Sebelum ibu ke tempat kerja sempat lagi ibu tgk keadaan kebun kecik ibu.......pokok bunga matahari dah banyak yang layu...ibu berharap untuk benih tu kering di pokok tp hujan membasahi secara kerap dan kurang matahari jadi benih2 matahari sangat lambat kering.....adakah perlu ibu pangkas dan jemur begitu sahaja?
Tuaian sebelum ke tempat kerja antaranya....pokok bendi yang dah terlebih masak.....lambat sangat tuaiannye. nampak tak 2 bendi panjang tu...satu dari benih tanam sendiri dan satu lagi dari diana KBB. yang 2 pendek tu ibu suspek benih dari baka bendi singa.
Tadi pagi juga ibu terpaksa tuai jagung ibu kerana kulit jagung telah terkoyak banyak.....kecewa sangat hati ibu melihat keadaan jagung dengan badan jagung terselak nampak isi...ibu terpaksa cabut. mungkin kerana faktor cuaca yang hujan lebat hampir sebulan. tanah jadi sangat mendap dan berair...pokok pun banyak yang berdaun kuning.
In Sha Allah esok kita semua cuti untuk tahun baru...selamat tahun baru buat kawan2 semua. mohon maaf jika tersalah silap kata.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN 2014!!!!....hehe
untuk catatan ibu dan rujukan akan datang - harini 31/12/2013 terima 6 bongkah cendawan tiram untuk projek cendawan tiram mini ibu. dari 6 bongkah ibu hadiahkan pada ayu 1 bongkah dan satu lagi ibu hadiahkan pada yana kawan2 office ibu...
happy garden semua.
p/s: azam tahun baru ni nk bukak syarikat jualan sayur organik.....ewahhh!!!! berangan la pulak. hehehe.....