Friday, May 23, 2014

Ketagihan Meroti

    
Sejak ada BM(breadmaker) ni menjadi2 rajin meroti....heheh.

Ibu kongsi kan hasil meroti ibu bersama dengan resepi roti sarang lebah / beehives bun. resepi beehive ni dah menjadi fenomena dan kegilaan ramai di sebabkan sos butterscoth tu. cuba la,senang sangat.....

layan gambar tak seberapa dari ibu hasil kerajinan meroti. Maaf gambar kurang cantik pakai kamera handphone je. heeee.....

Salam jumaat dan happy weekend.  :)



 
                   roti paung letak gula                                            roti kopi      
 
               

               
                            roti kopi                                      beehive bun/roti sarang lebah
 





Sunday, May 18, 2014

Stok Seminggu bendi

Assalam,

cerita masih berkisarkan tentang pokok bendi ibu, gambar di bawah ni hasil tuaian untuk tempoh seminggu dari sepokok bendi.

Setiap hari perlu di tuai bagi memberikan peluang pada buah yang lain membesar.



Inilah rupa poko bendi ibu.....lebih tinggi dari ibu. pokoknya bercabang banyak dan setiap cabang ada buah yang tumbuh. jadi ibu perlu tuai juga walau x makan mana. Karang merajuk pulak dia x mo berbuah.


Hasil dapur seperti kulit bawang,tisu dan sayur2an jangan lah di buang dalam tong sampah. curah saja atas tanah dan gaulkan dengan tanah. nanti lama2 tanah akan jadi semakin hitam selepas bahan2 ini mengurai dan menjadi baja kepada pokok. Baja organik lagi selamat untuk pokok dan kita.  :)

itu sahaja yang ibu nak kongsikan....salam sayang dan selamat berhujung minggu.  :)


Monday, May 12, 2014

Rezeki dari pokok bendi

Assalamualaikum,

Salam isnin nan biru,hehe...... alkisah hujung minggu hari sabtu ada jemputan kenduri kahwin rumah x sempat nak kemas. hari ahad ibu banguk 4.30pagi mengemas rumah yang mcm x kemas setahun sambil siap kan sarapan pagi.

siap kerja duduk luar meragut rumput yang panjang berjela2, dulu ibu pernah buat entry pasal tanah kering depan rumah yang ibu timpa dengan rumput kering + kulit bawang dan juga kulit telur serta tanah dan sayur2 hasil dapur.

masuk musim hujan lebat,tumbuh sepokok anak bendi yang ibu x tahu baka ape dan yang ibu tahu bendi tersebut adalah hasil dari anak pokok bendi yang mati selepas habis usia ibu jadikan kompos direct ke tanah.

pokok bendi tersebut hidup di atas tanah kompos yang ibu buat.......sejak dari anak lagi pokok bendi ni sangat efficient, di paras tak sampai lutut dewasa pokok bendi ni tumbuh kukuh sangat.

Semakin lebat hujan semakin kuat dan laju dia naik, dan mengeluarkan hasil yang lumayan dan sangat banyak. setiap hari adalah hari tuaian pokok bendi.


Tanah yang ibu jadikan kompos,ada kulit bawang,ada kulit telur,ada sayur2,campuran tanah dan daun2 kering dan di campak sedikit baja kopi. :)

japanese rose yang tumbuh sangat banyak atas tanah,ibu ingat nak cabut dan masukkan dalam pasu sahaja.


batang pokok bendi dah serupa batang pokok betik....besar dan kukuh. Alhamdulillah....


Bendi yang tumbuh dan di tuai setiap hari......nampak panjang tp masih lembut tau. hehe



bendi lagi panjang dari sudu, masih lembut lagi bendi ni.


Tuain hujung minggu,telang dan bendi.


Telang yang ada di ''frozenkan'' untuk kegunaan atau sebarang projek air sirap biru atau projek kuih biru atau projek nasi kerabu ka......hehe

Itu je ibu nak kongsi harini...happy gardening.  :)