Saturday, April 26, 2014

Edisi Makan Hati


Alkisah pokok bunga purple ibu yang bawah ni ibu tanam atas tanah,mulanya berbunga lebat dan makin lama makin togel,ibu pun mushkil ingatkan angkara si kucing.

Jadi ibu bawak naik satu lagi pokok yang ibu tanam dalam pasu ke atas kotak peti surat......makin lama makin togel....dalam kepala duk fikir.... ''takkan lasak benau si kucing ni sampai pokok bunga ibu dia boleh panjat makan''......grrrr,stress dan benggang.

Masuk nak ke tengahari makin togel....bila di tenung2 rupanya ada 6 ekor ulat sedang makan berjemaah gemuk2 dan sihat........roarrrrr!!!!! menyinga ibu. rasa geram......rasa makan nk goreng je ulat2 ni......geramnye!!!!!!...ulat keji,ulat busuk,ulat x comel.....ulat yang berhati jahat!!!. huhuhu......mmg ibu makan hati. Minta maaf kucing yang menjadi mangsa....huhu

tanpa berlengah laju ibu ambil spray lipas jenama gogo dari CNI...zasssssss!!!! ibu spray sebanyak mungkin. dah x pandang dah kiri kanan....geram punya pasal. grrrrr.......rasakan ko bedah!!!. terkulat2 ulat tu....



cantikkan?


sisa yang di tinggalkan


sekor yang kenyang


ada lagi 2/3 ekor tu


sebati ko dengan daun kan....pandai menyorok....siapla!


bwekkkk......


guna spray ni...cepat sikit zasssss!!!!


Seekor yang dah selamat......huhu


itu sahaja yang ibu nk kongsikan........... salam sayang dari ibu.

Friday, April 25, 2014

Musim menyemai

Alhamdulillah, hampir setiap petang kita akan di hujani hujan yang lebat. Banyak pokok kering dah mula mencanak2 naik.

Di kala cuaca agak sejuk dan lembap inilah peluang paling bagus untuk kita mula menyemai.  :)

Minggu lepas ibu mula menyemai beberapa biji benih. mood gardening dah kembali.....yahoooo!!!!. kuikui.

Semaian terbaru:
1. Pettypan squash yellow and white benih dari diana KBB
2. Zuccini benih dari lynn seedforsales.
3. Ulam raja dari semua menjadi
4.timun tempatan dari tanam sendiri
5. Terung dwi warna tanam sendiri
6.Mammoth spineless okra dari diana KBB
7.Brandywine tomato dari diana KBB (bernih dah berusia hampir 3 tahun masih tumbuh dengan bernas)
8. tomato ceri - tanam sendiri.
9. Kacang panjang dari seedforsales.
10.Labu manis tanam sendiri.


 


Alkisah si harum sunda malam,ibu sangkakan pokoknya dah mati.......rupanya ubi harum sunda malam seolah2 hibernate dan tidur ketika cuaca panas menjengah. ibu tak jirus ape2 memandangkan ibu ingat pokok harum sunda malam ibu dah mati. tak sangka rupanya masih hidup dan tumbuh kembali selelas musim hujan lebat melanda. Alhamdulillah....sangat seronok dan teruja ya amat2....pokok yang berbau harum tumbuh balik. hehe.....



si kacang panjang tumbuh melata atas lantai tanah,ibu tak sedar dan lupa nk harvest. ada banyak rupanya kacang yang tumbuh. baru perasan.

 Itu sahaja perkongsian ibu salam hujung minggu,bertemu lagi ...... Barakallahu fikum ya ukhti.  



Wednesday, April 16, 2014

Cerita hujung minggu

Assalamualaikum,

hari minggu yang lepas ibu buat kerja2 mengemas laman depan rumah atau kata lain mini garden comel yang semak ibu tu. hehe....

Sebelum ni kan cuaca panas melampau sampai banyak kawasan di selangor kene catu,jadi ibu tak berani ambil risiko untuk semai benih baru sebab takut nnti kene catu air tak boleh nk siram mati sia2 cambahan ibu nanti.

yang mampu buat hanya campak bahan2 yang boleh di buat kompos dan campak depan rumah. Masuk bulan 3 kita dah rasa sikit2 hujan,tak payah nak semai...benih2 hasil dari semaian yang sedia ada tumbuh dengan sendirinya....haha. senang kije ibu.

Antara benih yang tumbuh dengan sendiri adalah pokok bendi,di sebabkan bendi tumbuh di sebalik kompos yang ibu campak2 pokok bendi tumbuh sangat subur walaupun baru paras lutut.

Dapat cahaya matahari yg cukup ,air yang cukup dan ambik sikit nutrien dari kompos campak ibu.....tebaboommm dia membesar bagaikan johan!!



Kole ibu lagi kecik dari daun bendi......tak tau la rupa buahnya macam mana nanti.



Al-kisah pokok mulberi ni ibu beli dari diana KBB,dari sebatang keratan mulberi ibu membesar dan meninggi sampai nk cecah binaan kayu atas rumah tu. Ramai kawan2 dah nikmati kutipan mulberi yang lumayan,tp ibu tak merasa lagi sbb nya....mmg sengaja ibu tinggikan pokok mulberi tersebut sbb makin lama makin banyak cabang keluar dari pokok nan tunggal.....bila dah sampai ketinggian yang cukup ibu cantas tengah2 dia sbb nak bagi mulberi merimbun dan senang nak petik. hehe.....

La ni,mulberi ibu baru je cantas,di harap tumbuh banyak la mulberinya......  :)





Friday, April 11, 2014

Bunga Purple Idaman

Assalamualaikum,

Harini ibu masuk office lambat sikit sbb bawak anak dara ibu yang kurang sihat. semalam batuk teruk sangat....batuk yang tidak berkahak tp sangat kuat sampai ibu dan papa banyak kali terjaga.

Tadi pergi klinik doc cakap batuk biasa tp takut infection,ibu pun risau gak sbb anak dara ibu kan baru baik dari tonsil....takut2 la kalo kene lagi tonsilnye. Hantar anak dara ibu ke taska laju bawak kereta ke office,harini bertuah sikit sbb berjaya parking betul2 bawah pokok yang dah lama ibu usha kala tengah musim berbunga ini.

Ibu tak tahu nama bunga dia tp ibu nk kongsi kecantikan bunga ini....sangat cantik dan yang paling best....wanggiiiiii~~~~~~

Bila duduk bawah pokok bunga purple yang agak besar ni....wanginya.........  :)





Bunga purple dan di tengah warna kuning....warna kontra dan eye catching.


wangiiii~~~~~~




Thursday, April 03, 2014

Resepi- Roti Putih BM

Assalamualaikum,

Selamat pagi,alhamdulillah hari ini hari khamis dan esok hari jumaat. Ingat tak entry yang pasal hadiah hari jadi ibu haritu pasal breadmaker hadiah dari en.papa.

Dah beli kene la meroti kan.....pagi tadi bangun  4.30 masukkan bahan dalam BM dan tinggal sampai ke pagi. D sebabkan nk menyiapkan bahan ambil masa,jadi masa dah lewat sikit start bangun subuh tgk ada 2 jam lagi. Gigihnye ibu menunggu 2 jam sampai datang office dekat pukul 9 semata2 nk menunggu roti siap masak....uwaaaa....tunggu roti masak punch kad merah. kuikui.....

Ibu kongsikan resepi nya di sini....

Bahan:
========
1/2 cawan lukewarm water (air suam-tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk)
2tsp yis kering
1tsp gula (ibu bubuh 2)
1 biji telur
1/4 cawan marjerin yang telah di cairkan (ibu guna salted butter)
1/4 cawan susu kotak
1tsp garam (ibu tak letak sbb dah pakai salted butter)

Cara:
=======
-Masukkan lukewarm water,yis,gula,susu,marjerin kotak telur
-Kemudian masukkan tepung.
-setkan program 1 dan warna medium kalo nak rangup lagi letak dark.
-tunggu 3 jam hingga siap.
-Keluarkan dari BM dan anginkan atas rak sampai sejuk.

*bila dah sejuk boleh potong dan makan ikut selera kawan2.  :)





Hasil roti,rangup di luar dan lembut di dalam. :)

Wednesday, April 02, 2014

Musim sakura di Malaysia

Assalamulaikum dan selamat pagi,

sebagai catatan ibu, sekarang ni seolah2 seperti musim luruhnya bunga sakura di jepun....pokok bunga yang ibu tak tahu namanya tumbah banyak di office. Ada kawan2 yang tahu nama bunga ni?

Sangat cantik,bila berada dekat terus feeling ala2 winter sonata.....begitu juga bunga2 di rumah. rose jepun mula tumbuh melata sangat banyak. Adakah di sebabkan peralihan musim bunga di luar negara apabila masukknya bulan April maka di negara iklim tropika macam malaysia juga akan menikmati perkara yang sama. Wallahualam....tidak la ibu tahu.

Masuk bulan 5 musim durian pula bakal menyusul (mengikut pengiraan ibu) banyak pula la nanti promosi durian crepe nye. hehe....



Caption dari tingkap di tangga office.


Memandang nya sejuk hati ini......keindahan yang sukar di jelaskan dengan kata2



ini gambar beberapa hari yang lalu....hari ni berbunga sangat banyak .....begitu juga pokok terung tak berbuah ibu....tgh mabuk berbunga. sangat banyak bunganya...mcm dah boleh jadi perhiasan pula. hehe....  :)

Tuesday, April 01, 2014

Yang Purple Di rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah beberapa minggu rumah ibu di temani bunga bewarna purple..... semenjak dua menjak ni obses sangat2 dengan warna purple. Warna bunga purple sangat menyerlah di sebalik hijaun pokok.

warna purple selalunya relate pada imagination and spirituality. As a gardener seboleh2nya nak tanam macam2 warna bunga supaya nampak cantik dan berseri2.






Pokok bunga ni sangat rajin berbunga ibu lupa nama bunga ni....hehe. senang sangat hidup.....senang jugak berbunganya. makin rajin kita cantas makin rajin la dia berbunga.  :)

Kalo malas cantas,dia tetap rajin berbunga....  :)



vinca yang di tanam dalam pasu...sangat2 rajin berbunga. Ibu beli di nurseri sungai buloh. sepokok dalam RM3. berbunga tak putus2.....tak rugi ibu beli. terasa macam nak pergi lagi borong bunga2 kat situ.  hehe.....

Itu sahaja ibu nak kongsikan hari ni...salam sayang.  :)