Friday, March 29, 2013

Kelebihan Daun Pandan






Gambar ehsan google.

Gambar ehsan hp sendiri. :)


Assalamualaikum dan salam jumaat,

Pagi tadi saya telah menyiapkan antaran bahan2 hantaran yang terakhir dan perlu di siapkan sebelum berangkat balik ke terengganu mlm ini iaitu bunga rampai. Daun pandan ni adalah ehsan dari jiran sebelah yang banyak menanam pokok pandan dan subur2 semua pokok pandan2 beliau. Terima kasih pada jiran,mintak sikit tp bagi sampai 2 pokok banyaknya...subur pulak tu pandan jiran. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki jiran kami. Amiiin.

Daun pandan ini adabanyak khasiat selain dari menjadikan sebagai pewangai almari dan dalam kereta. Ibarat ambi pure semulajadi. Yang bestnye pewangi semulajadi ni bau dia tidak terlalu tengit atau kuat dan tidak menyebabkan kepada pening di sebabkan bau terlalu kuat. 

Daun pandan yang saya minta dari jiran telah saya buatkan bunga rampai......sambil menaip entry ini di office tangan saya masih berbau wangian pandan dari bunga rampai. Satu kelebihan dan keajaiban yang Allah cipta pada pandan ini. Walaupun daun pandan yang di potong di campur dengan minyak wangi atau ape sahaja wangian......selepas beberapa ketika wangian pandan akan kekal dominen pada bau bunga rampai tersebut walaupun di spray atau di siram dengan wangian lain pada daun pandan. Itu lah antara kelebihan daun panadan yang saya sangat suka.

Jika kawan2 ada banyak daun pandan,jangan lah dia biarkan sahaja...ape kata kita jadikan wangian kereta atau almari baju kita mesti sedap sangat baunya kan. hehe.....

Selamat berhujung minggu,Insyallah mlm ini saya akan berangkat balik ke terennganu kerana esok majlis pertunangan adik ipar saya. Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Saya kongsikan entry ttg khasiat daun pandan yang saya google dalam internet.

Salam sayang dari saya.


Khasiat dan Kegunaan Daun Pandan
Semua orang kenal daun pandan. Bahasa botaninya P. amarylifolius. Inggerisnya screw pine leaves. Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman menanamnya dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!

Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.
-Air perahan daun pandan boleh digunakan membuat kuih-muih tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)

-Daun pandan yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam.
-Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih,
sirap dan berbagai jenis bubur.

Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :
- Daun Pandan boleh digunakan sebagai Pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas
Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

-Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:

Daun Pandan ubati Lemah saraf - ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
Gelisah : Ambil 2 helai daun pandanmuda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.kredit http://bukitbemban.blogspot.com/


MANFAAT DAUN PANDAN
Selain bermanfaat sebagai pewangi dalam membuat Kuih,
Daun pandan banyak Khasiatnya.

Khasiat Daun Pandan antaranya boleh menghilangkan kelemumur.
Caranya ialah:
- Ambil 10 lembar daun pandan lalu tumbuk sampai halus, dan letak 2 gelas air. Setelah ditapis, usapkan air hasil tapisan tersebut ke rambut yang sebelumnya sudah dikeramas. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Khasiat Daun Pandan - dapat digunakan sebagai ubat panau.
- Ambil segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut.

3 - Khasiat Daun Pandan-Dapat digunakan untuk mengubati darah tinggi.
-Ambil 2 gelas air, campur dengan daun pandan secukupnya lalu direbus sampai air menjadi 1 gelas. Minumlah setengah gelas pagi dan setengah gelas petang.

Dengan cara ini tekanan darah perlahan-lahan akan menurun sampai pada titik normal. Tetapi harus ingat, perlu patuhi apa nasihat yang doktor tetapkan.

Lagi Info Kegunaan,Manfaat dan Khasiat Daun Pandan
Daun pandan: Tanaman yang tumbuh subur di daerah tropica ini dapat menghilang kelemumur dan menghitamkan rambut. Selain aroma wanginya sering digunakan untuk aroma dan perwarna masakan dan minuman, Ternyata daun pandan memiliki khasiat khusus sebagai penambah selera makan dan penenang.

Selain ditanam untuk menghias laman ia dapat jugak mencegah tikus, cicak dan seranga yang lain daripada masuk ke dalam rumah. Air pandan boleh diguna untuk membilas lantai.

Daun pandan sering digunakan dalam masakan.Baunya mempunyai wangi yang tersendiri,Daun Pandan boleh dicampur untuk membuat kuih,kek dan sebagai perasa dalam minuman. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu, daun pandan di zaman dulu sering digunakan untuk merawat kesihatan.

Khasiat Daun Pandan untuk Lemah saraf
Ambil 3 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 2 gelas, tapis ketika panas. Minum pagi dan petang selepas makan .

Khasiat Daun Pandan-Mengurangi gelisah
Ambil 2 lembar daun pandan segar, cuci, potong kecil-kecil. letakkan dengan 1 gelas air mendidih, tutup gelas, tapis semasa masih panas. Minum sehari sekali selepas makan. Lakukan selama 3 hari.

Sengal-sengal sendi.
Ambil 5 lembar daun pandan segar, 20 daun serai segar, cuci bersih, tumbuk keduan-duaya sampai halus. Tambahkan 1 sendok makan minyak kayu putih dan minyak gandapura. Aduk semua bahan, sapukan pada bahagian yang sakit. Lakukan sampai rasa sakit berkurang.

Khasiat daun pandan juga dapat Menumbuhkan, menghitamkan, dan mencegah uban di rambut.

Manfaat Daun Pandan
WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.

Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.

----------
Khasiat Daun Pandan -SEGARKAN URAT SARAF 

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

Maklumat Tambahan Berkaitan Daun Pandan
Nama Saintifikdaun Pandan : Pandanus amaryllifolious
Nama Inggeris: Screwpine Leaves

Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.

Di antara kegunaan daun pandan adalah:

Haruman - Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci) dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.
Pembalut - Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu.
Pewarna - Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.http://www.trymasak.my/
-------------
Kegunaan Daun Pandan

1. Sebagai pewangi makanan tanpa merubah rasa, misalnya ketika menanak nasi, buat kolak atau bubur kacang hijau, saus santan, sirap, minuman.
2. Sumber warna hijau selain daun suji.
3. Sebagai pengharum ruangan dan pewangi untuk campuran bunga orang meninggal.
4. Sebagai pemanis rangkaian bunga untuk pesta perkawinan.
5. Menghilangkan ketombe dan menghitamkan rambut: rebus 7 lembar daun pandan yang sudah dipotong-potong dengan air 1 liter sampai warnanya jadi hijau. Embunkan air rebusan tadi semalaman. Pagi harinya, campur rebusan daun pandan dengan air perasan 3 buah mengkudu masak. Gunakan untuk cuci rambut.












Thursday, March 28, 2013

Bila masa untuk tuai lobak putih

Lobak yang saya semai dah nak masuk sebulan....Alhamdulillah dah makin nampak lobak mula keluar dari tanah tp nampak pokok masih kecil. Berfikir2 dalam kepala bila masa sesuai nk tuai lobak ni?

Kalau baca dalam blog en.is tanam sendiri lobak boleh tuai lepas 5/6 minggu atau lobak sebesar bola golf. Tp lobak saya lonjong tak bentuk bola golf. Tak pe,saya tunggu dalam seminggu dua lagi Insyallah makin besar la nanti. :)





KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

A great reminder and practice for us especially parent seperti saya.



Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Wednesday, March 27, 2013

50% gubahan hantaran sudah selesai

Assalamualaikum,

Masih dengan mood menyiapkan hantaran adik ipar. Alhamdulillah semalaman saya tak tidur untuk menyiapkan hantaran adik ipar saya. Dan berjaya juga di siapkan semuanya dalam masa semalam. Tinggal untuk letakkan barang sahaja sekarang ni. hehe.....Sila la layan gambar2. Tema mereka adalah pink purple tp saya tak buat hantaran terlalu obvious sangat striking pink dan purple.  :)

p/s: saya tahu entry ni tak updated di blogger kawan2 dan mana2 yang terbaca tu mungkin kebetulan. Pada kawan2 atau sahabat2 yang sudi membantu saya menyelesaikan masalah post tak updated dalam kawan2 punya blog silakan ya. Saya sangat hargai. Habis semua feed burner / resyn ping dan dll semua dah buat ttp masalah ttp timbul. Im a lonely blogger.......huhu. heeee.....


untuk gubahan hantaran buah2an.


Untuk hantaran kain persalinan.


yang ni untuk cokelat,masih belum siap sepenuhnya.


Ini untuk hantaran tuala....masih belum siap juga sepenuhnya.


Gubahan untuk buah dan sireh junjung. Yang sireh junjung tu perlu di perbetulkan lagi tu...saya masih kurang puas hati.


Ini untuk bunga rampai. Masih tak siap lagi sepenuhnya dan pandan pun belum  potong2 lagi.

Itu sahaja saya nk kongsi hari ni...sambil menaip sambil pejam mata...mengantuk nye.......zzzzzz

Tuesday, March 26, 2013

Cari Barang Pengantin

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat kawan2 semua. Dah masuk hampir 2 minggu posting yang saya post dalam blog ni tak updated dalam blog kawan. Telah goole sana sini,masuk feedburner dan resyn dan ping pun tak jadi jugak. Tak tahu di masa silapnye. Tak pe la,redha sahaja jika ada kawan2 yang rajin dan sudi baca entry saya ni.....sob....sob.

Tadi time rehat saya dan yana kawan se-office merayau2 di plaza alam sentral untuk mencari barang untuk hantaran adik ipar saya. Tempat yang orang ramai suka tuju adalah di romantika yang terletak di tingkat paling atas sekali. Dulu kawasan atas ni glamour sebab kan ada tempat seri pentas 2 banyak rancangan tibi buat rakaman dan antaranya pi mai pi mai tang tu. (nostalgianya cerita tu)..... Kedai romantika ni adalah kedai yang banyak jual barang2 untuk peminat2 vintage / english style dari segi harga sangat lah murah. Kalo pergi ke lovely lace takkan dapat la harga2 mcm ni la kan.. Sudi2kan lah melayan gambar untuk tatapan  kawan2 semua.  :)


Bekas lilin yang boleh di gunakan untuk hiasan meja rumah atau untuk pengantin.


Antara perhiasan2 yang tergantung atas kepala...sangat cantik.


Candle holder.


pinggan mangkuk tema vintage.


Frame gambar yang di jual.



Frame gambar lagi


Pinggan perhiasan.....Tgk harga dia...murah kan? besar pinggan tu dan berat.  :)


Kotak Berjam.


Luggage ala2 orang putih punya.....feeling2 english gitew.  :)




Se rak longgokan tisu2 yang cantik dengan tema vintage


Tarik sikit......cantik kan?

Di sinari cahaya lampu nan indah.....bagaikan di kayangan....(berangan)


Snap gambar dari luar kedai.  :)



Monday, March 25, 2013

Hantaran Tunang Adik Ipar

Assalamualaikum,

Harini hari isnin,monday blues...masuk office je internet down dari pagi sampai ke tengahari. Baru ok beberapa jam yang lalu. Alhamdulillah.

Insyallah,hujung minggu ini adik ipar perempuan saya akan bertunang hari sabtu di terengganu. Majlis di lakukan secara kecil2an katanya. Tetapi tetamu yang di jangka hadir dengar kata mencecah sehingga 50 orang. Tetamu bertandang dan merisik......(mcm banyak je bunyinye) minggu lepas adik ipar saya call saya cakap minta saya buatkan hantaran tunang dia.

Saya jadi menggalabah dan tidak keruan bila dengar ape yang adik ipar saya cakap...Memandangkan kos upah untuk hantaran agak mahal. Maka saya pun setuju untuk buatkan hantaran adik ipar....sejak 2 hari yang lepas asyik gugel sana sini cari contoh hantaran dan juga ke kedai barangan hantaran.

Beli dan beli sampai beratus2 tidak lah saya perasan kerana terlalu nervous dan tidak tahu dari mana hendak mulakan dulu.

Semalam saya sempat cuba menggubah bunga untuk di jadikan tempat letak buah2an dan juga untuk letakkan sirih. Adik ipar cakap tak mahu pakai bunga fresh sbb mahal.....jadi saya belikan sahaja bunga biasa.  :)

Ya Allah....berikanlah kekuatan dan ketenangan untuk menyiapkan kerja2 ini. Hamba mu ini terlalu terkejut dan berhati2 dan takut jika tidak mcmpu melakukan kerja yang di amanahkan dengan sebaik mungkin. Amiiin.


Dah gubah simple mcm ni lepas tu tak puas hati dan rasa mcm ada yang kurang...tambah pula bunga putih.



Untuk Bakul hantaran buah2an..


Baru siap satu......ada 6 lagi perlu di buat... Ya Allah nervousnye.  (T.T'')



Saturday, March 23, 2013

Sakit Hati dengan Pos Laju

Tiada gambar dapat di gambarkan perasaan marah saya.......2 kali parcel yang saya minta kirim ke rumah mereka maklum yang tiada orang di rumah sedangkan adik ipar saya ada di rumah. Mereka tiada inisiatif ke nak telefon saya dan tanya ada orang ke tidak di rumah. Tahu2 dapat surat suro ambil di pusat poslaju bangi.......issshhh!!!!. Attitude ape ini,kenapa tak call saya dulu kalau rasa ketuk pintu rumah tak da orang buka. Bukan ape,kadang adik ipar saya berada dalam bilik dan mungkin tidak dengar orang datang. Mereka suka sambil lewa la.......geramnye dengan attitude mcm ni.  sob...sob......

Wednesday, March 13, 2013

Mintak Tanah Dekat MIL


Assalamualaikum,

Menjadi satu tabiat buat saya setiap kali pulang ke rumah MIL di felda kerteh terengganu saya suka merayau2 sekeliling rumah MIL dan benda paling saya suka adalah mintak tanah bakar dari MIL. 

Seperti yang kita tahu kawasan felda ni adalah kawasan untuk penduduk2 dan peneroka felda. Jadi kampung di kawasan felda ni adalah kawasan kampung yang terancang yang mana jika ada kenduri mesti gotong royong,kalau ada mesyuarat semua ketua2 dan ahli blok perlu pergi ke mesyuarat. Kebiasaannnya mesyuarat berkisar tentang hal2 mencantikkan kawasan rumah di blok masing2 dan juga berkenaan hasil.

Haritu saya tanya MIL pergi mesyuarat cerita pasal apa....MIL cakap mesyuarat dia hari tu ttg nak tanam bunga2 di kwasan rumah dan cantikkan kawasan rumah......best kan hidup derang???...cerita pasal pokok,pasal hasil,pasal nk cantikkan kwasan felda ni....hebat la!!!! tak payah fikir redah jem....pasal bayar tol bagai...hehe. Jeles pulak

Minggu lepas saya telah pulang ke rumah MIL dan ape lagi......benda yang menjadi kegilaan saya setiap kali balik rumah MIL adalah mintak tanah bakar dari MIL. tanah ni MIL beli satu tan pada harga RM50. Tanah bakar ni adalah salah satu agenda mencantikkan kawasan rumah di felda dan tanah dia sangat bagus sebab tanah yang penuh nutrien dan juga tanah bakar ni tak bertakung air. Jadi pokok hidup subur dan saya tak perlu membaja sangat.

Sejak arwah FIL meninggal tanah2 ni telah terbiar dan tak ada sesiapa nk usahakan,memandangkan MIL tahu hobi saya....jadi MIL berikan tanah2 ni pada saya.


bunga depan rumah.


Tanah bakar dalam polybeg tinggalan arwah FIL. dulu buat tanam cili.


cuba perhatikan rumput yang naik atas polybeg tu....sebenarnya ada banyak sangat2 polybeg. ada 3 longgok besar polybeg di sebabkan tiada sesiapa nk usaha jadi rumpai pun naik atas polybeg ni.



ini rupa tanah bakar dalam satu polybeg. satu polybeg tu berat dia hampir 5KG. lenguh jugak nak mengangkat.


Kayu kayan yang di berikan oleh felda untuk peneroka buat rumah. La ni ramai rumah2 di felda dah bertukar ke rumah batu.


Setiap kali lalu bawah rumah pasti akan teringat ke arwah FIL yang rajin mengemas2 kawasan luar rumah. 


Pokok terung MIL yang perlu hidup sendiri dah berbulan tak jirus lepas MIL sakit haritu.


Trellis buatan MIL dan FIL walau senget sikit dah la ni...tp bukti usaha bersungguh mereka nak bercucuk tanam.


itu sahaja yg saya nk kongsi harini........salam sayang dari saya.


Tuesday, March 12, 2013

Si lemon basil dan si lobak putih.


banyak sebenarnya lemon basil yang saya semai dan dalam banyak2 ni hanya sepohon ini sahaja yang membesar bagaikan juara. Hari demi hari makin menjadi2 tumbuh.

Masih tiada idea nk pakai lemon basil ni untuk ape......





Ulam raja tabur dalam styro dan tumbuh dengan sihat alhamdulillah. Senang je semai ulam raja ni ya. :)


Pokok Terung yang kurang terjaga....dah berbuah sepatutnya masukkan dalam styro supaya boleh membesar lagi besar. Insyallah hujung minggu ni boleh buat projek terancang saya.


Lobak putih / lobak kampung


nampak tak tahap bersepah2 pokok lobak ni?...ini namanya gardener terlebih rajin. Tabur je benih dalam stro dan tinggal. Sekali sekala tabur baja........pemalasnye tukang kebun sorang ni kan. huhu.........


nampak tak mcm isi lobak putih tp dah terjojol keluar? pokok tak berakar sepenuhnya sampai dalam sebab tukang kebun terlebih rajin tabur benih kekdahnya.  uhuk2.....