cerita masih berkisarkan tentang pokok bendi ibu, gambar di bawah ni hasil tuaian untuk tempoh seminggu dari sepokok bendi.
Setiap hari perlu di tuai bagi memberikan peluang pada buah yang lain membesar.
Inilah rupa poko bendi ibu.....lebih tinggi dari ibu. pokoknya bercabang banyak dan setiap cabang ada buah yang tumbuh. jadi ibu perlu tuai juga walau x makan mana. Karang merajuk pulak dia x mo berbuah.
Hasil dapur seperti kulit bawang,tisu dan sayur2an jangan lah di buang dalam tong sampah. curah saja atas tanah dan gaulkan dengan tanah. nanti lama2 tanah akan jadi semakin hitam selepas bahan2 ini mengurai dan menjadi baja kepada pokok. Baja organik lagi selamat untuk pokok dan kita. :)
itu sahaja yang ibu nak kongsikan....salam sayang dan selamat berhujung minggu. :)
Subhanallah inikah rahsianya.....setiap cabang ada buah.....
ReplyDeletesalam ibu qistina, pasni keluarga ibu makin cerdas...tiap hari mkn bendi...selalunya bendi masak apa ya?
ReplyDeleteSalam Ibu Qis,
ReplyDeleteMasya-Allah besar mengalahkan tuan! Mengingatkan Mak Aji akan pokok bendi Mak Aji dulu, macam nilah dia sampai tak termakan! Usaha selepas itu belum menjadi lagi seperti dulu.
Serious besar pokok nya...ptt la buah besar sangat..bahan buangan tu gitu la sy buat supaya setahun dua lg..tanah2 sekitar laman ni kurang keras
ReplyDeleteHampas-hampas dapur memang antara paling elok pulangkan ianya kembali ke tanah.
ReplyDeleteCantik kombinasi pokok ati-ati dengan bendi.
Bendi baru dituai boleh frozen terus untuk stock masa depan.
daun bawang tu okla...tapi tisu tu pun..boleh jgk ke?
ReplyDelete