Pada hari sabtu dan ahad yang lepas saya agak sibuk dan tidak sempat mengambil sebarang gambar pokok yang di semai. Ada sedikit kekecewaan apabila pokok kacang purple king saya yang saya semai satu tu patah. Yang satu lagi selamat.....Tak tahu siapa yang patahkan. Nanti bila sempat saya upload gambar.
Hari sabtu lepas sepupu saya buat kenduri kesyukuran dan tahlil arwah,pada hari ahad pula jumpa umi saya di shah alam di rumah mak saudara saya. Di sebabkan perjumpaan ni,dapatla dua beradik qis dan zafran bermain dan bergurau senda bersama2. Zafran adalah anak adik perempuan saya. Walaupun beza 3 bulan sahaja...tp sebabkan qis lahir bulan 11 dan zafran bulan 2...jadinya beza kelahiran jatuh pada tahun juga. hehe....
Layan gambar karenah mereka berdua.
ternampak water fountain ape lagi....buat basuhan tangan la. ishhhhh....
muka tak bersalah...!!!
yang kazen qis plak main komputer sepupu derang.... :)
bukan main lego...curah lego ok. sob2....
yang ni ketua dia..... tsk...tsk....
Dua bersaudara main lari2.....
zafran masuk bawah meja.
tukang intai.....
nak join sama tp tak muat nak masuk.
syok sendiri.....
gagah jugak nak masuk...!!
kepenatan......main melampau2 masuk kereta dua2 switch off.....padan la muka dua beradik ni....heheheh.
Harini adalah hari terakhir dan esok kita dah melangkah ke tahun baru.....Semoga azam tahun baru kita dapat tercapai. Semoga Allah melindungi kita semua. Esok saya ada jemputan ke majlis hari lahir anak saudara di bangi,dan hujung minggu hari anugerah adik ipar saya sebab dah habis kursus di pulapol utk kenaikan pangkat.....harap kan hujan sahaja la nk siramkan pokok2 saya. Semoga mereka semua sihat2 hendaknye. Itu sahaja yang sempat saya updated.
Salam sayang,salam berkebun...salam pencinta alam. :)