Tuesday, December 31, 2013

Tuaian pada hari yang ke 365

Sebelum ibu ke tempat kerja sempat lagi ibu tgk keadaan kebun kecik ibu.......pokok bunga matahari dah banyak yang layu...ibu berharap untuk benih tu kering di pokok tp hujan membasahi secara kerap dan kurang matahari jadi benih2 matahari sangat lambat kering.....adakah perlu ibu pangkas dan jemur begitu sahaja?

Tuaian sebelum ke tempat kerja antaranya....pokok bendi yang dah terlebih masak.....lambat sangat tuaiannye. nampak tak 2 bendi panjang tu...satu dari benih tanam sendiri dan satu lagi dari diana KBB. yang 2 pendek tu ibu suspek benih dari baka bendi singa.

Tadi pagi juga ibu terpaksa tuai jagung ibu kerana kulit jagung telah terkoyak banyak.....kecewa sangat hati ibu melihat keadaan jagung dengan badan jagung terselak nampak isi...ibu terpaksa cabut. mungkin kerana faktor cuaca yang hujan lebat hampir sebulan. tanah jadi sangat mendap dan berair...pokok pun banyak yang berdaun kuning. 

In Sha Allah esok kita semua cuti untuk tahun baru...selamat tahun baru buat kawan2 semua. mohon maaf jika tersalah silap kata. 

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN 2014!!!!....hehe




untuk catatan ibu dan rujukan akan datang - harini 31/12/2013 terima 6 bongkah cendawan tiram untuk projek cendawan tiram mini ibu. dari 6 bongkah ibu hadiahkan pada ayu 1 bongkah dan satu lagi ibu hadiahkan pada yana kawan2 office ibu...

happy garden semua.

p/s: azam tahun baru ni nk bukak syarikat jualan sayur  organik.....ewahhh!!!! berangan la pulak. hehehe.....

14 comments:

  1. Salam Ibu Qistina..wow..ada bongkah cendawan tiram..saya pun ada 3 bongkah di rumah..memang sangat senang nak menjaganya..cendawan yang baru dituai baunya sangaatttt sedap..rasanya pun sedap especially kalau buat nasi goreng..satu bongkah boleh tuai lebih kurang 6 kali..memang berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam en.Tarique,

      senang ya jaga dia,tak da pengalaman ni en.tarique. baru nk merasa tanam cendawan tiram....hehe. bila en.tarique cakap cendawan baru tuai sangat sedap....wow...dah terbayang cendawan celup tepung. sedapnya.........dari pembacaaan saya,satu bongkah boleh bertahan sehingga 4/5 bulan. :)

      Delete
  2. Waaa! Nak beli jugak bongkah cendawan tu, beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli dalam group gardening dalam FB. Kalo rose nak saya email bagi nama penjual tu. rose boleh add dia. nk letak nama dia dalam komen ni saya tak berani sbb tak minta izin nk letak nama dia kan. hehe..... :)

      Delete
    2. nak-nak. email yer, semuamenjadi@gmail.com. TQVM

      Delete
  3. Salam Dear,

    Terkoyak kalau boleh tutup balik,
    InsyaAllah OK kekadang tukang kebun tempat yang dah terkoyak/selak untuk check dah masak ke belum terbiar gitu seminggu lebih pun OK.
    Nampak dah butir jagungnya mula nak ada cecair susu? Boleh makan fresh gitu kalau bukan jernih airnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam diana,

      Ye ke?...alamak ruginya saya....masa saya petik tu ada picit sikit mmg warna masih jernih tp saya gigit jugak sikit mentah2....manisnya...mmg manis. kalo tunggu dah bersusu mesti lagi manis. :)

      Thanks diana. :)

      Delete
  4. Nanti up la ya entri penyemaian cendawan..

    ReplyDelete
  5. salam ibu qistina, bunga2 matahari kat laman saya pun dh mula layu....blh rasanya pangkas bunga yg dh matured tu dan keringkan...kami penah buat sebelum ni, ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam @na,

      dah pangkas dah,nk bagi laluan pokok lain pulak hidup. terima kasih atas info @na. :)

      Delete
  6. Ibu Qis,

    mana beli bongkah cendawan tu? nak jugak...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emel dini jugak ya ibu qis...penjual bongkah cendawan tu...tq

      diniehasnor@gmail.com

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)