Alhamdulillah dah bertemu kita pada bulan oktober,Insyallah tengkujuh bakal menjelma dan musim paling sesuai nak semai benih2 untuk cuaca yang sejuk sedikit nanti.
Bermula bulan August sehingga lah bulan oktober ni keadaan kami tersangat sibuk....hujung minggu tak duduk rumah. banyak urusan ke sana sini....mengalahkan perdana menteri kekdahnye. keke....
lepas kami berpindah ke shah alam,saya terpaksa juga meninggal kan beberapa pokok buat sementara waktu untuk urusan di rumah shah alam. Dalam tempoh tersebut menyelesaikan urusan pasang langsir,hujung minggu pula pulang ke terengganu kerana family day en.papa selama 3 hari 2 mlm,di iringi juga dengan keadaan qistina yang demam teruk sehingga saya terpaksa bercuti esokknya kerana demam terlalu panas.
Mana taknye berendam tak ingat dunia masa family day tu,masuk kolam pagi keluar tghari kejap pastu sambung petang sikit sampai nak maghrib...ibu dan papa sampai nk histeria suruh anak dara keluar.......tak mo keluar siap berenang dalam pelampung ke tengah2 kolam budak x mo keluar....ishhhhh.....
Itu la,balik ke rumah terus demam panas. lepas tu hujung minggu ke rumah lama....hari ahad minggu lepas ni baru dapat rehat di rumah.
adik jakel pasang langsir
nampak tak!!!.....tu dah menangis2 nk turun tu...geramnye.......anak ooo anak....sabar je la
en.papa cuba tenang qis yang sibuk nk terjun.
Kemaruk nk berenang!!! dah balik rumah pun masih pakai pelampung bulat dan lengan......tak serik2 tu....sabau je la.
Malabar yang terpaksa di cabut kerana en.papa bising tak bagi bawak ke rumah baru.... (T.T)
Di tinggal kan 2 minggu di rumah lama sekali balik tgk cili banyak dah berbuah. Tp tak dapat la nk makan sebab semuanya telah di serang lalat buah. luar nampak cantik tp dalam dah tak elok.
kesudahan pokok cili dan lemon basil ni saya terpaksa hadiahkan kepada kakak yang cuci rumah lama sbb en.papa bising2 tak bagi bawak.
Kotak Polystyrene yang tak boleh bawak sbb en.papa kata tak muat tak leh bawak dah.......terpaksa buang tanah yang penuh dengan baja buang kotak polystyrene.
Selamat tinggal rumah...selamat tinggal kenangan...semoga kita bertemu kembali. jaga diri baik2 tau......... sob..sob
sayang nyer kotak polystrin tu....besar2 pulak tu...qis rambut pendek memang fotostat papa nya..:D
ReplyDeleteHe he dahi bertampal dan pakai pelampung... anak o anak...
ReplyDeleteSayang kan nak buang pokok2 yg dah tumbuh elok tu Ibu Qis....tp takpelah....boleh buat project bercucuk tanam semula dirumah baru tu...Happy Gardening! :)
ReplyDeleteSalam Ibu Qis,
ReplyDeletePenuh padat jadualnya ya! Tergelak tengok gelagat Qis tu. Masa anak2 Mak Aji pun macam tu jugak, pantang jumpa kolam, bergaduh besar nak suruh keluar. Si Along sampai berpangkah di belakangnya sebab ikut bentuk baju mandinya! Balik rumah hitam legam, mata putihnya je yang putih! Sayangnya banyak yg xleh bawa ke rumah baru, mana tak berat hati ya!