Thursday, January 31, 2013

Tuaian pagi khamis

Assalamualikum,

Salam khamis,semalam en.papa balik lambat sebab ada permainan badminton. Jadi pagi ni en.papa mengerekot malas nak bangun awal sbb letih kata nya.....hehe. Jadi ibu bangun awal selesai kan rutin penting dan bersiap cepat2 dengan masa yang ada cepat2 keluar ke luar dan siram pokok2 yang ada dan cantas pokok2 yang dah kering.

Beberapa hari ni matahari agak terik kesian pada pokok2 yang ada ibu jarang jirus sbb setiap hari keluar rumah 6.15 pagi sebab nak elakkan jalam jem. Memang x sempat nak siram pokok sebab terkejar2...peluang yang ada ni di gunakan untuk siram dan tuai pokok tomato ceri yang dah berbuah banyak. Alhamdulillah ini jumlah tomato ceri yang agak banyak di tuai. Ditolak dengan hampir 10 biji yang di rosakkan qis. huhu.....




Wednesday, January 30, 2013

Mardi Cameron


Assalamualaikum,

Salam sehat  buat kawan2 semua,hari khamis lepas kami sekeluarga telah bercuti di cameron. Dari khamis hingga sabtu 3 hari 2 mlm tidur di apartment. Sepanjang di sana kami tak banyak keluar memandangkan hujan agak banyak seperti tengkujuh dan cuaca sangat sejuk di siang hari antara 20 hingga 25 darjah dan pada malam pula dari 16 hingga 18 darjah sebab hujan renyai2 dan hujan separa lebat turun tanpa henti. 

Kami hanya sempat ke mardi memadangkan apartment yang kami menginap dekat dengan mardi....itu sahaja la tempat yang kami pergi. Bayaran masuk adalah RM3.00 untuk anak dara saya free.  :) Layan gambar ya.


 
                sweet basil dan celery kut.

 

pokok bunga kertas yang di tanam pada tahun 1962. 
 
                            Model posing dekat replika strawberry...heheh


 
 
 

ladang bunga kekwa,masa kami sampai sempat lagi tgk bunga2 ni mekar dan belum di potong. sangat cantik  :)
 
Laluan jadi sempit sebab bunga dan pokok dan banyak sangat

 

bunga kekwa putih dah kene potong sikit...nasib baik sempat lagi tgk.  :)


 


 

 

 



 

bukan beras je ada jenama ni.....rupanya pokok pun ada.
 
 
 
 
 
 
 
 
                  bilik semaian
 





Akhir sekali gambar model2 saya......my precious,my love my everything.....hehe.