Monday, October 20, 2014

Layan Rose Je la.....

Tak da posting ttg pokok lagi,yang di semai banyak yang kiok gara2 pulang ke terengganu pada hari raya haji haritu agak lama.

Terpaksa berkampung di rumah MIL seminggu akibat satu family kene sakit mata termasuk la MIL dan adik2 ipar yang lain dan anak saudara.

Semua mata merah menyala2,jadi kami semua kuarantin di rumah MIL. Pulang ke rumah dengan ratapan penuh syahdu melihat anak2 semaian banyak yang mati tak bersiram. Sedih pilu bukan kepalang nak tak nak terpaksa menyemai balik,pokok2 rose banyak yang hampir mati kekeringan. habis segala dedaun yang subur menjadi kuning menyala.

Terpaksa di pangkas,potong,siram,baja,gembur dan racun kembali. Alahaiiiii banyak betul kerja2 yang di lakukan,berjam2 berada di luar rumah sampai terpacak matahari atas kepala. Tak pa demi pokok ibu gagah kan jua. hehe.......

ada beberapa sahaja semaian yang selamat,nnti ibu updated. so far hujan makin kerap esok dah nak balik terengganu dan bercuti selama seminggu. Harap2 selamat la semaian kali ni....kalo x,menangis la lagiiii. huuuuu.

Layan sahaja gambar rose ibu ni. ini yang yang selamat sikit.



Si Abraham Darby






Alnwick rose tree.

13 comments:

  1. cantiknya....lembutnya kaler cik roses nie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...terima kasih amiizaa, jom la tanam rose. :D

      Delete
  2. Hebatnya dan cantik sunggug ros Ibu Qis, ros saya punya cekonet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu gambar dekat je tu sud@is. hehe..........terima kasih sud@is. jom tanam rose.

      Delete
  3. Sungguh ayu dan menawan warna lembut ros tu. Sedih benar membaca rintihan ttg pkk kekeringan ms balik kg. Sy pun risau bila balik kg atau gi bercuti. Kalau kita duduk berdekatan bolehlah sy tlg siramkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tiny garden, itu la.....bila nak balik bercuti benda tu la yang paling di risaukan. especially benih2 yang baru di semai. risau2 kalo x bersiram. kalo kita berjiran leh gak kenen2 ke tiny garden mintak tolong siram. tp kalo dua2 balik kampung sape nak siram??? uwaaaa!!! sama2 meratap kesedihan. hehe

      Delete
  4. Salam Ibu Qis,

    Alahai sudahlah sakit mata, semaian dan pokok merana ditinggal tuannya! Mak Aji pulak kaktus ada yang kong sebab terlalu banyak disiram! Mak Aji dah pesan sebelum tu, kaktus siram seminggu sekali (itupun spray je), tapi entah lupa apa, reput kaktus mini beberapa pokok. Takpelah Ibu Qis, ros yang ada tu mampu menghibur hati nan lara! Lepas ni kat tinggal lagi, haisy.....

    ReplyDelete
  5. As Salam Ibu Qis;
    sweet muit la cik rose tu...tak puas mata mandang...manis menawan.....tahniah!
    ....si abraham darby tu tahan panas ke ibu qis...geraammmm tgk nyerrr...
    nk kena pi cari jgk ni...hehehe

    ReplyDelete
  6. Siannya pokok2 mati kekeringan dek rindukan tuannya kot..takper slow2 tanam balik..cantik ros2 nie semua..*(-)*

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ibu Qis, cantiknya bunga2 rose Ibu Qistina, sukanya tgk bunga Rose ni. semoga semaian Ibu Qistina menjadi, bila balik ke kampung ni lah Julie pun selalu je risau dgn pokok2 bunga Julie apatah lagi semaian yg still weak. semoga semuanya berjaya survive...

    ReplyDelete
  8. Suka dengan kelopak rose ni...byk lapis gebu jer color...ms pergi nursery lepas ada nampak rose mini taukae tu cakap..Hampir-Hampir nk beli...tapi terbantut Niat bila tauke nursery ckp nak tempah teduh

    ReplyDelete
  9. Gebunya ros tu mesti best tengok kalau selit dekat telinga Qis.
    Samalah tukang kebun raya haji pun sakit mata.

    ReplyDelete
  10. Salam singgah....bunda pun suka roses ...tapi tak pernah menjadi roses yang bunda tanam...huhu...hanya yang palsu buat hiasan dalam vase...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)