Wednesday, October 10, 2012

From Fiji With love

Assalamualaikum,

Semalam balik dari kerja semangat bukak peti surat ingatnye dah sampai la parcel nun jauh dari fiji......kebetulan hujan masa tu,tgk dalam peti surat tak da....masuk rumah dalam keadaan kecewa. cakap dalam hati ''posmen ni lupa ke aku ke?''

Semalam ada baca baca dalam blog geng2 blogger gardener yang lain mereka ramai yang dah dapat...itu yang semangat nak menge ''check'' peti surat. Tp bila check tak ada pula.

Esok pagi dengan perasaan curious dan nak korek juga peti surat.....rupanya sampul surat dari fiji sudah sampai cuma tersorok di sebalik kertas2 iklan....ishhh....geram pula. Sibuk je kertas2 iklan ni...sampai tersorok saya punya parcel tu. Tak sabar dah ni......hehe.

Terima kasih banyak2 di ucapkan kepada ummuaidan dia atas hadiah sagu hati yang sangat bernilai bagi saya. Walaupun hanya sekadar hadiah sagu hati,tetapi nilai persahabatan yang terjalin sangat bermakna buat saya dan kawan2 blogger yang lain.

Syukran jazilan pada blooger Aku di Fiji Island a.k.a ummuaidan,semoga persahabatan kita berkekalan. Kalau ada ape2 permintaan nak benih ke....roger2 la saya. Berbesar hati rasa nak kirim ke fiji. :)

Tengok la benih ape yang saya dapat. hehe.....



Benih yang saya dapat....yang bawang tu macam rupa daun leek je. Kene tanya tuan pengirim ni.....hehe.



Setem orang fiji...senyum je...dapat sampul pun jadi senyum je....keke.

itu yang saya nak share hari ni....salam sayang,salam berkebun dengan penuh semangat. heee....



Tuesday, October 09, 2012

Cara Nak organize Seed.

Assalamualaikum,

Hari ni,boleh kata hampir seharian saya meng 'google' berkenaan cara nak simpan benih2 pokok yang kita beli samaada secara online ke atau beli di nurseri,di kedai atau supermarket atau kumpul sendiri dari pokok atau buah yang kita beli.

Lately koleksi benih saya makin banyak dan risau kalau2 saya tak sempat nak simpan dalam peti ais takut rosak pula benih2 yang ada. Kalau dah rosak satu kerugian pula pada saya sebab kene beli benih baru. Ada banyak cara untuk simpan benih ni.

Hasil google saya jumpa beberapa cara untuk simpan benih.

1. Simpan dalam Bekas simpan CD. (boleh bawak masuk peti ais ke?? )



credit: threepsandq

2. Ada juga yang simpan dalam bekas: (yang ni saya buat...hehe)



3. Ada juga yang simpan dalam bekas simpanan macam bag.


credit: gardentherapy

Kebiasaannya semasa membeli benih ada sesetengah benih tu dah tersimpan dalam bekas plastik yang ada seal atau zip yang mudah untuk kita buka dan simpan balik.

Tp ada juga benih yang kita beli tetapi dalam plastik yang mana lepas koyak plastik tak boleh pakai dah dan kene kita simpan dalam bekas lain. Kalau tak bernasib baik akan benih tak di simpan berterabur dan tak organize.

Semasa meng' google' tadi saya terjumpa salah satu cara nak simpan benih dalam kertas. Mudah je, kita buat sendiri...kalau tak mahu buat sendiri guna saja sampul duit raya untuk simpan. Tapi kalau tiada,boleh kita buat sendiri.

Kalau buat sendiri lagi best kut,sebabnya kita boleh pilih kertas warna apa nak pakai dan fesyen kertas yang macam mana kita nak guna dan juga ada ruang untuk kita menulis benih yang di simpan.

Sangat practical pada saya.

dari helaian kertas berwarna warni seperti ini:


kepada kertas yang siap untuk di label dengan cantik dalam kotak /tupperware atau bekas kedap udara lain.

Credit: pickmeyard

Jika kawan2 mahu cuba boleh cuba klik di link yang ada ni di sediakan contoh sampul yang mana kita boleh terus print pakai kertas warna yang kita nak. Senang je,lepas tu gunting dan gam sikit lepas tu label. 


gambar lepas gunting.

ini sample yang di sediakan oleh laman web finegardening.com senang je kan???...

Jom kita meng 'organize' dan 'menyampul' benih2 kita. :)


Link untuk Contoh sampul:

1. sampul bunga matahari.

2.Sampul tomato.

3. Sampul Kosong.

4.Sampul Kacang.




Itu sahaja yang saya nak kongsi hari ni,jika ada cara lain yang kawan2 guna boleh la di kongsi bersama2. Mana tau lebih practikal dari cara yang sedia ada ni.....hehe.

Salam berkebun dari saya. :)






Monday, October 08, 2012

Sambal Hitam Belimbing Buluh


Assalamualikum,

semalam mak mertua saya sampai di rumah, MIL dan adik ipar akan duduk agak lama di rumah.....kalang kabut nak masak. Bukak peti ais terjumpa belimbing buluh yang saya beli...Korek peti ais kononnya nak masak lemak ikan campur belimbing buluh buat pekat2.....alik-alik santan pula tak da.....ahh sudah......

Nasib baik ikan bilis ada,saya pun terus la teringan degan menu saya buat setiap kali puasa. Sambal hitam belimbing buluh.

Saya tidak sempat nak snap beberapa gambar memandangkan si kenit saya melasak dan asyik nk minta dukung memanjang.....hehe.... Insyaallah jika sempat saya akan letakkan. 

Sambal ikan bilis hitam 
Sumber: Tiena@myresipi.com 

Bahan-bahan ( 5 org ) 
10 biji cili padi - saya guna 15 biji 
1 piring kecil ikan bilis 
5 biji belimbing buluh yang direbus sampai hitam -guna 10 biji, rebus sat jer & tak hitam pun 
1 biji bawang dipotong - guna bawang merah 5 ulas 
sedikit minyak masak 
sedikit garam 
sedikit serbuk perasa 

Cara-cara 

1. Blender cili n belimbing hingga hancur 
2. Kemudian masukkan ikan bilis n blender separuh hancur 
3. Panaskan minyak tumis bahan blender td....masukkan bawang, masukkan kunyit 
masukkan garam n bahan perasa, goreng sehingga garing 
4. Siap untuk dihidangkan

macam mana rasa sambal ni.....ok,kalau kita masak sambal ni letak cili padi banyak...dia akan rasa pedas-pedas....masam-masam...masin-masin sikit dan berlemak. Memang sedap. Kalau boleh goreng sampai kering,tahan lama.

Sedap makan dengan nasi putih panas,tak pun makan dengan roti ataupun makan dengan nasi impit ke...pun boleh juga. Nanti kalau sempat saya ambil gambar saya letakkan ya.

hehe......


Nak tambah cerita sikit,semalam masa MIL sampai rumah mil terkejut tengok rumah macam kebun. Selama ni rumah kami kering kontang tak da pokok bunga atau sayur...kali ni dia terkejut. Sambil tengok2,sekali MIL tegur '' sayur ni tak petik kenapa? ''

Saya pun jawab '' dah boleh petik ka?''

Mil: Dah boleh makan dah ni,kalau lambat petik keras nanti daun dia......

Saya pun jawab: ''saya ingat sayur ni muda lagi...sebab tu saya tak petik''....hehe. Tak da pengalaman jadinye tak tahu sayur tu dah boleh petik belum...tanam je lebih...keke.






Khasiat Belimbing Buluh




Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan  kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.
Di kawasan Pantai Timur, buahnya dicampur ke dalam kuah nasi dagang untuk menyedapkan rasa. Buah belimbing buluh ini juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan sebagai alternatif dalam menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.
Air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.
Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.




Friday, October 05, 2012

Health Benefits Of Vanilla and uses.




Vanilla is one of the most commonly used flavorings today. We get our vanilla extract from a plant called Vanilla Planifolia. This plant belongs to the Orchidaceae plant family or the orchid family. The plant is a climbing perennial vine that grows anywhere from 30-75 feet high, growing up trees for support. After about 3 years of maturity, the vine will produce large pale green and yellow flowers in bunches of about 20-30. Only a few of the flowers will open at one time and if they do not get pollinated they will only last one day. After pollination, pods will grow. These pods are green, long (4-12 inches) and slender, looking like green beans. This is how it gets it's name the "vanilla bean". It takes nine months on the vine for them to fully develop.


Types of Vanilla Beans

  • Vanilla Planifolia - Grown primarily in Mexico and Madagascar, this variety of bean is the one with which most palettes are acquainted. Mexican growers 'kill' beans with exposure to the sun; Madagascar growers do it by steeping beans in hot water. The former creates stiffer beans while the latter creates pliable ones.
  • Vanilla Tahitensis - This bean has a gentler, more complex flavor, often called 'fruity' or 'floral,' which makes it a favorite for pastry chefs, bakers, and ice cream makers everywhere. This variety does not require any killing. 'Tahitian' is the market name for this bean.


Five different health benefits of vanilla extract:
  1. Helps with nausea. A number one benefit of vanilla extract is that it can be used to help calm the stomach when you are feeling nauseous. You simply add a few drops of the extract to a glass of water and sip slowly on it. The combination of the scent and the slow sipping of the extract should help to reduce the feeling of nausea. Not everyone keeps nausea medicine in their homes but most people have vanilla extract so this is a great benefit to be aware of!
  2. Weight loss aid. Some studies have shown that the scent of vanilla extract alone may assist people who are working to lose weight. The details of this are still being explored. And of course, proper weight loss has to do primarily with good diet and exercise. However, the fact that this everyday household extract might help with losing weight is certainly something to keep in mind when you're dieting.
  3. Reduces anxiety and stress.Studies have shown that vanilla extract has a positive benefit on people who are dealing with stress and anxiety. The scent helps with this. Sipping water or milk that has some vanilla extract in it may help reduce anxiety in some people. Since stress and anxiety cause so many different health problems, the use of vanilla extract to reduce anxiety and stress can be correlated with a variety of other health benefits as well.
  4. Healing of wounds. Historically, vanilla extract was used to heal wounds. It is debatable whether or not this is a good use of vanilla extract today. Some people who believe in homemade remedies do use it. Others say that the use of vanilla extract for open wounds and burns is not a good idea. It may not be ideal but it's something to be aware of if you get hurt at home and don't have a good first aid kit handy.
  5. Regulates menstruation. Women with irregular periods may use vanilla extract to help regulate their cycles. Of course there are more modern methods for period regulation (like the use of birth control pills monitored by a doctor) but if you're only having slight problems then adding vanilla extract to your diet may help.
Vanilla extract isn't going to cure you of any major diseases. However, it can offer small health benefits like regulating your period and reducing feelings of nausea. Since you probably keep it around the house anyway, it's nice to know what these benefits are.

Sources: kathrynvercillo

Sahabat Baru Saya.

Assalamualaikum,

Sebelum ni saya ada cerita yang saya ada beli pokok yang eksotik (pada pendapat saya),kenapa saya sebut eksotik sebab pada saya pokok ni susah untuk dapat. Kalau pergi nurseri rasanya tak da kut....kalau ada pun mungkin kecil atau mahal.

Bukan la unik mana pokok ni....tp memang dah lama saya duk mencari..dan akhirnya jumpa.

Salam perkenalan dari kami dua beradik....nama kami vanilla. yeay!!!!.... :)



Thursday, October 04, 2012

Khasiat Rahsia Lobak Merah



Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik untuk mengubati masalah rabun jauh. Namun, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu mengubati pelbagai jenis penyakit lain. Lobak tidak semestinya dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak susu yang sering menjadi pilihan di restoran. Jom ketahui apakah khasiat lobak merah ini.

Batu Karang

Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.
Ekzema
Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.

Hipertensi
Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.
Kekejangan Jantung
Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.
Sakit Ketika Datang Haid
Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.
sumber: myberita

Secrets of Growing Tasty Cucumber




Secrets of Growing Tasty Cukes
Some cukes start out bitter, but some become bitter because of conditions in their environment- many of which you can control. (For an explanation of what makes cucumbers bitter, see "The Bitter Truth," below.) Plants that are stressed are more likely to become bitter; how bitter depends on the severity of the stress. Stress in a plant is most often caused by insufficient and uneven moisture, but temperature extremes and poor nutrition can also play a part. You can minimize stress and maximize flavor if you:


Nota ku: Pokok Timun pun tak boleh stress,kalo stress dia bagi timun pahit kat tukang kebun dia.....sedangkan kita manusia pun kalau stress kurang produktiviti diri,macam tu juga pokok timun kan. :P
1. Keep them hydrated. Provide plants with plenty of moisture, especially around the time the plant is flowering and fruiting. Any water stress during this period of rapid growth causes the levels of bitter-tasting compounds to rise. Cucumbers are vigorous growers and therefore need between 1 and 2 inches of water per week, depending on the weather and the characteristics of your soil. The key is to keep the soil slightly moist at all times. Water deeply about once or twice a week- more often if you're gardening in sandy soil.
2. Mulch. You can further reduce water stress by mulching plants with an organic mulch. Mulch helps to conserve and moderate moisture levels while blocking out weeds. Plastic mulches can be applied at planting time, but wait until summer or after the soil has warmed to above 70 degrees before applying organic mulches, such as straw.
3. Regulate the temperature. Cucumbers like warm conditions, but growing cool and tasty cukes in the heat can sometimes be a challenge. In fact, high temperatures not only affect fruit quality; they can also affect fruit set by causing the plant to produce a higher ratio of male flowers. "Cucumbers are really sensitive to high heat," says horticulturist Emily Gatch, greenhouse and pathology coordinator with New Mexico-based Seeds of Change. "It can be really hard on plants if temperatures are consistently in the mid-90s." If you're growing cucumbers in a hot climate, Gatch recommends providing plants with filtered afternoon shade to help cool things down, either by strategically planting taller crops at the southern end or by adding a shade cloth to block 40 to 50 percent of the sunlight.
4. Give them sunlight and good soil. For the best-tasting fruit and optimum yields, grow plants in a sunny spot and in warm, fertile, and well-drained soil rich in organic matter. Raised beds are ideal. Cucumbers require a soil pH between 6.0 and 7.0. Wait to sow seeds or set out transplants until after all danger of frost has passed and the soil has warmed to at least 60°F. An unexpected frost will kill plants, and the vines grow slowly and become stressed in cool conditions. You can start seeds indoors three to four weeks before your anticipated planting date outdoors. Be careful not to disturb roots when transplanting.
5. Fertilize. Cucumbers thrive in light, friable soil. Several inches of organic matter worked into the soil prior to planting helps achieve that goal. Plants are heavy feeders, so be sure to feed the soil with rich compost or aged manure. After the vines develop runners and the first flowers appear, follow up with a side dressing of compost, aged manure, or organic fertilizer. If the leaves are yellowish, the plants need more nitrogen. Make room. Giving plants the space they require is just one more ticket to a stress-free environment. Grow trellised plants 8 to 12 inches apart. Hills with one or two seedlings should be spaced about 3 feet apart, with rows 4 to 5 feet apart. Space bush varieties 3 feet apart in all directions.
6. Banish weeds. Keep your cucumber patch and the area around it free of weeds. Some types are hosts for bacterial wilt disease, which is spread by cucumber beetles. Intense feeding by these beetles can kill a plant, and they're attracted to stressed plants- all the more reason to keep your plants healthy and happy.
7. Cover up. Row covers, hotcaps (or plastic milk cartons with the caps removed), and plastic tunnels are great for getting plants off to an early start. And row covers not only help plants grow faster and flower sooner, they also protect plants from pest insects. Just be sure to remove any covering once plants start to flower.

Sources: organicgardening

Pokok Timun masih kecil tapi sudah berbunga

Assalamualaikum,

Al-kisahnye,semalam sebelum pergi kerja saya siram pokok timun saya yang masih pendek dan perasan ada bunga. Saya jadi mushkil sampai office saya tanya pakar tanam2 ni. en.Is dari blog tanamsendiri. Soalan dia macam kat bawah ni.


Sesampai di rumah saya pun nekad nak buang bunga2 anak pokok timun saya.......memang banyak bunga jantan....sekali masa nak cabut tu.......alahai.....tak sampai hati pula sebab ternampak dah ada bunga betina...sian pula ke dia. Tak tergamak pula saya nak cabut pokok betina...maka saya biarkan sahaja pokok betina ini. 



Itu sahaja updated saya untuk hari ini...salam sayang,salam persahabatan pada semua rakan2 saya. :)



Wednesday, October 03, 2012

Off topic - Ragam Anak

Assalamualaikum,

anak dara saya a.k.a mak datin dan model kesayangan saya lagi 3 hari nak melangkah masuk ke umur setahun 11 bulan dengan berat 15.5KG. Kalau ibu dukung boleh la dalam 5 minit..papa lebih sikit. :)



main air mmg tak boleh di pisahkan.


Anak kesayangan papa dan pak ngah....


Hasil kerja kreatif anak saya....mainan yang ada isi angin beli di giant menjadi penyek selepas di cucuk pen oleh anak saya campur mural.


Nak main macam orang dewasa,tegur jangan buat lagi di buatnye. heiiishh....


nampak tak roti sebelah tangan anak dara saya???....anak saya memang suka makan roti sosej...tp korek sosej ke...roti dia sumbat mulut ibu dia. (T_T'')


Nak di makan macam orang dewasa,kalau tak bagi marah pula.....bila dah bagi ni la jadinye....air minum ibu di buat macam air basuhan tangan. 


Ratu panjat memanjat!!!!


Lagi hebat bila naik sampai ke dashboard papa dia.


Suka kecantikan dan suka melawa.


Nak minum mesti ada gaya....bersungguh2 minta cermin mata sbb tengok papa dia pakai cermin mata...dia pun sama nak ikut. Ibu je yang tak da sebab tak minat benda2 macam ni.


Kat klinik yang sama nama dengan anak saya. Klinik Qistina,masa ni kene alahan teruk dekat seminggu...tak sihat pun,main tetap di teruskan.


Acu je kamera terus posing foto-genit.





Sahaja saya off topic hari ni sebab kalau cerita pasal pokok dan benda yang sama...ada jugak yang kebosanan nanti....hehe.

Insyallah,esok saya tunjukkan pokok yang saya beli tu.....Insyallah jika tiada aral melintang esok akan sampai. Terbang jauh dari sabah bah......rindunya nak pergi sabah...seronok bila jenjalan di sabah,dapat pula adik ipar orang sabah. keluarga mereka very polite and humble.....lot's of smile in their face...sbb tu saya suka...hehe (off topic lagi)

Salam sayang,salam berkebun dari saya.

Wordless Wednesday






Tuesday, October 02, 2012

updated pokok 10/2/2012

Assalamualaikum,

hari ni nak updated pokok2 yang ada...walau tak banyak perubahan (lamanye rasa....heishhh) *o* tetap juga nak updated.

 Al-kisah anak pokok sawi ni pada mulanya saya nak semai.....di sebabkan benih pokok sawi kecil,saya tabur ke dalam tray semaian. pulak tu semuanya naik dan sihat subur sampai tak terbendung masa nak mengalihkan anak pokok.

lesson to learn: jangan tamak dan pemalas...semai sikit2 jangan main tabur je. Kan dah kepenatan nak mengalih,mengasingkan anak pokok satu2 dan tanam. Satu kerja pula.

gambar sebelum.


gambar selepas di alihkan.





 semalam masa sedang sibuk menyiram pokok timun ternampak bunga keluar dari celah2 dahan.....yeay!!!...gembira dan teruja dalam seminit sahaja....lepas tu,mula la kepala duk fikir......kecik je pokok timun ni. kenapa cepat sangat keluar benganya????.

lesson to learn: bila pokok dah mintak nak pindah...pindah cepat2 time dia muda remaja....jangan berlengah. nanti macam terbantut pula pertumbuhan dia. Tau2 bunga keluar dulu.....tak tahu la ape hasilnye nanti. Entah kecil je buah dia atau tak keluar langsung.....alahai,lagi la sadis.


pendek je pokok,tp dah keluar bunga.....hesihhh....


QC tanah jap,errrrmmm....ok2,masih lembap tanah dalam polybeg. Jimat masa siraman saya. :)


stok baja tinggal sikit.......pasni nak cuba cow poop atau poop yang lain pula. :)


 ingat tak pokok kangkung yang saya semai hari tu dalam botol mineral 5 liter???....dah makin membesar. Kurus melidi macam kurang zat..Tuan dia tak mo pindahkan..keke. cuma siram je air chicken poop ke pokok.

walaupun naik dengan tinggi,tetapi masing2 kurus. Ok la tu,tak la keras sangat saya punya batang kangkung. sebab kurus2.....hehe.

lesson to learn: rajin2 kan lah tangan tu sediakan patch yang besar sikit untuk pokok kangkung. 



 Itu sahaja updated pokok2 yang ada,nanti bila dah makin besar sikit,saya updated lagi.

Salam sayang,salam berkebun,salam persahabatan.



Monday, October 01, 2012

Cerita 1 oktober


Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan salam sihat2 selalu pada kawan-kawan saya semua. 

Hujung minggu baru ni tak banyak agenda melainkan duduk rumah di sebabkan papa qis ada program jungle tracking ke gua tempurung perak. Dalam pada sibuk melayan karenah anak dara,kene la jugak turun ke kebun mini saya nak sattlekan kerja2 terbengkalai.

Alhamdulillah,saya telah berjaya memindahkan anak2 pokok sawi ke dalam bekas.....bila fikir balik rasa menyesal je simen depan rumah.....dah tak da tempat nak bercangkul dan tanam sayur2. Tak pa la,tak da rezeki nak tanam depan rumah.

Di sebabkan papa qis tiada,kemalasan melanda untuk keluar rumah....masuk ke dapur nak masak-masak tengok bawang holland dah keluar daun. Nampak benar ibu qis jarang masak....huhuhu (T_T'') sampai berdaun dah pokok bawang holland saya.



Boleh jadikan daun bawang dari bawang holland???...kalo boleh saya nak je tanam.



anak pokok pak choy dan salad selada makin menjadi2 pertumbuhan mereka dalam cawan polystyrene 


bunga ros ke dua  selepas yang pertama....semerbak bau,walau rupa tak cantik mana....wangi je. (*-*) <3 p="p">

Anak pokok roselle yang di tanam pada 6/9/2012. dah 25 hari dah anak pokok ni.


Yang ni anak pokok bunga taik ayam.....benih dia saya dapat daru rumah mak mertua di ganu.....dengan malas nye,saya terus semai tanpa keringkan dulu benih dia. menjadi pulak. :)


Nak cerita sikit pasal anak pokok bendi ni......ada 3 anak pokok bendi saya sudah mengeluarkan bunga....pelik bin ajaib. Bukan pelik sebab ape,pelik sebab mereka semua masih kecil dan kurus melidi tp dah berbunga. motif nak berbunga awal? takut nanti tak sesubur yang di harapkan sahaja. Tak pela,asal dia hidup sihat sudah.....


Owh ya,sebelum saya tu saya nak cerita lately saya sangat suka mencari benih2 dan anak pokok yang eksotik dan susah untuk didapati dan saya dalam proses untuk beli 2 anak pokok ni dari sabah. Nanti akan saya tunjukkan dan beritahu pokok apa dan kalau berjaya pokok tu hidup....kalu tak hidup sia2 sahaja saya beli. Harga boleh tahan.....tak pe la,dah minat sanggup kan jugak la. Bila saya tengok je memang saya nak sangat pokok tu....Insyallah akan di beritahu kelak.

Sekian,

salam sayang,salam persahabatan,salam berkebun..... :)