Tuesday, December 10, 2013

First Bloom sunflower mixed color




Assalamualaikum dan salah sejahtera buat sahabat handai semua.....hari ni dah masuk hari selasa dan esok ibu cuti sempena selangor bercuti.

harini kurang sihat sikit tp nk cerita jugak pasal first bloom bunga matahari saya. Benih nama sunflower mixed colour.

adakah namanya mixed colour sahaja,sbb tgk tak mixed mana pun warna dia....tp dekat paket mmg tulis mixed colour. mungkin yang tengah tu kut mixed dia. :)

                         



bendi ni tak tahu baka ape......antara dua,bendi singa atau bendi emas....tp rasanya bendi emas. :)

sedikit entry berkenaan banjir yang sedang melanda pantai timur dan selatan.....Terasa sedih melihat keadaan banjir yang melanda, en.papa dapat wassap dari sahabat beliau dan sahabat beliau antara mangsa banjir. sedih pula melihat keadaan harta benda yang musnah di tambah pula isteri sahabat en.papa baru sahaja melahirkan anak dan masih 2 minggu dalam pantang..... Ya Allah kesiannye. Macam mana la keadaan ibu dan bayi yang baru lahir dengan keadaan banjir,yang senang di bawa penyakit dll.

Semoga mereka semua selamat.....sedih pula hati ini memikirkannya. Semalam en.papa telefon MIL,MIL baritahu hujan masih turun tak berhenti. Alhamdulillah MIL tak ada ape2 kerana kawasan rumah MIL atas bukit.

Sama2 kita panjangkan doa semoga Allah perkenankan doa kita dan selamatkan saudara kita di pantai timun dan selatan dan tak kira di mana jua mereka berada dan jika berkemampuan hulurkan lah sedikit bantuan buat mereka.. Ibu kongsikan sedikit gambar untuk tatapan sahabat2 semua.





ps: ape la khabarnya teman gardener saya yang sedang sarat dan menunggu hari nadia dari journey to green living  di harap nasia dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. 

2 comments:

  1. As Salam Ibu Qis.....cantiknya sunflower dah kembang....susah tak jaga sunflower ni? Saya dah try 2x tanam seed tapi tak geminate pon...maybe seed tuh dah lama kot.....:) Mmg kesian tgk mangsa banjir tu.....ambil masa nak recover apa yg hilang tu kan...semoga mrk tabah menghadapi musibah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Lynna,

      Senang je lyn tanam sunflower. Biasa kalo nk tanam sunflower saya rendam semalaman dulu benih dia pastu semai dalam pasu. dah cukup usia saya pindah ke tanah. In Sha Allah boleh,try lagi sekali lyn. :)

      Delete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)