benih2 pokok yang lain seperti ketumbar dari smRose dah semai dan dah keluar anak pokok tp tak dan nk snap...snap.......

till then jumpa lagi...happy garden.....happy2 selalu...sayang kawan2 semua. sayangi keluarga anda,diri anda dan sekeliling anda.  :)

Wednesday, November 20, 2013

Nasi Ayam Sedap

Salam sayang dan salam wordless wednesday pada kawan2 semua....cerita ini adalah cerita hujung minggu lepas. baru harini nk kongsikan. hehe...

buat menu nasi ayam menggunakan blogger masakan terkenal puan azie. Memang sedap....mendapat pujian dari en.papa......kene puji of coz la suka hati dan nk cuba lagi dan lagi...ececehhh....hehe.

jom cuba,sape tak cuba simpanlah resepi mana tau tiba2 teringin kan. hehe....





kicap cap Gajah (atau di panggil kicap pekat) 

Nasi Ayam Kak Laily Yang Tersohor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras - dalam 7 pot
1/2 cawan halia kisar
1/2 cawan bawang putih kisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu besar garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak lemak ayam

Cara caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk kunyit dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan sedikit minyak ayam dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan serta tidak hanyir bila sejuk.


Bahan untuk Sos 
15 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya 
3/4 cawan air masak (kak laily tak letak)
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Cara caranya:
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.


Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam - bersih dan tos
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap cap Gajah
Garam
Gula
Serbuk lada sulah

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara caranya:
Bersihkan seekor ayam dan jangan dipotong. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam, kaki serta leher ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, kicap, gula, garam dan lada sulah. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 – 2 jam atas penyejat atau digantung. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Sup Nasi Ayam
Air rebusan ayam
Garam
Serbuk perasa
Daun sup
Bawang goreng

Cara-caranya
Panaskan air rebusan ayam. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. 


Bahan Untuk Kicap
Kicap cap gajah
Gula
Garam
Serbuk lada sulah
Air

Cara caranya:
Masak dengan air, gula, garam dan lada sulah sehingga mendidih. Boleh guna bahan memerap ayam tadi. Sesuaikan rasa.



boleh x nak selit sikit entry kerek........nampak tak inbox saya tu. dah genap 1000 semalam inbox saya. yahooo!!!!.....bangga kejap sebab angka dah seribu.mcm nk sambut anniversary pulak. keke......aduila.....

Friday, November 15, 2013

Yang sedap itu adalah free


Salam jumaat penuh berkat buat kawan2 semua,

harini saya cuti jadi pagi keluar mengintai pokok...ternampak makhluk ciptaan Allah sungguh sempurna bergembira dan berpesta makan pokok lemon yang ibu beli dari diana KBB...

Ewah2.......ini boleh mendatangkan kemarahan....d sebab kan ibu geli dgn ulat. ibu tgk je dia makan...tunggu en.papa tolong halaukan.......boleh gitu?...boleh je......keke

Tak boleh tgk lama2 dan pegang nnti muntah.....betapa teruknye kegelian ibu.....tak pe,sebagai bukti ibu gambil gambar kamu ya wahai cik ulat pah bedah!!!!.



eiiiiiii....gelinya.......nk muntah tgk

Thursday, November 14, 2013

Rendang cik yam

Pulang dari kerja semalam tah kenapa mengidam yang teramat sangat ke rendang (bukan ngandung ya..huhu)......godek punya godek last2 jumpa resepi dari blogger masakan tersohor puan azie.

Mcm entry nadia untuk red valvet guna resepi puan azie,saya pun suka guna resepi dari puan azie. So far tak pernah mengecewakan Alhamdulillah. Masak pun senang....racik2,blender semua campak dalam kuali pastu masak dengan api perlahan sampai lembut. Dah siap rendang cik yam mudah. Sedap pun sedap.  :)

Saya kongsikan resepi di bawah untuk kawan cuba.



Rendang Ayam

Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor 
Gula
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api

Cara Memasak:-
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau sekali sekala. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Sesuaikan rasa. 
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang pada kegemaran masing masing. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.



pokok portulaca atau kata lain rose jepun semaian dari biji benih alhamdulillah bercambah. Benih beli dari diana KBB (kebun bahagia bersama). Kebanyakkan benih dari diana sangat bernas dan walaupun dah tersimpan lama. Seingat saya dah lama dah saya beli tp masih elok cambahannye.

Di sebabkan benih terlalu halus saya terpaksa direct sow. Kalo dah banyak mcm ni anak pokok nye tak mcm mana nk sumbat dalam bekas air mineral 5 liter ni ya. hehe......ape2 pun kita tunggu dan lihat. hujung minggu ni nk buat projek lagi.....weeee.....seronoknya.  :)

Berjumpa lagi kawan2.......yahoo!!!! esok jumaat. keke.


p/s: owh ya,saya mencari benih pokok bunga di bawah ni. Kat mana saya boleh cari...cantiknye warna purple dia. Kalo ada kawan2 yang menjual benih bunga ni maklum pada saya. dengan cepat saya membelinya. :)


cantik tak kak ton? Aster Blue Autumn


Delphinium


Monkshood

dan ape2 bunga yang ada purple related. :)



Tuesday, November 12, 2013

Kusangkakan Lemon Basil


rupanya anak pokok betik sekaki......tah selamat ke tidak. tidak lah ibu tahu. Masa tanam ingat kan pokok lemon basil ibu pun campak je atas tanah sekali bila dah keluar daun sebenar rupanya pokok betik. Ini la akibat kalo malas tagging pokok.  :)

 Hasil pembacaan di blog Anim Agro dan blog kak puteri purnama ada buat entry berkenaan betik sekaki.

Pokok yang keluarkan hasil yang lumayan...isi lebat dan tinggi lebih kurang sekaki. mungkin sebab tu nama dia betik sekaki kot.

Benih saya beli dari en.is tanam sendiri.....jom menanam.

Owh ya,nk minta jasa baik kawan2....sape tahu jenis pokok bunga ape yang tak perlukan cahaya matahari terlalu banyak?....kalo ada sudi2lah kongsi dengan saya ya.

Syukran.  :)

Monday, November 11, 2013

Aktiviti hujung minggu - bermain dengan tanah dan cacing.

Assalamualaikum,

Selepas 2 bulan berpindah rumah....bermacam2 agenda dan aktiviti ibu plan untuk cantikkan laman depan rumah dan maksimumkan penggunaan laman depan. tp biasa la,bila tak buat planning betul2 kadang tunggang langang la jawabnye. tanam sana,tanam sinun berterabur bagai......

Semanjak 2 menjak ibu join group dalam FB,ramai yang share gambar2 cantik mereka buat edible garden. Timbul perasaan jeles membuak2 sambil dalam hati berkata2 nk jugak la mcm mereka ni.....ada tempat untuk melapangkan fikiran dan memberikan ketenangan fikiran di petang2 hari sambil melepak depan rumah. hehe( berangan lagi......padahal laman kecik je)

Dalam tempoh sebulan lepas ibu rajin sesangat ke sungai buloh membeli tanah,beli rumput,beli pokok bunga dll.......semuanya gara2 projek mini ibu ini. Alhamdulillah hujung minggu lepas ni ibu berjaya tanam rumput pearls grass dengan letakkan artificial wood block yang di buat dari concrete untuk mencantikkan laman depan. Bangun pukul 7 pagi dah buat projek sampai pukul 10 semata2 nk pasang rumput dan block kayu tu.......tak sarapan terus buat projek....gigih betul ibu. keke.... sedang papa lena di buat mimpi ibu dan qis bertungkus lumus bermain tanah dan cacing....walaupun pemasangan tak secantik seperti yang kita ambil secara upah. Tp ibu ttp puas hati sebab hasil dari air tangan sendiri kan. hehe.....bangga kejap. :P

Ok,Plan garden ibu mcm ni.......separuh depan yang terima banyak cahaya matahari ibu maksimumkan untuk menanam pokok...dan separuh lagi agak terlindung dari cahaya ibu akan tanam rumput dan (berangan nk letak pasu ada air...pastu beli pokok lotus dari KBB letak dalam pasu....kekeke...berangan lagi) dan tanam edible flower.....hehe.

Pastu angan2 nye lagi nk buat ala2 english garden.....tp fikir2 mesti banyak costingnye...tak pe berangan la lagi.....keke.

Pastu berangan nk letak pagar putih sikit keliling edible garden ibu....ececehhhh...berangan lagi. keke..... mcm gambar bawah ni. cantikkan?.... Tak pe,berangan adalah free. keke



kali ni semai semuanya benih pokok bunga.......cosmos kebanyakkannya


d sebabkan benih portulaca dan petunia paling la halus di dunia....jadi ibu direct sow dalam botol mineral 5 liter. pastu buat tingkap dekat botol tu supaya pokok boleh berjurai keluar dari botol....ececehhh..dah berangan vantage pulak dah.....keke


pokok kacang tanah dah berbunga.....yahooo!!!!.  benih dari tanam sendiri.


ini unofficial result......masih tak cantik. Tak puas hati lagi ni.....



bersepdah dan bersepai sana sini bola la,pokok la...semua bersepah2.





assistant ibu paling setia menolong.....dari tanggal seluar sampai tanggal baju tinggal pampers je..betapa gigih menolong...ibu senduk tanah masuk pokok,qis korek balik keluarkan....hehe...aduila anak.


Rajin kan?........aduila. qis...qis......

itu sahaja ibu nk kongsi hari ni...happy monday,jangan blues2....and happy working.

p/s: buat masa sekarang ni ibu tak semai pokok timun,semai zuccini pun hancur sbb musim hujan ni.....si kekabuh tu tgh syok makan sambil ehem2......mmg harapan ibu nk semai....karang makan hati je tgk derang meratah dengan rakus sekali. heeee