Assalamualaikum,
masih dalam fasa dan mood pindah randah.....rumah lama serupa kapal pecah. Rumah baru perlu di susun aturkan.......Ya Allah,kau berikanlah kekuatan tubuh badan buat hambamu ini.
Pack dan unpack barang sangat la penat......2 minggu berturut2 kami berulang ke rumah baru dan lama hantar barang...di samping menyahut cabaran jemputan jamuan open house. Hari biasa pula sangat terbantut masa untuk pergi menghantar barang kerana en.papa busy dengan kerja beliau.
Hujung minggu ni.....ibu akan bertukar menjadi incredible hulk sebab nak angkat barang2 besar seperti katil dan almari dan almari tv dan peti ais dan mesin basuh...angkat beramai2 bermasa orang yang d upah. Takkan nk duduk saja kan...kene la berhempas pulas bersama2. Bekerja lah kita sekuatnya.....huaaaagghhhh!!!
Patch baru depan rumah ni kecik sahaja tak besar pun...Alkisah taman astakona ibu dekat rumah lama.....tak yah cerita...sadis sekali. bayam malabar dah tumbuh buah,sawi menang sudah berbunga2....pokok terung rebah ke tanah sbb tak petik buat dan pokok terlalu berat,banyak yang rosak...tak sanggup nk snap gambar. kesian pun ada juga,tp kalo nk bawa mmg tak larat sebab banyak. hanya bawa mana2 yang mampu sahaja la. Kesian mereka........seperti melambai2 minta belas kasihan dan minta di bawa bersama. Tapi apa kan daya,.......kami x mampu nk bawa semua sekali. Sedih hati ini melihat mereka cuba bertahan. Insyallah ibu cuba dan akan cuba untuk bawa semua pokok jika mampu.......
Jika tidak terpaksa hayat mereka sampai di situ.......sedih.... :'(
Assalamualaikum Ibu Qis,
ReplyDeleteoo sedang berpindah rupanya....caiyok !!!! tidak mengapa jika tak dapat dibawa kesemua mereka itu Ibu Qis, nanti di patch baru, mulakan projek kembali ya....
Waalaikumussalam Dini,
DeleteDini sihat? Itu la,sedih pulak nk tinggalkan mereka. Kemana tumpahnya perasaan kasih dan sayang kalo tidak pada hasil titik peluh gerdening kita kan. hehe.....
salam ibu Qis, pindah rumah baru ya...tahniah!!! patch baru tu Nampak perfect!!...caiyok hehehhe
ReplyDeleteWsalam @na,
DeleteA'a pindah rumah....patch baru dah intai2,nampak gaya mcm keras je tanah dia. Rasanya banyak batu tu. kene tambah dan timbus tanah tu nanti. :)
salam ibu qis,
ReplyDeleteselamat bersusun atur dirumah baru...:D..memang penat tapi seronok kan?..nanti boleh ubahsuai tanam yang baru ikut kesesuaian patch yang baru tu...harap selamat semuanya..:D
Wsalam nadia,
DeleteTerima kasih nadia,ni bersemangat nak hias tanam mcm2 depan patch ni....angan2 tu dah banyak merewang2 dalam kepala. Karang duk sibuk ubaisuai kat luar belah dalam tak siap2....mau kene sound dengan big bos nanti....keke.
Salam Ibu Qis,
ReplyDeletePadanlah berpisah dengan jiran, pindah rumah rupa-rupanya. Kesian pokok2 yang ditinggalkan ya! Yelah mana larat nak bawa semua ya. Takpa, patch baru menunggu untuk dimanfaatkan, jadi manfaatkanlah semaksimum mungkin!
Wsalam mak aji,
DeleteSedih la mak aji,jiran kami ni baik sangat orgnye......rasa berat nk meninggalkan mereka. Bapa rumah sebelah tu dah bunyi beberapa kali cakap nnti bila kami pindah derang boring x da kami...anak dara dia tak da kawan nk main nanti. huhuhu.......
Dah pulak jiran baik hati...mana lagi nk carik jiran baik hati mcm tu...jiran zaman sekarang banyak yang sombong2. huhu......
akan di manfaatkan patch baru ni...Insyallah. hehe
tak sabar nak tengok patch baru nie dipenuhi ngan pelbagai sayuran nanti
ReplyDeleteSalam UA,
Deleteheheh...nk tunggu patch depan penuh kene penuhkan patch dalam rumah dulu. karang big bos sound pulak tak siap2 kemas rumah duk sibuk gerden. heheh....