Wednesday, May 15, 2013

Bebola daging ala-ala ikea

Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan salam persahabatan buat semua, alkisahnye semalam sampai rumah dari office pukul 8 malam. Begini la kami sekeluarga....keluar rumah sebelum 7 balik 8 malam adalah rutin saya. Tp rutin en.papa lagi menyedihkan,pulang paling awal 9 mlm dan kebiasaannya 2/3 pagi baru balik dari kerja. Tak banyak masa dapat di luangkan untuk berkebun.kesian dengan anak dara d sebabkan tuntutan hidup maka kami seolah2 mengabaikan anak kesayangan kami. Tp itulah realiti kehidupan kan? Redha atas ketentuannya dan berusaha untuk memperbaiki mana2 yang kekurangan.

en.papa semalam balik awal pukul 9 sudah sampai rumah,dengan kelaparan en.papa ckp nk makan......ibu nk masak nasi malas sebab nanti nk berlauk itu ini. Di sebabkan entry dalam tenet banyak duk cerita pasal meatball ikea dan ada bebola ada dalam peti. haruslah di cuba dan jangan di siakan resepi yang ada tak gituwww. Sekejap sahaja masaknye,x lama mana pun.

Seperti yang kawan2 tau,ikea yang jual perabot tu bukan terkenal dengan jual perabot je...tp antara tarikan yang menjadi kewajipan bagi org ramai untuk pergi adalah menu meatball ikea yang delicious.

Kalo di ikea mereka jamu kentang goreng,bebola daging dan jem lingonberry.



sumber: wiki

Vaccinium vitis-idaea (lingonberry or cowberry) is a shortevergreen shrub in the heath family that bears edible fruit,native to boreal forest and Arctic tundra throughout the Northern Hemisphere from Eurasia to North America. In the past it was seldom cultivated, but fruit was commonly collected in the wild. Recently, commercial cultivation has begun in the U.S. Pacific Northwest

Khasiat lingonberry:
=====================
organic acids, vitamin C, vitamin A (as beta carotene), B vitamins (B1, B2, B3), and the elements potassium, calcium, magnesium, and phosphorus. In addition to these nutrients, they also contain phytochemicals that are thought to counteract urinary-tract infections, and the seeds are rich in omega-3 fatty acids.


ikea meatball.
sumber: google

Jika kawan2 nk resepi boleh tgk dalam blogger resepi Dari Dapur Madiha,ada buat entry pasal bebola ikea ni.

Kalo kawan2 perasan,cara buat kuah dia sama atau sebijik mcm kita buat gravy untuk mash potato. Kalo nak buat sos ala2 chicken shop punya kita pakai stok tulang lembu....x sama dengan dengan mash potato. Gravy yang saya buat tiada sukatan pun sebab saya masak ikut mana yang saya nampak ok atau kata lain campak2 je.


Bebola daging jenama marina yang ada rasa paling hampir dengan bebola ikea. ini contoh kotak dia.


Yang dah siap. X letak ape2 pun sebab dah dekat pukul 10 mlm baru nk makan......konon berdiet. berdiet dalam mimpi je la kekdahnye. hehe...


Touch up sikit gambar bagi nampak cantik. hehe

Monday, May 13, 2013

Ujicambah Benih

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua sahabat2 yang saya sayangi, harap anda semua sihat walafiat.

semalam bertarikh 13/5/2013 adalah tarikh yang di tujukan khas untuk kaum2 yang bergelar ibu....hari yang agak istimewa sedikit iaitu hari ibu. Hari2 adalah hari ibu.....mungkin yang di maksudkan hari ibu pada tarikh tersebut adalh hari penghargaan buat kaum2 wanita yang bergelar ibu atas segala usaha dan pengorbanan yang di lakukan.

Pengorbanan bukan sahaja sebagai seorang anak,tetapi pengorbanan pada kedua ibu bapa,pada suami dan pada anak2 dan pengabdian sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Semalam saya mengorek inventori benih2 yang telah saya beli pada tahun lepas dalam hati tertanya2 bernas lagi ke benih2 ni....jadi saya telah uji cambah benih2 tersebut.

Dalam pukul 2 petang saya rendam benih2 ni dalam bekas dan isikan dengan air suam, Selang sejam/setengah jam (jika air sejuk) dan saya ulang sehingg jam 5/6 petang mcm tu....bila saya perhatikan ada yang telah bercambah dalam tempoh yang beberapa jam rendam. Jadi maknanya ada antara benih2 yang saya rendam masih lagi bernas.


anmpak tak benih warna hitam tu???? Dah keluar akar....saya pun tak pasti benih ape memandangkan saya tak tangging dan saya campak je semua dalam mangkuk dan rendam.


yang berselaput: sweet basil genovese beli dari diana. 


nampak tak cambahan cili tu........dah keluar sedikit ekor akar dia.






yang ni nampak mcm benih timun kampung telah keluarkan sedikit ekor akar dia.



Kesimpulannnya dalam benih2 yang di uji cambah banyak yang masih bernas. Tp rendaman semalam kebanyakkannnya adalah benih terung. So far memang benih terung tidak sedikit pun bercambah. Jika kawan2 nk belajar cara cambah terung sila baca di link berikut Cara Cambah Terung hasil tulisan en.is tanam sendiri. Insyallah berguna untuk kita semua.

.
.
.
.
.
.

Akhir sekali saya kongsikan sedikit gambar yang menggembirakan hati saya....semalam en.papa telah menghadiahkan sesuatu yang tak di sangka2...katanya sempena hari ibu dan ucapan terima kasih beliau kepada saya. :)

Harini masuk office tgk atas meja ada hadiah,rupanya hadiah pemberian bos sempana belated birthday saya april lalu....terima kasih semua atas pemberian yang sangat bermakna buat saya. Terima kasih banyak2.

 


Selamat hari ibu ucapan dari Qis. hehe....

Saturday, May 11, 2013

Aktiviti hujung miggu: mee goreng

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu buat kawan2 semua....Hari ini bertarikh 11 Mei bersamaan dengan 1 rejab. Sekejap sahaja kita dah sampai ke rejab dan kemudian ke sya'ban dan kemudian ramadhan. Sekejap sahaja masa dah berlalu.....sesungguhnya usia yang ada jangan lah di sia2kan pada perkara2 yang tidak mendatangkan pahala.

Adalah malam 1 Rejab.. 
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah.

Amalan dalam Bulan Rejab
Antara Doa yang selalu diamalkan ketika masuk bulan Rejab. Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah : “ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).

Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya.




Harini di pagi hari saya telah keluar menyiram kan memetik tuaihan hujung minggu saya.....Alhamdulillah tuaian kacang panjang dan timun mini tidak menghampakan.

Rancangnya nak buat nasi goreng dan masukkan kacang...akan tetapi anak dara tidak berselera makan nasi jadi bertukar lah resepi kepada mee goreng. Alhamdulillah si kenit makan banyak. hehe...

selamat berhujung minggu kawan2.







X lupa sawi 5 bintang d jadikan rencah  dlm mee goreng 

Thursday, May 09, 2013

Timun ada di mana-mana tetapi tak semuanya menjadi.

Salam khamis dan salam kesibukan buat kawan2 semua....lately en.papa tersangat sibuk dengan kerja dan project beliau menyebabkan ibu menjadi supermom...kesana kemari semua buat sendiri.

Walau macam mana pun,pokok ttp tidak lupa untuk di siram........lama rasa tak jengah blog kawan2 lain. Nak jengah dan komen line pulak tak clear kat opis ni.....ermm....pendam perasaan je nk komen. Tak pe,nnti saya jengah tak kira....x kira. hehe


yang ni tumbuh dekat pasu kosong tak berisi...elok pulak dia berbuah di situ.


Pokok timun dan peria memanjat ke pokok terung.....dah bagi pancang semua penuh di jalarnya...berebut dengan pokok kacang panjang.


Di sebalik dinding mereka tumbuh dan berbuah


anak panah kecil tu saya point kan sebab nk tunjuk betapa banyak buah yang tumbuh.....boleh kata setiap armpit pokok timun ni ada bunga dan buah....sangat banyak tp banyak juga yang tak menjadi......saya pun tak faham kenapa pokok timun yang saya tanam berbuah banyak tp tak lekat...nk pollinate rasanya susah sikit la memandangkan bunga terlalu banyak. 

Agen pendebungaan cik lebah pun dah pergi tinggalkan taman astakona saya mungkin derang hanya berminat pada pokok lemon basil sahaja kut....lebah moden.




Wednesday, May 01, 2013

Al kisah taman astakona ibu di hari buruh.

Hairni buat entry sekali gus ttg taman astakona ibu ni.........hehe. Sambil layan gambar sambil cerita.


Tuaian terung.........


Al-kisah sawi 5 bintang......semai dalam banyak bekas dan bersepah2 mereka ini tumbuh. makin lama tengok mcm rupa pak choy pula??...plan nk harvest hujung minggu since esok kerja takut tak sempat dan terkejar2.




ketiga-tiga bekas ni semai pada masa serentak tp pertumbuhan berbeza2 kerana medium tanah yang berbeza saya pakai. 


BFF saya ni.....kerja kuat.


Kailan ni saya campak benih dia sebab malas nk semai dalam tray semaian......kurang cantik dan menarik sebab saya tak jaga/tak siram mana(sebab hujan) tgk la daun nye bersopak sana sini.


Dalam kotak polystyrene yang saya tanam kailan ni saya saya tanam juga lemon basil. Lemon basil yang dah berbunga saya tak tuai lagi benihnye...nampak tak cambahan halus2 tu.......cambahan lemon basil yang jatuh dari induk dia. Mereka pun nk hidup jugak kan.....  :)



Timun dan pokok peria yang menjalar sana sini.......


Happy je kan pokok peria ni???...bukan main syok lagi memanjat.....


Lepas dah berjanggut tunggu akhirnya berbunga juga pokok kacang panjang saya......Alhamdulillah. hilang dah janggut ni menunggu....hehe