Monday, October 28, 2013

Taman mini baru semangat baru

Alhamdulillah selepas beberapa ketika dan beberapa bulan habis juga kerja2 mengemas rumah..tp masih banyak lagi sebenarnya. tak pa la,buat slow2 insyallah akan habis jugak semuanya.

2 minggu lepas saya ada pergi ke nurseri sungai buloh untuk beli tanah hitam,masa pergi ke sana saya tanya berapa harga dia cakap RM2.50 satu beg. dalm hati berkata mahainye......tp beli jugak lepas dah mintak kurang tak mo bagi.....boleh dia x mo bagi kurang? ishhhhh!!!!. saya telah beli 25 bag tanah jadinya dalam 62.50 menghampiri 100. nak menangis rasa keluarkan duit.....tp demi hobi tersayang gagah kan juga. Dah bayar mahal2 harus lah saya mengepau perkerja kedai tu beberapa beg tanah.....dapat la extra 2 beg. Ok la dari tak da kan.

Selain dari tu saya telah beli pokok rose jepun,tgk kawan2 semua posting gambar rose jepun bukan main lagi cantik...saya pun teruja terus beli. Senang betul jaga pokok rose jepun ni ya. Saya pun ada juga beli pokok harum sunda malam, sepokok RM 8 tp saya beli 2 jadi RM 7 untuk kedua2 pokok.


sekumpulan tanah sedia untuk di gunakan


bunga harum sunda malam - sepokok RM 7 beli 2. 



Pokok kacang tanah semai dalam pasu...tgh mencari idea kat mana nk masukkan kacang ni sbb planter box tu kecik je. Tak pasal2 dia tak berbuah nanti.....tak merasa la kacang organik saya nnati.


Semaian tomato ceri......semai semua sekali benih dalam pasu kecil ingat tak bernas dah dan sudah expired,sekali berjujuk2 semua keluar.


Patch baru......

itu sahaja yang saya nk kongsi sebagai permulaan saya garden di sini dan juga catatan kenangan di masa akan datang. Salam sayang buat kawan2 semua.....

Friday, October 18, 2013

Dosa Dan Balasan Meninggalkan Solat Lima Waktu


gambar: sumber dari google.

renungan dan peringatan buat diri saya sendiri dan juga muhasabah pada diri sendiri. Ya Allah kau ampun kan dosa hambamu ini....hamba yang lemah dan tak lari dari melakukan kesalahan di dunia yang sementara ini. amiiin.....

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)


ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri


ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya

6 SEKSAAN DI DUNIA
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya


3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

Sembahyanglah Sebelum Kamu Disembahyangkan. Ingat Allah , Allah akan ingat kita. 

Saturday, October 05, 2013

hadiah en.papa

Sayang isteri hadiah2 kan.....ececehhhh.....

bukan gelang emas,bukan juga sutera mahal....tp beberapa bungkus benih terung,jagung,tomato,kacang panjang dll sempena en.papa ada projek dgn pihak mardi. Di hadiahkannya ibu benih.....mcm paham2 je. mekasih en.papa.......






Friday, October 04, 2013

Sedekah yang pahalanya terus mengalir







Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal: amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat:

  • Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
  • Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
  • Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
  • Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda mendapatkan kebaikan.
  • Tempatkan pendingin air di tempat umum.
  • Berbagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
  • Libatkan diri dalam pembangunan mesjid.
  • Berbagi CD Quran atau Do'a.
  • Bantulah pendidikan seorang anak.
  • Bagikan pengetahuan ini dengan orang lain. 

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, akan dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

Wednesday, October 02, 2013

Bulan yang agak sibuk

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah bertemu kita pada bulan oktober,Insyallah tengkujuh bakal menjelma dan musim paling sesuai nak semai benih2 untuk cuaca yang sejuk sedikit nanti.

Bermula bulan August sehingga lah bulan oktober ni keadaan kami tersangat sibuk....hujung minggu tak duduk rumah. banyak urusan ke sana sini....mengalahkan perdana menteri kekdahnye. keke....

lepas kami berpindah ke shah alam,saya terpaksa juga meninggal kan beberapa pokok buat sementara waktu untuk urusan di rumah shah alam. Dalam tempoh tersebut menyelesaikan urusan pasang langsir,hujung minggu pula pulang ke terengganu kerana family day en.papa selama 3 hari 2 mlm,di iringi juga dengan keadaan qistina yang demam teruk sehingga saya terpaksa bercuti esokknya kerana demam terlalu panas.

Mana taknye berendam tak ingat dunia masa family day tu,masuk kolam pagi keluar tghari kejap pastu sambung petang sikit sampai nak maghrib...ibu dan papa sampai nk histeria suruh anak dara keluar.......tak mo keluar siap berenang dalam pelampung ke tengah2 kolam budak x mo keluar....ishhhhh.....

Itu la,balik ke rumah terus demam panas. lepas tu hujung minggu ke rumah lama....hari ahad minggu lepas ni baru dapat rehat di rumah.


adik jakel pasang langsir


nampak tak!!!.....tu dah menangis2 nk turun tu...geramnye.......anak ooo anak....sabar je la


en.papa cuba tenang qis yang sibuk nk terjun.


Kemaruk nk berenang!!! dah balik rumah pun masih pakai pelampung bulat dan lengan......tak serik2 tu....sabau je la.


Malabar yang terpaksa di cabut kerana en.papa bising tak bagi bawak ke rumah baru....  (T.T)


Di tinggal kan 2 minggu di rumah lama sekali balik tgk cili banyak dah berbuah. Tp tak dapat la nk makan sebab semuanya telah di serang lalat buah. luar nampak cantik tp dalam dah tak elok.



kesudahan pokok cili dan lemon basil ni saya terpaksa hadiahkan kepada kakak yang cuci rumah lama sbb en.papa bising2 tak bagi bawak. 



Kotak Polystyrene yang tak boleh bawak sbb en.papa kata tak muat tak leh bawak dah.......terpaksa buang tanah yang penuh dengan baja buang kotak polystyrene.


Selamat tinggal rumah...selamat tinggal kenangan...semoga kita bertemu kembali. jaga diri baik2 tau......... sob..sob