Tuesday, December 09, 2014

Al-Fatihah Buat Arwah Umi


Al-fatihah buat arwah umi norsiha binti mohd sidin yang meninggal pada hari jumaat 5/12/2014 jam 8.30 pagi ketika berusia 51 tahun. Walaupun diriku dan angah di lahirkan dari berlainan ibu,tetapi kami membesar dengan umi, selepas arwah mak meninggal akibat lemah jantung ketika diri ini darjah 2 dan angah tadika,arwah ayah terlalu susah untuk manage kerja dan kami berdua, setiap hari arwah ayah hantar dan ambil kami dari sekolah dan makin nasi bungkus setiap hari.

Selepas setahun, arwah ayah berkahwin dengan umi,dan hasil perkahwinan umi dan ayah di kurniakan 2 anak lelaki. Kami berempat membesar di bawah jagaan arwah ayah dan umi. Pada ketika usia menjengah 26 tahun arwah ayah meninggal di rumah arwah wan. Selepas mengambil wudhuk hendak sembahyang zohor arwah ayah terduduk di kerusi dan meniggal akibat serangan jantung dan ketika itu ku di tempat kerja............luluh hati,jiwa dan raga atas pemergian arwah ayah kerana kami sangat rapat dengan arwah ayah terutama kami dua beradik perempuan. Ketika itu arwah ayah berusia 55 tahun.

Bertahun lamanya ku cuba untuk menerima kehilangan arwah ayah, begitu juga umi yang semakin susut berat badan dan kerap sakit. Genap 6 tahun arwah ayah meninggal umi pergi meninggal kami berempat. Sehari sebelum itu,umi di masukkan ke hospital kpj tawakkal dan ketika itu doktor x dapat baca tekanan darah. Doktor masukkan umi dalam ICU dan di sana umi di tebuk di leher untuk dapatkan bacaan tekanan darah yang betul.

Semasa kami melawat umi sedang tidur dan tekanan darah umi masih rendah,doktor maklum  telah berikan ubat yang kuat kerana jantung umi lemah dan tidak mengepam dengan kuat. diriku ini hanya mampu melihat umi tidur kerana tidak mahu menganggu umi.

Menginjak tgh malam tekanan darah arwah naik kepada 140,Alhamdulillah lega la sikit hati ini......kami pun pulang. Keesokan harinya ibu otw ke office,ingat nak ambil half day dan lepas tu gerak ke hospital. Pagi tu terima call dari adik maklum umi dah meninggal.....Astagfirullahalazim. Hanya Allah jua tahu perasaan ini pada ketika itu,telefon adik perempuan dan telefon mak2 sedara yang lain,balik rumah terus gerak ke hospital bersama en.papa.

Di hospital kami menguruskan jenazah arwah dan Alhamdulillah jenazah dapat keluar dari hospital pada pukul 10 dan gerak ke teluk gadong klang. Sesampai di sana jenazah terus di mandikan dan segala urusan berlaku dengan sangat cepat kerana mengejar masa untuk sembahyang jumaat dan juga sembahyang jenazah. Selesai sembahyang kami gerak ke tanah perkuburan dan jenazah selamat di semadikan selepas jumaat. Alhamdulillah cuaca terang dan tidak hujan,pulang dari kubur hujan turun semasa otw nak ke rumah.

Walaupun umi bukanlah ibu kandung tetapi beliau ibarat ibu kandung pada kami kerana membesarkan kami.....lumrah sikap si ibu mmg suka membebel dan marah2 kerana ape yang di tegur semuanya demi kebaikan. Tidak pernah sedikit pun kami di pukul atau di jentik oleh arwah.....Sesungguhnya kehilangan ini adalah kehilangan yang amat memedihkan buat kami 4 beradik. Semoga roh arwah umi di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama2 para musliman dan muslimat. Doa kami akan senantiasa mengiringi buat arwah ayah,arwah mak dan arwah umi....kami sangat2 menyayangi anda selama hayat kami.