Wednesday, October 29, 2014

Dari Laman Terjun Dalam Periuk

Dari sebuah pokok mulberi.........



Terjun kedalam periuk di campur gula dan sedikit garam.....maka terhasil lah jem mulberi boleh juga di jadikan kordial mulbery.


Dari pokok yang tumbuh subur dalam pasu kecil.....


Terjun ke dalam periuk dan di campur makaroni dan ayam serta bahan2 lain mengikut resepi diana KBB. Maka terjadilah sarapan kami. Anak dan suami berselera makan bertambah2. Mengikut entry dari diana KBB ginseng jawa boleh menaikkan selera makan. Kalo qistina boleh la makan banyak2...kalo ibu makan maka akan bertukar menjadi tong drum jika terlebih consume.


 ginseng jawa di potong halus mulus bagi mengelakkan qis kuis2 letak tepi pinggan...bukan ibu tak tahu taktik qistina tak mo makan sayur. Bile potong halus2 qis x nampak. owhhh yesss....qis makan tanpa sedar. heheh

Monday, October 20, 2014

Layan Rose Je la.....

Tak da posting ttg pokok lagi,yang di semai banyak yang kiok gara2 pulang ke terengganu pada hari raya haji haritu agak lama.

Terpaksa berkampung di rumah MIL seminggu akibat satu family kene sakit mata termasuk la MIL dan adik2 ipar yang lain dan anak saudara.

Semua mata merah menyala2,jadi kami semua kuarantin di rumah MIL. Pulang ke rumah dengan ratapan penuh syahdu melihat anak2 semaian banyak yang mati tak bersiram. Sedih pilu bukan kepalang nak tak nak terpaksa menyemai balik,pokok2 rose banyak yang hampir mati kekeringan. habis segala dedaun yang subur menjadi kuning menyala.

Terpaksa di pangkas,potong,siram,baja,gembur dan racun kembali. Alahaiiiii banyak betul kerja2 yang di lakukan,berjam2 berada di luar rumah sampai terpacak matahari atas kepala. Tak pa demi pokok ibu gagah kan jua. hehe.......

ada beberapa sahaja semaian yang selamat,nnti ibu updated. so far hujan makin kerap esok dah nak balik terengganu dan bercuti selama seminggu. Harap2 selamat la semaian kali ni....kalo x,menangis la lagiiii. huuuuu.

Layan sahaja gambar rose ibu ni. ini yang yang selamat sikit.



Si Abraham Darby






Alnwick rose tree.

Friday, October 03, 2014

Ke Mahnaz Food shah alam

Assalamualaikum dan salam jumaat pernuh keberkatan,

Alkisah nk kongsikan cerita dan info serba sedikit yang ibu tahu ttg kedai yang menjual barangan makanan dari timur tengah.

sekarang ni di malaysia fenomena nasi arab melanda dan boleh kata ramai peminat nasi arab,ibu plan nak buat nasi arab untuk jamuan raya haji nanti bersama2 dengan adik ipar. Jadi semalam kami ke mahnaz food industries. Kedai ni terletak di kawan batu tiga lama kalo kawan2 perasan dia dekat nak menghala ke kilang cola-cola dan juga ke kilang hicom.

nak senang pakai sahaja gps, letak sahaja co-ordinate dalam waze atau Maps nanti dia akan letak lokasi yang tepat ke mahnaz food.

Kedai mahnaz ni berada di kawasan kilang cornet lot,nak masuk simpang ja akan terus nampak, masuk ke dalam tak la besar mana kedainya tp barang yang di susun padat dan banyak bertingkat2.

Terdapat banyak barangan2 yang di jual termasuk la,barangan makanan,minuman,kecantikan dll. Overall dari segi harga,pada ibu murah nak compare kalo kita beli di kedai tesco atau kedai arab yang kecil2.

Kita jamu mata tgk ape yang di jual.  :D
 lokasi depan kedai.


jambu dan halia yang di jadikan seperti halwa dan banyak lagi halwa2 lain yang di jual.


menarikkan?? ada dried mulberry kut.......tgk harga dia,hehe...nak jimat kita buat sendiri je.



buah fig ada berbagai jenis packaging dan ini salah satu packaging nya.



kekacang dari pistachio,kacang kuaci,sunflower seed,kacang gajus,badam dan banyak lagi.  rambang mata.


Mixed fruit in jar,ada banyak jenis dan ini salah satunya.....



roti pun ada jual juga...... :D


corner yang paling ibu suka,lama ibu duduk di sini......mencari idea untuk mengeteh herba di laman. ewahhhhh!!!

teh roselle kotttt......dah tau sila buat ya kawan2. hehe


Taragon dan rosemary pun jadi teh tau....dont play2


leman balm,thyme tah2 basil pun boleh di jadikan teh....tak jadi teh kita jadikan dry herbs. tak gitu???


peppermint / pokok pudina di jadikan teh....

kawasan yang menempatkan barang2 kosmetik pak arab....hehe


Madu yang di jual bersama dengan sarangnya. 


susu kambing...bagus untuk kanak2 dan kita.



antara air minuman dari timur tengah yang di jual di mahnaz food..


Gula stevia dari jenama dr.sweet..



Cuka kurma...cuka apple...mcm2 ada.....sememangnya cuka sangat bagus untuk kita dan merupakan sunnah rasulullah dan kesukaan nabi.


Beras pulsa / beras untuk nasi arab.....di sini garga dia sedikit mahal pada ibu. kalo nak jimat beli sahaja beras pulsa extra long di mydin yang murah lagi. Tp dari rupa beras ini lagi panjang dari beras yang di jual di mydin(pendapat ibu sahaja)




herba dan herba...kawasan kegemaran ibu. mcm2 herba ada.


rempah masak kabsah,rempah mandy....mcm2 la.


cuka balsamic bersama olive oil salah satu dressing salad


rangkaian salad dreassing yang ada.....


siap letak lagi resepi....kut2 la lupa bahan ape yang nak di beli dan panduan pada yang tak tahu kegunaan rempah2 tu


buah zaitun dalam tin kegeraman ibu....ada banyak filling,ada yang olive with garlic / olive yang di sumbat badam. mcm2 la.


minyak zaitun juga murah dari saiz kecil hingga la sebesar tin 5 liter mcm tu. mcm botol ni di jual pada harga RM 10 sahaja.


cream cheese spread pun ada juga di jual.




kosmetik pak arab...kalo nak cun mcm pak arab boleh la......hehe.


ada banyak jenis extract minyak di jual,minyak pati chia seed,minyak pati apricot dll.

Selain itu tak lupa juga ada jual kurma dari pelbagai jenis dan nama.....


ini adalah bahan2 yang ibu sempat rembat di mahnaz, olive with garlic,minyak zaitun, beras nasi arab,cheese spread,coriander spice tak beli rempah sbb dah ada rempah nya. dan juga safron. Safron ni di jual pada harga RM 10 sepeket kecil. kita pun tahu safron mahal kan...kan...kan....hehe.

Jadi jika kawan2 ada yang nak ke sana ,di bawah ini alamat dia dan juga ctc no dan lokasi GPS. Salam sayang and happy garden....


Mercu Cita Manufacturing Sdn. Bhd. (Mahnaz Food)
No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400,
Shah Alam, Selangor, Malaysia (Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik, Shah Alam, Batu Tiga, Sec 26)
Tel: (603) 5191 7402 / 3 - Fax: (603) 5192 7404
Toll Free: 1300-800-134
Mob: (60) 12-3119124
Email: g2279373@yahoo.com / info@mercucita.com
Website: www.mercucita.com
GPS COORDINATE: 3.044104, 101.552222




nak menyelit sikit...pokok telang pagi ni berbunga lebat....sampai ke lantai2 pokok berjuntaian bunga telang. mabuk bunga pokok aku ni. hehe...