Tuesday, October 30, 2012

Laman rumah mertua.

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya nk ucapkan selamat hari raya haji dan mohon maaf jika ada tersalah dan terkurang. Semoga pergobanan kita pada setiap perjuagan demi Allah di berkati dan di rahmati. amiiin.

Sehari sebelum raya kami sekeluarga pulang ke rumah mertua saya kerteh terengganu. Alhamdulillah jalan tak jem. Pulang ke rumah mak mertua saya...perkara paling saya suka buat adalah merayau di kawasan rumah mak mertua saya setiap pagi melihat keindahan dan kehijauan tumbuhan di rumah mertua saya.

Layan gambar ya. :)


Cili besar sulung yang saya tanam.....cuba tgk daun belah bawah.....togel sebab teruk di serang bena. :)


bunga yang saya tak tahu nama apa...tp buah dia akan pecah dan mengerekot. :)

hasil google saya jumpa nama pokok ni pokok kaembung. :)


Buah dari pokok. :)


picit sikit dah meletop dan keluar biji. :)


mengerekot. :)



Buah yang pecah dan mengerekot. cumil je...  :)


Bunga dia merah menyala2. :)



Buah salak dari pokok yang arwah pak mertua tanam. :)


buah manggis tengah galak berbuah. :)




Buah rambutan kuning.....rambutan merah pun ada. Tapi rambutan kuning yang ni je pokok sulung yang ada. buah rangup dan sedap....manis sangat. :)



gambar pokok rambutan dan manggis dari atas rumah,yang belakang tu pokok durian...  :)



time kecil saya suka sangat petik rumput ni....sebab bunga rumput ni mcm ala2  bunga halus yang orang buat hiasan bunga tu. Dah lama saya tak nampak...terjumpa pula. :)


pokok bunga yang tumbuh meliar di rumah mil...saya tak tahu nama ape. bila saya tanya mill cakap semak je....keke. Tp saya cakap cantik. :)






bunga tak tahu nama.....hehe


itu sahaja yang saya nak share hari ni....Salam sayang,salam berkebun dan salam pencinta alam.


Wednesday, October 24, 2012

Resepi: Sambal Udang Petai

Assalamualaikum,

2 hari lepas saya ada cerita pasal nak bawak makan2 ke office dan saya di tugeskan buat sambal udang petai. Sambal udang petai dah siap buat,di bekal dengan timun mini tanam sendiri....since timun yang ada seketul je pun. Terpaksa la topup dengan timun yang besar yang di beli...tak cukup....keke.

Cuba tgk sambal petai dia,warna tak ceria....ye la,pakai lada segera yang di beli di kedai memang la tak cantik. kalau lada kering yang kita rebus  buat masak ni sure warna dia lebih ceria dan cantik.

Saya kongsikan resepi sambal udang versi saya. Minta maaf la gambar tak cantik pakai kamera tepon je pun. heeee... :)


Bahan - bahan:
==============
  • Udang 1/2 kilo
  • Lada kering yang telah di rebus dan di belender halus.
  • 2 ulas bawang besar *
  • 3 butir bawang putih *
  • Sedikit halia.*
  • Sedikit Belacan *
  • Petai
  • Air asam jawa.
  • Garam dan gula.
bahan2 bertanda * belender sekali.

Cara-cara:
===========
  • Tumis bahan - bahan yang telah di belender dengan minyak.
  • masukkan lada dan masak hingga hilang maung dan pedas cili.
  • masukkan udang dan petai.
  • Masukkan air asam dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia untuk di hidang.

Itu sahaja entry saya hari ni,kalau  kawan2 ada versi masak sambal petai yang lain dari saya....kongsi2 la ya. Sharing is caring gitew....  :)


Owh ya,esok adalah hari lahir en.papa...tak tau nak buat surprise ape. Ingat nak beli kek je.....ermmm...tp mcm biasa sangat. Rasa mcm nak kan satu kelainan je. Yang boleh buat surprise sama2 dengan lil qis. Wat surprise ala2 eric leong.....SURPRISE!!!!. 

Salam sayang,salam berkebun dan salam pencinta wanita.....eh?? salam pencinta alam. :)


Tuesday, October 23, 2012

Tau pun Takut


Assalamualaikum,

Yahooo!!!...blog dah tak kene BLOCK. Tau pun takut...ececehhhh.... :P

Rasa gelap dunia tak leh bukak blog,nak baca blog kawan2 dan nk baca komen2 dari kawan2 (kalau la ada kan...keke)

Kalo orang IT BLOCK lagi blogger...saya nak buat rusuhan di kesatuan sekerja kerana mengekang kebebasan berkarya....ewahhh....haha. Tb2 rasa seronok dan gembira.....fuhhh. :)

Sejak beberapa hari yang lalu saya duk meneliti daun pokok tomato saya byk yg mengerekot dan ada yang daun dia bertukar jadi kuning. Saya teliti dan perhati banyak pokok yang kene aphid. Jadinya semalam saya cuba untuk kali pertama experiment yang di cadangkan oleh en.is.

Tp saya terlupa sukatan dia,saya pakai 1 sudu makan dengan 800ml air....bila spray,berbuih pulak saya punya spray.....alamak!...betul ke ni cara saya buat ni. Bila godek blog jurnal saya tu...Tanamsendiri. Rupanya satu sudu teh,kira mandi sabun la pokok2 saya. huhu...

Saya nak tengok petang karang macam mana.....saya ingat balik nanti saya jirus air banyak2. Pokok2 bendi saya tengak galak berbuah,pokok cili api pun galak berbuah juga....nak ambil gambar banyak2 macam segan...karang takut jiran sound ''nk upload dalam facebook ka''...uhuk2.

Tak pe,layan je gambar yang ada.....

Salam sayang,salam berkebun...salam pencinta alam.








pekebun cilik yang kepenatan tolong ibu dia bergarden...  :)

Monday, October 22, 2012

Timun mini ke-2 dari pokok yang sihat.

Assalamualikum,

Hari ni nak cerita sikit pasal timun mini yang bakal saya harvest dalam masa terdekat ni..Insyallah hari rabu ni saya harvest since hari rabu saya dan geng partition di office saya masing2 nak bawak bekal. Saya volunteer nak buat sambal udang petai dan mamber saya ayu nak bawa masak lemak gulai ikan masin letak nenas....mesti sedap punya lah.

Jadinye,planning saya nak bawa timun mini yang saya beli benihnye dari blog en.is tanamsendiri....Hari tu saya ada buat entry pasal pokok timun saya kaler kuning di sebabkan kesilapan saya sendiri...saya admit dan sekarang saya sedang cuba untuk membetulkan segala kesilapan yang ada. Semoga Allah permudahkan segala2nya.

Ini adalah timun mini yang bakal di harvest rabu ni dari pokok yang sihat. Itu sahaja update untuk harini memandangkan saya pun x sihat demam Dan selsema berjangkit dr Mr.papa.






ps: *jam sekarang sudah pukul 1.11PM di office,hari ni bukak blog tak boleh,saya ingat blog ada problem la tadi...rupanya blog dah kene BLOCK oleh office...Ya Allah,stressnye rasa. Rasa macam nk pangsan geram!!!!....ikut hati rasa nk sound je orang IT.....BLOCK la banyak2...saya suka la....sentaphatimaknak!!!.

Ish3....(bebel sorang2 diri sambil stress)









Friday, October 19, 2012

En.Papa demam

Assalamualaikum,


Hari ini tiada entry ttg pokok,semalam saya urgent leave sbb en.papa demam. En. papa sangat manja nak minta di teman...terpaksa la ambil urgent leave semalam. Hari ini pun en.papa MC lagi sbb masih demam. Tapi ibu tak boleh nak cuti banyak sangat....jadi duduk la en.papa dengan maknye dan adik perempuan dan lil qistina. Harap cepat sihat.....

Semalam hanya sempat memasang pancang pada pokok tomato yang makin melendut dan juga nak mula kan operasi menanam yang baru. Buah bendi yang baru dan mula mengeluarkan hasil walaupun tak besar mana di sebabkan kesalahan tuan empunya yang tak pindahkan anak pokok dari bekas kecil ke bekas yang lebih besar.

Itu sahaja saya nak cerita,harini agak sibuk nak menyiapkan kerja sebab harini sharp kul 5 nk balik cepat. :)

Salam berkebun dari saya. :)

Thursday, October 18, 2012

Tuaian pertama 18/10/2012

tuaian harini utk kali pertama.....sayur bendi dr anak pokok kecik yg berbunga awal,sayur btg putih...satu dari btg tu kaler merah...pelik? dan timun mini.Add caption



timun pertama dari anak pokok yang tak berapa nak sihat....timun mini



anak timun kedua dari anak pokok yg agak sihat.

Tuesday, October 16, 2012

Pokok Tomato yang berbuah

Assalamualaikum,

setiap kali sebelum dan selepas pulang dari kerja saya pasti akan tengok perkembangan pokok tomato saya. 

Saya admit saya memang tak suka bau daun tomato...bau dia macam meloyakan tekak...pijar tekak kalo bau. Tapi yang peliknya,walaupun dah terkena daun pada tangan saya tetap bau di tangan. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasa bau daun dia. Walau berbau busuk tetap juga bau...pelik? Dah serupa lalat buah dah saya ni.... :)

Dari kecil hingga la dah berbuah saya jaga,terasa happy bila tengok dia berbuah...cuma bentuk buah tomato bulat...pokok tomato saya lonjong sikit. mungkin masih kecil lagi kut. :)



Bagai menatang minyak yang penuh..... :)


Punya la sayang sampai letak anak pokok dekat peti surat...sampai asyik kene sound dengan en.somi susah nak ambil surat...keke


Mula berdaun lebat.


Berbunga hati saya melihat bunga tomato....



Dah berbuah lonjong....ini tomato baka buah besar,bukan yang tomato mini tu. Tp lately saya punya daun tomato dah mengerekot daun2 dia.....tengok bawah daun ada binatang putih tu (tak ingat nama) duk bertengek dengan senang hati....mmg nak kene ni. Kalau saya ada masa saya spray ke daun nanti,lately sangat busy dan memandangkan mak mertua tak sihat dan banyak kerja....pokok terbiar,tanah tak beli,compost pun x sempat nak g beli,container tak cukup. 

Saya perlukan masa untuk kebun2 mini saya ni......tp masa jeles sangat dengan saya. Aduila,bila baca blog kawan2 rasa teruja....ttp dugaan silih berganti. Insyallah kalau sempat akan di curi masa......biasanya ada masa pun curi2 ambil gambar dan siram pokok je...selebihnya mmg tidak la sempat.....  (T_T'') menangis dengan kesibukan diri sendiri......

Nak tambah cerita sikit,semalam masa balik dari kerja...... adik ipar saya masak kuah singgang. Masa nak makan saya tanya dia ''kenapa singgang ni kelar dia kuning semacam?''

Mak mertua: Mak pun tengok kuning sangat,macam singgang yang dah rebus beberapa hari.

Saya: Iya la......saya menjawap.

Adik ipar: Na bubuh kunyit hidup lepas tu tengok mcm kurang warna,jadi na masukkan la serbuk kunyit tetapi terbanyak sampai kuning pekat.

Saya: Kunyit hidup dah habis ke na? (saya kan tak tanam pokok kunyit)

Adik ipar: Ada sikit je kak.

Saya pun terdiam.......lepas tu cakap dalam hati....... alamak,hari tu saya ambil kunyit hidup dalam peti ais dan masukkan dalam kotak polystyrene kat luar dengan harapan nk tanam pokok kunyit....saya diam tak cakap ape2....huhu.

Bubuh dalam kotak ni......hehe.






Monday, October 15, 2012

RAW VEGETABLES VS. COOKED VEGETABLES






pic sources from google.


The debate over which is healthier, raw vegetables or cooked vegetables is on-going. The answer is-it depends on the vegetable and how you cook it. Sometimes raw is better, sometimes cooked is better. "Unfortunately, the pros and cons of eating raw vs. cooked vegetables are not clear cut," according to UAB Medicine, the largest academic medical center in Alabama. (See Reference 1)


EAT A COMBINATION OF BOTH


One serving of vegetables may contain 100 different phytochemicals, which are chemical compounds that have protective and disease-preventive properties. Cooking can destroy some of these phytochemicals, but it can also enhance others, so it is important to eat a mix of raw and cooked vegetables.


BROCCOLI

Broccoli and other cruciferous vegetables, such as cauliflower, cabbage, Brussels sprouts and kale, are good examples of vegetables that should be eaten both raw and cooked. Raw broccoli contains an enzyme called myrosinase that breaks down into sulforaphane, a compound thought to help prevent cancer and stomach ulcers. Cooking broccoli damages myrosinase. On the other hand, cooking broccoli and other cruciferous vegetables forms the compound indole, a phytonutrient that fights precancerous cells before they cause damage and turn malignant.

CARROTS

Raw carrots supply polyphenols, a group of chemicals with antioxidant properties thought to reduce the risk of heart disease and cancer. Boiling carrots destroys all the polyphenols. Cooking also breaks down the vitamin C found in carrots, which easily degrades when exposed to water and heat. That said, cooked carrots supply more of the antioxidant beta-carotene---which your body converts to vitamin A---than raw carrots. The same holds true for spinach, asparagus, cabbage, peppers and many other vegetables.

TOMATOES

Tomatoes contain lycopene, an antioxidant compound linked to the prevention of cancer and other chronic diseases. Ohio State University researchers have found that "lycopene molecules in tomatoes change their shape, which makes them more usable by the body, when combined with a small amount of fat and subjected to intense heat during processing." The amount of lycopene in tomatoes is intensified and it is better absorbed by the body after cooking, particularly with a little oil, and processing, rather than eaten raw or fresh.

QUICKLY STEAMING IS BEST COOKING METHOD

The cooking method matters as well. Steaming, rather than boiling, helps retain water-soluble B and C vitamins. High cooking temperatures and long cooking times destroy heat-sensitive nutrients such as B and C vitamins and folate, so it's best to keep cooking times to a minimum. The Journal of Food Science studied 20 vegetables, with results that indicated microwaving and baking led to the lowest losses of antioxidants, while pressure-cooking and boiling led to the greatest losses, according to Ohio State University researchers in August 2009.
Sources: livestrong

Wordless Monday 15/10/2012




Daun ketumbar


Kalian + pokok tomato dan pokok yang tak tahu nama. :)


Pokok yang di pindah masuk dalam polystyrene tetapi tak tahu pokok ape???? 



Rak yang di beli di giant di gunakan untuk letak anak semaian pokok tomato ceri dan anak pokok cili super hot. Suka pula saya tanam tomato dan cili. :)



pokok bendi yang telah di serang cik belalang.....tu ada atas daun tu. rasa mcm nak pijak je anak belalang tu...ishhh....tp tak sampai hati. :)


Rak dan anak sawi sebelah kiri yang kekuningan kerasan salah cara tanam....hmmm....



Anak pokok kacang panjang.


Pokok Roselle




Anak pokok cili padi. :)

Thursday, October 11, 2012

Updated Timun 11/10/2012




Assalamualikum,

Harini tak banyak nak cerita....cuma nak kongsi gambar buah timun mini yang sedang membesar......so far saya ada tanam 10 anak pokok dan hanya satu sahaja yang menjadi dan yang lain2 terbantut dan daun kekuningan.

Hasil semakan dan siasatan yang saya lakukan saya dapati daun pokok timun dan buah menjadi kuning sebab pokok tak dapat nak serap nutrien yang ada dalam tanah. Tanah yang saya pakai adalah dari jenis sabut kelapa cocopeat yang agak kasar dan bukan yang halus punya.....kesilapan utama saya semasa memindahkan anak pokok ni....saya TIDAK basuh dahulu cocopeat yang ada.

Sepatutnya saya perlu membasuh selama 3 hari supaya air kekuningan dari cocopeat keluar sebelum saya pindahkan anak pokok. kerana kemungkinan untuk anak pokok menjadi rosak tinggi sebab cocopeat yang tak basuh boleh menyebabkan pokok tak boleh nak serap nutrien yang ada. Dan jadi kuning......Kesilapan adalah dari saya sendiri.....agak mengecewakan sebab ada banyak anak pokok yang saya semai menjadi kuning. Tak sanggup rasa nak ambil gambar...sedih.

Buat masa sekarang ni,saya sedang merawat semua anak2 pokok yang ada menggunakan baja zeolite a.k.a baja gubung berapi. Sebab baja gunung berapi ni dia macam meneutral kan tanah dan ikut pada PH tanah yang sepatutnya.

Di harap semuanya berjalan lancar.....walau sedikit kecewa....tp saya tak boleh putus asa. :) .Dengan izin Allah, Insyallah semuanya pasti kembali elok.

Layan la gambar timun mini tak sihat saya ni dan gambar anak dara saya ni ya. hehe.


Anak timun dari pokok yang kuning....




ustaz pun ya...ustazah pun ya...aduila....qis...qis.....



BabyTV memang tak boleh di pisahkan.