Friday, November 27, 2015

progress rumah 50% dah siap

sebelum





selepas.





oleh kerana budget yang ketat dan juga simpanan yang tinggal tak seberapa. kami buat mana yang mampu dan perlu sahaja. melalui quotation yang di berikan oleh kontraktor,antara kerja2 yang di lakukan:

1. buat dapur belakang rumah bersama kabinet kecil,
2. Tile belakang bahagian dapur dan tile depan (tutup kawasan berumput -en.papa yang nak tile)
3.pasang grill di belakang rumah dan seluruh kawasan rumah.
4. upah cat dan cat tong.
5.plaster ceiling
6. upah pasang lampu
7. bypass paip air (air rumah sangat slow)


itu sahaja ibu nak updated,nak cerita banyak2 ibu pun tak pandai nak explain itu ini....cukup sekadar updated untuk simpanan dan kenangan dan rekod pada masa akan datang. untuk dapur,ibu pakai dulu almari dapur yang ada,kitchen kabinet menyusul kemudian selepas cukup segala budget dan peruntukan dan simpanan kami. kumpul duit dulu.  :)

Tuesday, November 03, 2015

Ke House Of lighting


Assalamualaikum dan salam november 2015.

Lama dah ibu x updated blog, mostly jadi silent reader je. nak komen banyak line x clear,nnti bos nampak dekat office. heeee.....

InsyaAllah hujung bulan ni kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru yang selang 4 buah rumah dari rumah sekarang. Rumah yang kami duduk sebelum ini kami sewa, dah kenen2 ke owner tetapi owner tak mahu jual. Dan Alhamdulillah kami dapat beli rumah di kawasan yang sama cuma selang beberapa rumah sahaja.

Bukan itu sahaja,bulan 11 ni office pun akan berpindah ke kelana jaya. Pada bulan 4 tahun ni kami telah di pindahkan dari shah alam ke petaling jaya kerana state selangor di pecahkan lagi daerah kepada petaling jaya. tujuan untuk lebih bagus dan lebih mudah untuk manage dan generate revenue syarikat (itu hal depa la). Selangor kan besar..... :D

process loan rumah kami berjalan dengan keadaan sangat pantas, dalam tempoh sebulan lebih kami sattle keluarkan duit KWSP dll. Ini semua hasil dan kecekapan peguam yang pantas menguruskan loan kami. :)

Dan sekarang rumah dalam process renovation. Reno yang simple dan sedikit,tak melibatkan major reno sebab benda tu mungkin pada masa akan datang sebab memerlukan budget yang tinggi. Berbalik pada tajuk yang ibu tulis, pada beberapa minggu yang lepas kami telah pergi ke kedai lampu yang glamer dalam blog dan jadi bualan mulut orang ramai berkenaan harga murah lampu kedai ini. Nama kedai house of lighting, secara amnya ibu boleh cakap harga dia memang berbaloi2 dan murah nak compare kedai lain di puchong. kedai lain di puchong yang kami pergi lagi mahal even avalon yang dekat corner highway pun tak semurah seperti mereka. Ini alamat penuh dan GPS coordianate kedai tersebut. kita layan gambar....... salam sayang. :)


GPS coordinate: 2.989996, 101.620609
Alamat: 35, Jalan Bpu 6, Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Waktu perniagaan:
Selasa - Sabtu : 10.30am - 6.00pm
Ahad: 12.00pm - 5.00pm
Monday: Off day







antara lampu luar rumah yang di pamerkan,dari gaya klasik sampai ke moden.








barisan lampu downlight yang murah, ibu besarkan gambar supaya anda semua senang nampak harga pada lampu tersebut.


Lampu untuk porch kereta. cantik.......



barisan lampu yang sangat menarik perhatian ibu. :)


kipas ada macam2 jenis...pilih je mana yang mahu, yang penting fungsi dan murah.



 lampu gantung....








 

 





















kedai dah nak tutup, pukul 5 mereka tutup tapi masih ramai orang di dalam. nak elak dari orang ramai terus masuk, mereka akan tutup pintu grill depan dan buka pintu tepi untuk keluar.  :)

tips masa di sana:

1. Masuk kedai dan pilih mana2 lampu yang berkenan di hati
2.Panggil sales person yang berbaju kuning yang akan merayau sana2 sini tu dan bagi tahu berapa banyak unit yang kita mahu dll.
3. Selesai semua barang yang sales person ambil mereka akan hantar untuk check, kalo ada 1000 biji lampu. Maka 1000 la mereka kene check. (masa ni make sure kita depan mereka dan tunggu)
4. selesai checkup, proceed bayaran, tekan no giliran dan tunggu no di panggil.
5. selesai bayaran bawak resit ke depan pintu dan ada PIC yang akan check list barang kita beli dan baru mereka angkat masuk ke dalam kereta.







kesian anak ibu keletihan....ramai sangat orang sampai berlaga2 punggung.






lampu paling menarik perhatian ibu...ibu tak beli,sebab tak rajin nak buat maintanace atau mengelap.


dan gambar bawah ini antara lampu yang kami beli. yang belum cukup kipas atas tengah dan juga lampu porch kereta.