Monday, November 01, 2010

resepi copy paste

kali ni copy paste resepi dari surat khabar kosmo....tajuk kek cheese butter cake. dah buat baru aku posting result dia....yang ni adalah pure dari kosmo untuk rujukan aku masa akan datang.

Kek mentega atau Butter Cake adalah antara kek paling digemari ramai. Pernahkah anda menikmati kek mentega yang berasa keju? Inilah kek paling gebu dan lembut. Anda pasti tidak akan jemu memakannya. Lemak dan harumnya begitu seimbang dan memikat. Ia juga tidak semanis kek yang lazim.

Bahan paling utama adalah mentega. Gunakan mentega bermutu tinggi dan harum baunya supaya kek wangi. Mentega jenis ini mengandungi lemak krim dan tiada campuran lemak sayuran. Mudah saja mengenalinya. Ia lebih mahal dan mudah lembut bila diletak pada suhu bilik.

Sebaik-baiknya, potong sebuku mentega itu menjadi lapan bahagian. Dengan cara ini, ia akan lembut sekata dengan sempurna. Mentega yang tidak dipotong mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi lembut. Jika dapur anda agak panas, bahagian luar mentega mungkin bertukar menjadi cair (berminyak) dan ini boleh merosakkan tekstur kek.

Krim keju juga perlu dibiar pada suhu bilik supaya lembut. Jika tidak, ada bahagian yang tidak boleh sebati bila dipukul.

Ketulan-ketulan kecil ini menghalang adunan daripada menjadi gebu sepenuhnya. Hasilnya kek tidak akan menjadi lembut dan ‘cair’ di dalam mulut.

Inilah antara ciri-ciri utama yang perlu diperhatikan setiap kali hendak menggunakan krim keju dalam sebarang jenis masakan.

Oleh kerana kek yang mengandungi krim keju tidak tahan lebih daripada tiga hari, anda boleh masukkan sedikit bahan pengawet seperti potassium sorbate ke dalam adunan.

Ia juga dikenali dengan antimould. Sukatan adalah mengikut sukatan berat semua bahan-bahan. Contohnya, jika bahan sebanyak satu kilogram, gunakan hanya 10 miligram (anggaran secubit) bahan pengawet.

Untuk mengadun kek biasa, anda perlu memukul gula kastor bersama mentega. Namun begitu, untuk kek ini, langkah pertama adalah memastikan krim keju dan mentega gebu terlebih dulu. Ini adalah supaya kedua-dua bahan lemak ini benar-benar sebati dan memudahkan kek untuk kembang.

Kemudian barulah dimasukkan sedikit demi sedikit gula sambil dipukul hingga kembang dan pucat warnanya. Ia kelihatan keputih-putihan dan ringan. Gula juga perlu hancur sepenuhnya. Kuning telur juga perlu dimasukkan sebiji demi sebiji dan dipukul rata setelah setiap kali.

Perlu diingat, semasa mengasingkan kuning dan putih telur, tangan anda hendaklah bersih. Mangkuk tempat meletak putih telur juga tidak boleh mengandungi sebarang kesan minyak. Begitu juga dengan pemutar elektrik. Bilas terlebih dulu dengan air panas kemudian lap kering-kering dengan kain bersih.

Jika ada kesan minyak (daripada marjerin atau lemak yang lain), putih telur yang dipukul tidak menjadi kental dengan sempurna. Ini juga satu sebab kenapa kek tidak naik dengan elok.

Cara untuk memastikan putih telur sedia untuk digunakan adalah dengan menterbalikkan mangkuk. Putih telur yang cukup kental tidak akan mengalir keluar atau jatuh.

Jika sukar mendapatkan krim tartar, anda boleh gantikan dengan garam. Garam juga akan membantu putih telur menjadi kental.

Sewaktu memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, gunakan senduk kayu atau sudu keluli yang besar. Jangan masukkan sekali gus. Sebaik-baiknya, bahagikan tepung menjadi enam bahagian.

Proses mencampurkan putih telur yang sudah kental ke dalam adunan dipanggil kaup balik. Caranya adalah membahagi putih telur kepada tiga bahagian. Masukkan satu pertiga terlebih dulu dan kacau perlahan dengan spatula plastik. Tidak perlu memukul atau mengacau dengan laju (seperti memasukkan tepung).

Sebaik saja bahagian pertama sebati, campurkan satu pertiga putih telur lagi dan kacau rata. Tujuan mengacau perlahan (dalam bentuk angka 8) adalah supaya gelembung udara akan terperangkap dalam adunan. Inilah yang akan menjadikan kek ringan dan gebu serta lembut dan enak.

Jika mahu, boleh bakar adunan di dalam mangkuk-mangkuk kertas. Pastikan mangkuk diletakkan di dalam tin patty yang sama besar dengannya. Ini akan memastikan kek cantik setelah masak. Boleh juga gunakan mangkuk kertas yang sudah dikuatkan di sekelilingnya. Mangkuk seperti ini selalu digunakan untuk membuat kek cawan.

Suhu untuk membakar kek juga kurang daripada biasa kerana kandungan krim keju di dalamnya. Seperti biasa, cucuk dengan lidi hingga ke dasar untuk memastikan kek sudah masak. Kek seperti ini sesuai jika dihias dengan aising krim keju.

RESIPI

Bahan-bahan

170 gm mentega

125 gm krim keju

250 gm gula kastor

5 biji kuning telur

210 gm tepung serbaguna }

1½ camt serbuk penaik } diayak

2 camca teh vanila

5 biji putih telur

1/8 camca teh krim tartar

Cara membuat

1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.

2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.

3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.

4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.

5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.

6. Masukkan krim tartar, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.

7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.

8. Ratakan adunan ke dalam tin empat segi 22 sm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.

9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.

10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.


Monday, October 11, 2010

ayam masak kicap versi aku

ari ni nk kongsi resepi ayam masak kicap versi aku....rasanya resepi ayam masak kicap ni ada di mana2....dan banyak versi. untuk yang ni aku tiru dari umi aku...since dia suka masak kicap versi mcm ni. syukur alhamdulillah en.somi yang mana org pantai timur leh terima ayam masak kicap aku even tho selera org pantai timur ni lain sikit....

bahan:
1. ayam /cik yam
2. bawang merah / besar - hiris2
3. bawang putih - hiris
4. halia - hiris
5.cili boh
6.penumis (kayu manis,pelaga,cengkih + bunga lawang)
7. kicap
8. lada hitam
9. tomato

cara2:

1. mula2....lumur cik yam dengan kunyit dan garam sikit. pastu goreng separuh masak.
2. tumis bawang hiris masukkan sama penumis. agak2 dah nk naik bau...
3.masukkan cili boh dan biarkan garing sikit.
4. pastu masukkan kicap manis cap udang. letak air sikit.
5. pastu masukkan cik yam yang di goreng tadi bersama tomatok dan lada itam.perisakan garam dan gula..dah siap

kalo nk pelbagai lagi letak kentang yang dah di goreng...simple dan senang dan sedap (angkat bakul sendiri)

Friday, October 08, 2010

RENUNGAN - PETUA MENJAGA ANAK2

artikel ni sku copy paste dari stu blog yang aku jumpa di tenet....kala dugaan melanda menimpa badai rumahtangga dengan karenah anak2 yang perlbagai....marilah kita renung2 kan dan lihat petua2 yang ada ni semoga mendapat keberkatan bersama....amin.

cubalah kita berfikir positif dan bertafakur, mengapa Allah Taala memberi beban yang begitu berat untuk kita memikulnya? Jika anda kesal dengan kerenah anak-anak cubalah ingat-ingat petua jaga anak ini.

1) Dosa dihapuskan kerana sabar menerima sebarang ujian. Katakan pada diri sendiri : "Betapa banyaknya dosa aku yang dihapuskan kerana sabar merawat mereka." Suatu hari Aini mengeluh kerana tak tidur semalaman menjaga anaknya yang demam. Suaminya memujuk : "Begitulah cara Allah nak menghapuskan dosa-dosa kita." Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang Muslim yang tertimpa kecelakaan, kemiskinan, kegundahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta akibat tertusuk duri sekalipun, nescaya Allah akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu."

2) Anak menjadi sumber pahala yang besar. Sabdanya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya besar pahala itu bergantung kepada besarnya ujian.Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang reda maka Allah reda dan barangsiapa yang marah maka Allah juga murka kepadanya."

3) Menghadap Allah dengan keampunan dan reda-Nya. Rasullullah bersabda yang bermaksud : "Orang mukmin lelaki dan perempuan akan sentiasa menerima cubaan yang menimpa tubuh badannya, harta, mahupun anaknya sehingga dia menghadap Allah tanpa sebarang dosa."

4) Anak mendinding ibubapa dari api neraka. Saidatina Aisyah RA menceritakan : "Telah datang ke rumahku seorang perempuan miskin dan kedua anak perempuannya, tidak dapat saya berikan kepadanya selain sebiji kurma, maka saya pun memberikannya lalu dibahagi kurma itu kepada dua anaknya dan dia sendiri tidak makan apa-apa, kemudian mereka pergi. Rasulullah SAW datang, aku menceritakan tentang hal itu maka baginda SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan lalu mengasuh dan mendidik mereka dengan sebaik-baiknya maka ia akan menjadi pendinding baginya dari api neraka." Menurut riwayat lain yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah telah menentukan baginya syurga dan Allah telah memerdekakannya dari api neraka dengan sebab kedua anak itu." Mendidik anak lelaki juga sama ganjarannya.

Yang terakhir sekali, anda mesti yakin bahawa anak boleh berfungsi sebagai pengikat kasih suami kepada diri anda. Nak suami bertambah sayang? Buktikan anda boleh memberinya permata-permata yang soleh.Kadang-kadang anak boleh dijadikan umpan untuk menarik simpati suami kepada diri anda. Contohnya bila suami out-station anda akan mengadu anak-anak rindu, padahal emaknya yang terlalu rindu. Ada yang menggunakan anak untuk hasratnya sendiri, nak bercuti atau membeli barang, alasannya untuk anak, tetapi hakikatnya…. Begitula h nikmatnya memiliki permata hati, walaupun susah menjaga mereka namun disitulah letaknya kepuasan hati.

Bersyukurlah atas segala kurnia yang kita miliki, sabar menjaga mereka sambil menikmati kasihsayang suami. Kepada isteri yang menunggu detik-detik kelahiran, sesungguhnya saat yang paling menyentuh emosi suami anda ialah ketika dia melalui keperitan itu dengan darah dan airmata anda. Kerana anda begitu berharga bagi dirinya dan anak-anak.

Tuesday, September 21, 2010

AYAM BBQ VERSI SUKA ATI AKU
















ok,ini adalah resepi ayam bbq versi aku sendiri....since aku ni kaki godek resepi makanya resepi ni adalah hasil dari pembacaan aku dan jugak campur idea2 yang ada dalam tenet. tak tau la kalo dah ada org lain yang wat mcm aku ni....tapi yang aku punya ni tak da sukatan sbb sukatan adalah suka hati aku je nk taruk banyak mana.....sape2 nk try leh try. selamat mencuba:

bahan2:

ayam
cili boh - 2/3 sudu ikut pada tahap kepedasan yang di sukai
kicap pekat - 1 sudu kecik
kicap cair - 2/3 sudu
madu - 3/4 sudu
lada hitam (serbuk) - aku letak banyak sbb suka rasa lada itam cam tu
stok ayam - letak sikit je
bawang putih - lebih kurang dalam 5 ulas
halia - seinci
serbuk oregano
minyak masak sikit

cara:

cara dia senang je...campur semua dan perap,kebiasaanya kalo lagi lama perap lagi sedap. mcm semalaman ke. pastu panggang ats api dapur besa atau pun dapur arang......siap ayam bbq. makan dengan nasik panas atau kita wat sendiri bahan2 lain.....kalo nk guna bahan perap ni pada daging pun boleh gak....kuah perap kebiasaanya aku x buang sbb aku akan jadikkan dia kepada sos cicah ayam bbq aku tu....senang dan jimat.



Monday, January 11, 2010

ENTRI RESEPI: AYAM PANGGANG BERMADU

yang ni resepi ayam panggang yang aku wat dua hari yang lepas,actuallay resepi ni amik dari resepi.net tetapi ada sedikit alteration,aku panggil resepi campak mencampak since kalo aku masak memang tak sukat. ikut suka tangan ni nk letak banyak mana.

1.cik yam 1/2 ekor
2.bawang putih
3.halia
4.madu
5.sos cili
6.cili giling
7.kicap manis
8. sos tiram
9.stok cik yam/kuib pati cik yam
10. lada itam.

- semua bahan ni di sediakan....di sbbkan kurang confident untuk terus panggang cik yam ni...maka aku pun telah merebus dahulu cik yam ni agak2 hampir2 nk masak mcm tu...pastu lumur bahan2 atas ni....dan panggang...dan tempoh memanggang plak jadi tak bape lama dan isi dalam badan cik yam masak dengan elok...amacam???...bijak tak idea ku ini??....hehe..

en.somi cakap mabeles dan sedap...so marilah kita beramai2 mencuba dan merasai ayam panggang madu ni......sedap menjilat pinggang...hehe