Wednesday, September 19, 2012

Cik Bunga di taman kecil ku.

Assalamualaikum,

Hari ni melayan gambar cik bunga - cik bunga saya......Walau sibuk melayan karenah anak dan suami dan juga pokok sayur2an.....cik bunga juga tak di lupakan. So far,untuk cik bunga  tidak lupa untuk di siram setiap hari dan juga di baja. Baja yang di pakai hanyalah baja cecair foliar yang di beli di giant sahaja dan di tambah dengan baja chicken poop. :)

Sudi2kanlah melihat bunga2 saya ya.(tak banyak pun,sebab ada banyak lagi pokok bunga yang tak semai lagi beninye) ....... hehe.








nampak tak putik bunga rose yang dah mula keluar....Al-kisahnye,bunga ni di beli di nurseri di dungun terengganu masa balik rumah keluarga mertua. Harga sepokok dalam RM5 ringgit dan beli 2 pokok. Kenapa RM5 ringgit,sebabnya pokok yang di beli ini tiada putik bunga. Tuan kedai cakap ''pokok yg ada bunga mahal sikit sebab kita tahu ape warna bunga''....pulak???? boleh ya macam itu. hehe........

Di sebabkan saya takkan membazirkan duit pada perbezaan yang pada saya tak berbaloi bayar mahal semata2 sebab dah tahu warna bunga makanya saya beli yang tiada bunga. Jadi bila dah keluar putik ni,berdebar-debar pula nak tahu apekah warna bunga yang bakal keluar. :)

Satu lagi,apa yang saya tahu penjagaan bunga ros ini agak rumit dan cerewat. sila baca cara penjagaan dia di bawah ni. Tapi kalau nak tahu penjagaan bunga rose dari saya sangat simple kerana kemalasan melanda....tak pernah membaja lagi sejak dari beli,jarang siram. Cuma letak kompos sikit dan jarakkan bunga rose dari pokok-pokok lain itu memang saya buat. Baru-baru ni terjumpa siput kecil di pokok rose,saya hanya ambil dan musnahkan. itu sahaja.

sumber dari blogger: spiderlili (kepada puan blog,minta maaf minta ampun saya hanya meminjam sedikit ilmu tentang bunga rose dari pihak puan blogger,minta di halalkan ya)

Cara penjagaan bunga Rose:
=============================

Pencahayaan 


Rose adalah tanaman yg suka n rajin mengeluarkan bunga yang cantik.  Kerana itulah rose memerlukan 100% cahaya matahari.  Jadi bagi memastikan pokok rose sihat dan berbunga cantik, pastikan rose tersebut mendapat sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari setiap hari.

Pengudaraan

Rose sukakan pengudaran yang baik.  Jadi janganlah tanam rose berhampiran dengan halangan seperti dinding/pagar batu atau apa2 objek yang boleh menghalang udara/angin bergerak bebas melaluinya.  Pastikan juga jarak antara 1 rose ke rose yang lain jauh antara satu sama lain.  Ini kerana jika rose berada didalam keadaan yang 'terperap' pelbagai jenis penyakit akan datang bertandang seperti redmites, spidermites dan blackspot.

Pengairan / pengaliran air

Jika anda menanam rose didalam pasu, pastikan medium tanaman yang anda gunakan adalah yang jenis bersaliran baik.  Kerana rose tidak sukakan air yang bertakung.  Begitu juga jika anda menanam rose di atas tanah dilaman anda.  Pastikan kawasan itu mempunyai tahap pengaliran air yang baik.  Oleh itu sebelum menanam rose anda, siram dahulu air dengan kuantiti yang banyak ke dalam pasu/kawasan yang hendak ditanam rose.  Jika air tidak bertakung, maknanya ia mempunyai pengaliran air yang baik dan begitulah sebaliknya.

Air

Rose memang sukakan air dan memerlukan banyak air.  Jadi siramlah tanaman rose anda 2 kali sehari dengan kuantiti yang secukupnya.  Pertama di pagi hari, kalo rajin semburlah rose anda dengan air yang deras.  Sembur air itu ke arah dedaunnya supaya kalo ada mites, mites itu akan lari kerana ia tidak sukakan air.  Petang pula siram selepas pukul 3 petang kerana diantara jam 12pm -3pm adalah waktu yang panas dan dikhuatiri akar akan terganggu jika anda menyiram pada waktu ini.


Nota : Jangan sembur pokok rose anda semasa menyiram air pada waktu petang kerana dikhuatiri air tidak sempat menyenjat.  Jika terdapat air di daun pada waktu malam.. akan menyebabkan blackspot.

Baja

Anda boleh menggunakan apa-apa jenis baja.  Namun bagi pendapat saya dan rakan-rakan yang lain (CARI FORUM) baja yang terbaik ialah baja udang dan diselang seli dengan baja tahi ayam.  Anda juga boleh menggunakan baja ikan, baja soya atau pon baja kimia.  Tapi awas, jangan gunakan baja kimia dengan kuantiti yang banyak pada satu masa yang sama kerana dikhuatiri akar terganggu kerana baja kimia 'panas'.  Bajalah pokok rose anda seminggu sekali dengan kuantiti yang disyorkan.

Nota : Gunakan sikit dulu baja kimia.  Tunggu dan lihat hasilnya, jika pokok ok dan tidak ada tanda-tanda terbakar, baru teruskan pembajaan dengan kuantiti yang disyorkan.

Kawalan perosak tanaman

Setiap 2 minggu sekali, sembur tanaman rose anda dengan racun organik ataupun 'racun' buatan sendiri yang lebih selamat untuk alam sekitar dan diri sendiri.


Namun jika serangan ditahap yang agak kritikal, terpaksa gunakan racun kimia.  Namun begitu dapatkan dahulu info dan maklumat mengenai racun kimia tersebut sebelum digunakan dan pastikan anda telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.



3 comments:

  1. shiro rajin update blog kan...friendly advise drp mak aidan, letak byk sikit link org lain dlm blog..barulah slowly2 traffic masuk dlm blog baru kita..sy dah melalui so tahulah kesunyian blog pada awalnya..rajin2 blogwalking, cari kawan2-follow..rajin2 komen blog orng,inshaallah lama2 blog jd makin meriah...bukan nak promote blog ummaidan..cuma suka tgk gardening blog & taknak semangat mrk lemah kerana tiada sokongan kan..take care..

    ReplyDelete
  2. hehehe......thanks for the advice. Mulanya memang tak da niat pun nak promote blog (malu kekdahnye...hehe) pasal nak letak link tu masalah sikit sebab masih tak pandai nak letak blog kawan2 blogger yang lain sedangkan dah banyak blog duk follow. Kene blajar dari tutorial mcm mana nak letak link kawan2 blogger. Kalau ummu nak tau,time rajin mmg la updated selalu...kalo datang malas.....termalas jadinye. :)

    Tp,apa2 pun blog ummu adalah blog kesukaan saya. Ure have an amazing blog,with amazing garden,with amazing experience that u share,May Allah bless dear. Thanks juga sebab bagi sokongan pada blog saya......segan pulak hehe..... :)

    ReplyDelete
  3. laaa..takyah segan2..kita kan kawan2..kena support sama kawan2...saya dulu pun malu gak nak menonjolkan blog..lama2 rasa suka lak..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi di atas komen2 sahabat semua,Insyallah saya akan cuba balas komen2 sahabat (jangan marah atau bersedih jika lewat mambalas). Sayang anda semua. Dan arigato gozaimas. :)