Sampai jugak hari monday blue ya harini.....hehe.
Kami sejak kebelakangan ini sangat sibuk,hari biasa kerja...hujung minggu terpaksa berulang ke terengganu sebab nak ambil mak mertua untuk berubat. 2 minggu lepas pulang ke terennganu,minggu yang baru lepas ini pergi ke temerloh sebab ada kenduri kawin,hujung minggu ni balik ke terengganu balik dan minggu depan pula akan balik ke terengganu balik.
Dalam sebulan ni kami berulang ke terengganu dan KL. Di sebabkan MIL tinggal di terengganu,dan nak berubat pula di KL. Maka kami terpaksa berulang alik setiap minggu ke terengganu dan masa untuk di luangkan untuk bersama tanaman2 kesayangan saya agak terhad.
Tapi saya tetap juga curi2 masa walaupun keletihan sangat2. Sila layan gambar ya. :)
kadang panjang renek berbuah. :)
Roselle yang tak putus2 berbuah...suka sangat. :)
Kailan yang mcm dah boleh di petik.
Sawi pak choy. :)
Timun jepun. :)
carrot, benih hadiah dari ummuaidan saya telah pindahkan dalam polibeg yang lebih besar...target saya kalau ada rezeki nak tuai masa dia baby lagi...ala2 baby carrot.
Pertama kali dalam sejarah terung saya berbuah...selama ni tak pernah berbuah sepanjang saya semai. Alhamdulillah best dan syukur sangat2. Dah la saya ni peminat terung....hehe.
Lepas ni boleh berangan lebih nak masak ape dengan terung2 yang di tanam. :P
Benih terung dari en.is (terung pendek giant nama),semua benih yang di semai tumbuh.
Sawi bunga hadiah dari benih kongsi en.is.
Cambahan sawi batang putih yang ke-2,saya suka masak sayur sawi ni dengan sos tiram dan bebola...sedap. :)
ini anak pokok kacang botol,semai 3 biji takut tak jadi...hidup pulak tiga beradik ni...2 dah pindahkan tinggal satu je lagi. :)
cili harbenero yang saya beli dari en.is,tanam 5 biji yang canbah cuma 1 sahaja. (masih mengharap yang lain2 pun bercambah sama)
Akhir sekali layan je la gambar anak ibu,qistina.......makin hari makin menjadi2 panjang akal dia...aduila. Tak kisah la qis nak macam mana pun...janji qis sihat dan tak demam itu pun ibu dah bersyukur sangat2.
peminat no.1 mee.
Ratu bedak.
habis kabinet TV dan TV kesayangan papa.
rumah ibu di landa salji yang lebat!!!....hoho. ibu dan papa seronok sangat. uhuhuhuuuuu....
lepas main bedak continue pulak buat masker dari yogurt. Hebat sungguh anak ibu......yogurt berjenama terkenal CALCIYUM di gunakan untuk masker qis.... (@.@) ibu pening pala la qis,nk rehat kejap ya..... :)
















































