Saturday, July 05, 2014

Pesta terung di rumah MIL

Kami pulang ke terengganu rumah MIL sempena berkumpul adik beradik en.somi untuk bersama2 berbuka puasa. 2 minggu yang lepas pulang pokok terung galak berbunga.

Tapi kepulangan kali ini meriah dengan sambutan dan pesta terung di pokok. seronoknya ibu melihat tanaman MILgalak berbuah.

pokok terung di tanam bersama pokok puding.....mulanya MIL kurang yakin untuk tanam terung kerana risaukan lembu2 belaan orang makan anak pokok terung. Tp Alhamdulillah ajaibnya pokok terung tidak di jamah sedikit pun oleh lembu2. mungkin lembu2 tak suka dengan pokok terung. Tetapi MIL bilang lembu2 suka makan pokok bendi.  :D




















kacang panjang renek benih pemberian ibu buat MIL,jeles pulak tgk tahap suburnya.  :D


pokok bendi




pokok cili




buah manggis galak berbuah....






cepat la masak ya durian.

sebelum habis bercerita ibu nak kongsi gambar pokok petunia hasil semaian dari biji benih yang di beli dari diana KBB bersama kutipan mulberi anak pokok dari diana KBB.
Assalam.