Wednesday, February 27, 2013

Gladioli bertunas

Assalamualaikum,

Hari ahad lepas saya telah keluarkan gladioli yang saya beli dari diana dalam peti ais...terfikir nak semai dalam pasu. Tp pasu tak sempat di sedia kan dan memandangkan kami agak sibuk lately dengan urusan en.somi nak masuk spital isnin depan dan juga cuaca hujan lately terpaksa batalkan niat nk bergarden di luar.

Mencari2 idea nak tanam gladioli ni last2 saya susun gladioli ni dalam pinggan dan letakkan air. Mula tu saya ingat tak tumbuh,alhamdulillah gladioli bertunas selepas hari ke 3 dan makin laju tumbuh. Insyallah....Inysallah (Ya Allah kau berikan kan kelapangan masa buat hambamu ini...amiiin) saya akan pindahkan minggu ini juga.




Tengok akar gladioli dah keluar banyak.....sekali pandang macam ubi ngaku pula....heheh


Tuesday, February 26, 2013

Admission

En.somi baru balik dari hospital dah dapat surat admission. 4/3/2013 isnin 2 ptg en.somi akan masuk dan 6/3/2013 tarikg operation.

Doakan semuanya berjalan lancar.


Thursday, February 21, 2013

Mini Pizza untuk Anak kecil

Assalamualaikum sahabat2 semua.

Semalam hari rabu saya telah EL sebab teman en.papa ke hospital yang dulu en.papa pernah operate. Sebelum kami bergerak ke sana,sempat la saya sediakan nasik goreng bujang dan juga pizza mini untuk anak dara saya.

Mula tu tak terfikir nak buat pizza,tp bila ternampak roti gardenia banyak lebih...dari di biarkan expired baik la saya buat sesuatu. Bahan2 yang di gunakan senang dapat dan anak dara saya sangat suka. Biasa la kanak2.  :)

Bahan2 pula saya pakai yang dah sedia ada di rumah seperti sos prego,ayam cincang,sedikit oregano (yg dalam botol punya) bawang besar ,capsicum dan mozarella cheese yang ada berbaki dalam peti.


mula-mula tumis bawang besar yang di potong dadu, kemudian masukkan daging atau ayam cincang dan masak sampai ayam nampak dah masak dan masukkan sos prego dan sedikit oregano. Dah siap bahan base untuk sos.




ini versi ibu dan papa


Ini pizza mini versi qis...terletak bawang pula.


Tabur banyak2 cheese baru sedap.


Dah siap.



tengah main air dalam bilik air,keluar nak makan kejap sambil pegang berus besi periuk ibu...qis...qis.....


Letak cheese banyak2 baru boleh tarik panjang2. :)

Lepas sediakan sarapan..saya pun keluar kejap melihat sayur2 yang baru saya semai semalam dan bersihkan pokok2 yang ada.



Alhamdulillah Rose cameron ni tumbuh sihat dan dah keluarkan tunas baru....Lebihan kulit telur telah saya jadikan baja untuk mereka. :)


Pokok dan sayur yang di semai dalam polystyrene ada yang teruk di simbah hujan sampai jadi kolam. Daun ketumbar pun sampai lembik kene simbahan hujan lebat....pokok sweet basil,lemon basil,kailan,sayur lobak putih,kunyit....baru semai masih tak meriah lg. Direct sow sbb malas nk pindah2. 


Pokok kacang panjang yang di tanam dalam pasu...di sebabkan kayu tu berbagai2 rupa dan bentuk saya terpaksa ikat dan silang ikut mana yang muat. Pokok Alhamdulillah semakin menjalar dan sekamin sihat.....Tumbuh baik2 ya kamu semua.


Sweet basil yang tak di jaga mana tp hidup subur dalam kotak styro tu.

Itu sahaja yang saya nk kongsi...tak banyak yang boleh di kongsikan memandangkan kami agak sibuk dan en.somi kurang sihat lately. Apa2 pun,salam sayang dari saya untuk kawan2 semua. Happy gardening everybody....... 



Wednesday, February 20, 2013

Doakan semuanya berjalan lancar.

Tahun 2008 kau telah menjalani pembedahan balloon untuk buang clog pada jantung yang sumbat......pulang tadi dari hospital doktor cakap ada sumbat yang baru. Kali ni perlu masukkan stem.......Sedihnya hati ini bila terdengar berita perkhabaran doktor. Kala pembedahan dulu,bila doktor khabar yang sumbat di jantung berjaya di buang selepas 2 kali pembedahan di lakukan dengan tebukan di kedua2 belah peha.....Ibu menangis kesyukuran....tak sangka tangisan kesyukuran ibu itu tak lama....... Doktor masih tak beritahu berapa banyak yang sumbat.

2 minggu dari sekarang kau akan jalani pembedahan jantung yang sama tp lebih rumit sebab perlu masukkan stem.......Semoga Allah melindungi mu wahai suami ku. Ibu dan qistina sangat menyayangi mu.......Kami sayang papa sangat2.





masa nak discharge........


Monday, February 18, 2013

Ruang Yang ada di gunakan


Assalamualaikum buat sahabat2 tercinta.

Pada hari sabtu dan ahad yang lepas alhamdulillah saya dapat meluangkan masa untuk membetulkan segala tanaman yang saya tanam.

Lately saya tak letak entry pasal pokok sebab segan dah banyak sangat tanaman saya meninggal di sebabkan cuaca terlalu panas baru2 ni dan cuti panjang. Process membersihkan segala tanaman2 yang rosak dan mati telah di buat pada hari sabtu dan ahad yang lepas.  :)

Sebelum ini saya ada teragak2 nk mengerjakan tanah sekangkang kera depan rumah saya tu.....Tp hati ni berkata nak juga buat sesuatu dari dibiarkan.

Jadi semalam saya kambus dengan tanah yang telah di campur dengan sabut kelapa dan juga baja taik kambing. So far depan rumah ni saya telah semai pokok terung,pokok cili dan daun pandan. Selain tu,saya campak benih bendi di kawasan tersebut.

Sekarang ni dah berangan2 nak letak pagar untuk tutup kawasan depan. Kalo tak mmg selamat la di kerjakan hanjin2 tuan rumah yang tak prihatin dan melepaskan hanjin2 mereka merayau2. Geramnye~~~~

Doa saya semoga mereka semua hidup subur dan tumbuh sihat. Insya Allah.





Thursday, February 14, 2013

Sayur Lemak Rambai

Assalamualaikum,

salam sihat pada semua kawan2,alhamdulillah hari ini dah hari khamis. Di sempena cuti raya cina ramai kawan2 yang balik kampung begitu juga dengan saya.

Semasa pulang ke rumah mak mertua di kerteh terengganu, kami di jamu dengan perlbagai jenis buah2an. Ada duku,ada rambai,ada salak.......Buah duku dan rambai adalah pemberian dari sepupu en.papa yang singgah dan bermalam di rumah MIL sehari sebelum kami sampai.

Keesokkannnya,apabila kami sampai mereka pun sudah bergerak ke majlis kenduri kahwin saudara mereka. Kebetulan buah rambai yang di beri agak masam,MIL cakap nak buat sayur lemak rambai. Pertama kali dengar sayur lemak rambai,apalagi...terus capai senjata rahsia saya (kamera hp) dan ambil gambar (hehe). Saya ada tanya kenapa koyak kulit rambai sahaja???...kenapa tak campur dengan kulit duku bagai. MIL cakap,kulit rambai tak bergetah macam kulit duku.

Bila saya tolong MIL koyakkan kulit tu...memang betul seperti yang MIL cakap....kulit rambai tidak bergetah dan lembut. Selepas siap sayur lemak rambai saya pun cuba rasa since adik beradik en.papa dan en.papa dan MIL beri kata2 semangat untuk cuba rasa walaupun pada mulanya saya rasa mcm pelik sangat nak makan kulit buah????.

Sekali NGAP....... mmmmmmm. memang sedap. Rasa kuah agak masam2 dan berlemak. Rasa dia lagi sedap dari belimbing buluh. Betul cakap MIL,rasa kulit rambai lagi sedap dari belimbing buluh. Sampai hari ni saya masih terbayang2 rasa kulit rambai tu. Kecur air liur.....hehe


ini duku kata MIL (heheh)....saya panggil langsat.


ini rambai namanya. :)


Kulit Rambai yang telah di koyak.

Rebus dahulu.


Rebus bersama ikan untuk di jadikan rencah kuah.


 

Dah menggelegak,tutup api.


Ikan yang di rebus tadi di buang tulang2 yang ada.


Potong bawang besar dan cili merah. Tak perlu pakai bawang putih.


MIL basuh kulit rambai dengan sedikit kapur untuk hilangkan sedikit rasa macam kulit.


Campur semua bahan dan masukkan santan dan masak hingga menggelegak. Tak perlu masak lama sangat memandangkan kulit rambai dan rebus siap2. Dah siap.

Boleh di makan bersama dengan ikan / ayam goreng atau ikan bakar....cicah bersama budu campur tempoyak dan ulam2an. Makan bertambah tak pandang kiri kanan dah sampai habis nasi seperiuk tak tinggal untuk orang yang tak makan lagi...hehe.


Friday, February 08, 2013

Ke nurseri Feveret.

Assalamualikum,

salam jumaat pada semua kawan dan selamat berhujung minggu dan selamat bercuti. hehe.... Insyaallah mlm ni saya akan pulang ke rumah mak mertua di kerteh terengganu. Kepada kawan2 yang akan membuat perjalanan jauh. Sila berhati-hati di jalan raya.

Hari isnin lepas kan saya MC,jadi langkah saya sangat panjang. Pantang ada peluang saya akan pergi ke nurseri feberet saya. Pemilik nurseri ni orang melayu saya rasa,dia gelar diri dia 'ustaz' (masih muda dan good looking... heheh)

Semasa nak beli tanah dekat situ kebetulan pula hujan renyai2,jadi melepak la saya di nurseri tersebut bersama seorang pakcik yang pencen. Rasanya pakcik tu mcm ustaz juga....ustaz tu tanya saya ''orang muda2 macam awak ni datang tempat macam ni mesti suka sangat pada pokok kan?'' Orang muda???...hoho...bangga kejap. kembang hidung.  hehe....Saya senyum sahaja.

Saya pun cakap nak beli tanah,ustaz tersebut angkatkan beg tanah yang saya beli dan hadiah kan saya secara percuma ramuan rahsia atau pendek kata kompos buatan sendiri guna najis arnab. Bukan satu beg,tapi di baginya 2 beg bila ustaz tu tanya..... ''awak beli tanah banyak2 ni nak bubuh ke pokok bunga ka?''  Saya pun jawab ''saya tak banyak tanam pokok bunga sangat,saya tanam pokok sayur''

Ustaz tu pun tanya ''sayur ape yang awak tanam?'' Saya senyum dan jawab ''macam2 sayur saya tanam,sayur sawi,kailan,bendi....pok..pek..pok..pek saya bagi tahu. Ustaz pun pun cakap ''Saya ada benda nak tunjuk ke awak,ni ha baja bagus yang saya gunakan selama ni untuk tanam pokok sayur,bagus sangat....(beriya2 ustaz tu tunjuk) Dalam hati rasa macam waaa.......dapat free kompos 2 beg la. Beli tanah free 2 beg kompos ikhlas hati dari ustaz tu.....Hati saya gembira sangat berbunga2 rasa. Tak sempat nak ambil gambar nurseri feveret saya tu.

Dah masuk tanah dan kompos dalam si biru saya pun nk keluar dari nurseri tersebut.....sekali terpandang pokok bunga kertas yang di tanam dalam pasu. Cuba perhatikan bunga pada pokok tu.....banyak kan???......yang sangat menarik perhatian saya adalah....bunga dia berbagai warna. Saya pun tak tahu baka apa bunga kertas ni,tp sangat teruja melihat kecantikan bunga tu. Subhanallah ciptaan Allah sangat cantik.

Insyallah.lain kali kalau saya pergi ke nurseri tersebut saya ambil gambar kawasan2 tersebut. :)



Wednesday, February 06, 2013

Carrot Cake untuk kawan-kawan Office

Assalamulaikum,

Di sebabkan isnin saya MC,dengan keringat dan kerajinan dan keinginan membuak2 nak makan carrot cake. Hari isnin saya telah buat kek carrot untuk di jamu ke kawan2 dan kakak2 di office saya.

Alhamdulillah habis...ingat kan tak habis la tadi. Guna resepi dalam buku yang saya beli dan outcomes dia sedap dan tidak mengecewakan. Saya sebelum ni dah banyak kali buat carrot cake,tah macam mana dah lama tak buat tak teringat pula cara pakai api. Saya hanya pasang api atas sahaja....akibatnya kek saya masak belah atas dan bawah agak bentat. Ya Ampun,stress sekejap bila tengok kek bentat. 

Lesson learn: Kalau Nak bakar kek sila pakai api bawah dan bila dah nak dekat masak baru bukak api atas.


bukak buku resepi,sediakan bahan...parut carrot,bakar sekejap walnut dll.


Sediakan topping.....eh..eh...sedap pulak topping ni. jangan membazir,habiskan yang ada pada pemukul tu.

 

Siap dah cream cheese topping. Nak sapu banyak sikit macam sapu nutella atas roti banyak2. hehe...............
  

Siap dah......susah jugak nk potong sebab ada walnut. Kalau nak potong sila pakai pisau yang tajam ya puan2.....


Jemput2 makan ya puan2,kak bedah,kak timah ya.....hehe.

Monday, February 04, 2013

Ketumbar bertunas

Hari Isnin minggu lepas saya telah semai pokok ketumbar dalam container sahaja.....Cara semaian saya ikut macam yang di catatkan oleh ummiaidan boleh refar pada entry ni: Kaedah Menanam Ketumbar Bila Susah Tumbuh.

Hasil pemerhatian dan percubaan memang berkesan dan mudah. Direct sowing tanpa perlu pindah2 kan tanaman....senang dan tk perlu pindah randah.

Benih beli dari en.is tanam sendiri,saya siram tanah tu sampai basah lepas tu saya gembarkan tanah dan tabur terus atas tanah dan biar. Memang cepat membiak dan senang. Memang saya akan khaskan container ini untuk pokok ketumbar saya.  :)







Ps: Syoknya MC (Sambil lepak sambil memandang luar yang tengah hujan dan minum air teh O bujang......ahhhh ) Esok Stress balik. huhu....(T.T'')

Pertanyaan dan Kemushkilan

Assalamualaikum,

Salam Monday blues pada kawan2 semua. hehe....Hari ni saya MC sebab demam (alasan). Syok pulak bila MC ni,seronok sbb dapat luangkan masa tgk tanaman. Makan ubat,rehat kejap lepas tu terus tengok pokok.

Hari tu saya ada cerita pasal pokok tomato brandywine yang saya tanam. Beberapa hari yng lalu saya jadi mushkil sangat2....sebabnya,pokok tak sampai lagi tempoh yang sepatutnya dia berbuah tp pokok saya dah keluar bunga.???? pelik bin ajaib??...normal ke tu? ada sapa2 boleh bagi explanation tak kenapa jadi macam tu? saya gugel mereka cakap biar je la pokok tu nak berbunga....ada pulak yang saya baca,kalo dah berbunga terlalu awal nanti dia tak mo berbuah dah. Ah sudah.......itu yang saya tak rela nk dengar tu. Bagai menatang minyak yang penuh saya jaga....tulun2......  (T.T'')


ada 3 bunga.....cuba tengok gambar bawah.......kecik je kan pokok dia. Tak sampai paras pinggang lagi tapi dah berbunga....mushkilnya saya.


Sila abaikan tanah2 yang ada atas daun tu.....hasil kerja seni anak dara saya.  :)